IKLAN

Isnin, 24 Disember 2012

Johan Huibers Bina Replika Bahtera Nabi Nuh Risau Dunia Tenggelam

As-salam...

Johan Huibers membina replika Nabi Nuh dan telah menghabiskan sekitar $1.2 juta. Dia membina kapal tersebut adalah kerana dia takut kesan pemanasan global suatu hari nanti akan menyebabkan banjir besar di seluruh dunia dan menenggelamkan negara kelahirannya.

Idea itu datang kepadanya pada tahun 1992 apabila dia membayangkan tanah kelahirannya tenggelam dalam banjir yang serupa dengan peristiwa Nabi Nuh. Hasilnya adalah bahtera 130m panjang, 29m lebar,  23m tinggi yang disiapkan pada tahun 2005.

Seberat hampir 3000 tan dan dibina dari pokok Pine Sweden diperkukuhkan dengan keluli dapat terapung dengan sempurna. Dia membuka bahtera skala penuhnya kepada orang ramai dan menarik beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia. Terletak di Dordrecht, Belanda, bahtera itu mempunyai restoran dan dua pawagam.

P/s: Sebenarnya orang putih pun percaya kepada Nabi2 ni, cuma diorang tak nak beriman dengan Nabi Muhammad saw ja...








Sumber:budakbotak

Ahad, 23 Disember 2012

Cantik Memandang, Cantik Dipandang
























kredit: ustaz Abdul Karim

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?


بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 

kredit: rakangroup


Ahad, 16 Disember 2012

Foto Penyakit Sifilis Yang Menyerang Wajah Dan Bahagian Tubuh yang Lain



Loading image...

Sifilis (raja singa) adalah salah satu penyakit bawaan seksual yang sangat menakutkan dan mudah menular. Penyakit ini disebabkan oleh hubungan seks bebas dengan berganti-ganti pasangan. Apabila telah menular dan dijangkiti maka akibatnya sangat mengerikan sebab sifilis boleh menyebar dan menjangkiti dibahagian tubuh lain dan tidak terbatas hanya pada alat kelamin sahaja.


Sifilis yang telah menyebar ke bahagian perut penderita


Ini bukan kusta, tetapi sifilis yang telah menyebar ke wajah


Sebenarnya penyakit ini jika sudah didiagnosis atau sudah diketahui sejak awal, akan lebih mudah untuk diubati sebelum menjangkiti kawasan genital dan menjalar ke bahagian tubuh lainnya.

Sifilis juga boleh  menjalar ke bahagian anus juga.


Sifilis yang telah menyebar ke tangan dan kaki

Pengubatan penyakit ini boleh menggunakan antibiotik penisilin, tetrasiklin dan doksisiklin.

(Telemeds.org, University Erlangen Journal of Medicine)

disunting dari-wisbenbae

Kalau tidak ingin dijangkiti penyakit ini, maka lakukanlah hubungan seks hanya dengan pasangan yang sah!..Nikahlah dulu sahabat..dan setialah pada pasangan kamu.

Jadi kalau tak nak kena macam ni...jangan hampiri zina!




Peluk Islam Lepas Dengar Ceramah DR Zakir Naik |Tonight With Dr Zakir Naik


Pernah mendengar nama Dr. Zakir Naik? Sekiranya kita sentiasa mengikuti perkembangan dunia dan ilmu Islam, insyaAllah kita akan mengenali siapa Dr. Zakirini.

Nama sebenar Dr. Zakir adalah Zakir Abdul Karim Naik. Dr. Zakir berasal dari India dan
merupakan seorang penceramah bebas di sana. Malah, Dr. Zakir juga merupakan pengasas kepada Islamic Research Foundation (IRF). Sebelum menjadi terkenal sebagai penceramah menyampaikan dakwah Islamiah, dia merupakan seorang doktor.

Tetapi, kerana minat dalam mendalami ilmu agama dan keinginan tinggi dalam
memberikan penjelasan tentang salah erti pandangan Islam oleh orang ramai, Dr. Zakir giat memberikan ceramah-ceramah di seluruh negara. Niat dan usahanya dalam menyampaikan dakwah Islam diilhamkan oleh Amed Deedat,

seorang pengamal Islam yang ditemui Dr. Zakir pada tahun 1987. Misi utamanya dalam ceramah adalah untuk memberikan penjelasan dan pengajaran kepada orang Islam dan remaja Islam yang keliru tentang kesucian Islam sejak terjadinya
tragedi 11 September.


Pada awal tahun ini juga, Dr. Zakir berkesempatan hadir ke Malaysia dan memberikan ceramah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Percaya atau tidak, dalam setiap ceramah yang Dr. Zakir berikan, pasti akan ada antara
penonton yang hadir khususnya orang yang bukan Islam akan memeluk Islam selepas
mendengar ceramahnya.

Bukan itu sahaja, saluran Astro Oasis juga ada menyiarkan rancangan ‘Tonight With Dr.
Zakir Naik’ setiap malam Sabtu.

Itulah perkara yang disukai oleh Dr. Zakir kerana misinya sentiasa tepat dalam menjelaskan kekeliruan yang dirasai oleh setiap umat Islam dan penganut agama lain. Sebagai contoh, dalam ceramah bebasnya di India, seramai 15 orang telah memeluk islam di lokasi itu juga.
Subahanallah.. Maha Suci Allah!

Dr Zakir Naik Malaysia Tour 2012







A Hindu woman directly accepted Islam











Sabtu, 15 Disember 2012

Semakin Ramai 'Kesan AES' Guna Telefon Pintar


PETALING JAYA: Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.
Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.
Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.
Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.
Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.
Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.
Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.
Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.
"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya.
"Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiranmereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.
Kevin menunjukkan aplikasi 'AES Detector' pada iPad dan telefon pintar yang dibangunkan untuk pengguna jalan raya.
Mempunyai ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Kevin berkata dia tidak berniat menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang trafikdengan membangunkan aplikasi seumpama ini.
"Saya hanya ingin membantu dengan cara ringkas dan mudah. Bayangkan dengan adanya aplikasi ini mereka yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mungkin bolehmenyelamatkan wang sehingga RM600 jika mereka terkena perangkap AES kerana memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya yang membangunkan aplikasi ini secarapersendirian.
Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan AES, Kevin berkata dia akan membuat kajian dan dengan bantuan para pengguna yang memberikan maklumat berkaitan.
"Sehingga kini kamera AES dikenal pasti di 14 buah lokasi di seluruh negara," katanya.
Kevin berkata aplikasi boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.
Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan seperti biasa.
"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.
"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES," katanya.
Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.
Kevin berkata walaupun aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat juga rakyat Singapura dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini untuk digunakan dalam pemanduan mereka di sini.
Mengenai pelaksanaan AES di Malaysia Kevin bersetuju ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi berpendapat ia harus dipasang di tempat yang sesuai dan kadar saman dikaji semula.
"Saya bersetuju jika ia diletakkan di kawasan kemalangan dan usaha ini memerlukan penjelasan berterusan kepada rakyat.
"Bayangkan anda memandu dari Johor ke Utara yang mana anda mungkin menerima lebih dari satu saman. RM300 untuk satu saman agak mahal untuk rakyat biasa," katanya.
Sementara itu ramai pengguna telah membuat penilaian terhadap aplikasi ini.
Daripada 2,140 yang membuat penilaian, seramai 1,321 pengguna memberikan lima bintang, 477- empat bintang, 193- tiga bintang, 47- dua bintang dan 102- satu bintang.
Azriena FerousZ memberikan komen: Baru sahaja mengemas kini aplikasi tetapi tiada isyarat bunyi? Atau adakah telefon saya yang mempunyai masalah? Bagimanapun aplikasiini sangat bagus. Cara yang baik untuk menjimatkan wang.
Seorang pengguna telefon bimbit model HTC Nexus One memberi komen: Aplikasi yang bagus, dan menjadi kemestian untuk mereka yang sering memandu. Anda akan menjadi kaya nanti (bergurau).
Pengguna android memberi komen: Terbaik...5 bintang bro...aplikasi sangat-sangat membantu.
Seorang pengguna memberi komen agak negatif: Saya benci bunyi isyarat GPS. Bolehkah anda memberi pilihan untuk mengalihkannya?
Wagner Sahui memberi komen: Khidmat terbaik untuk masyarakat
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata aplikasi ini mungkin boleh membantu pengguna daripada melakukan kesalahan berkaitan had laju atau melanggar lampu isyarat./-mstar
Dan beberapa hari yang lalu di akhbar yang sama menyiarkan, ada pula gajet baru untuk Pemandu yang ingin menghindari dari  AES ni..

Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES

KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.
Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.
Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.
Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.
Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya.
Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.
Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.
Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.
Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.
Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.
Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.
Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.
"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.
Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.
"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.
"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.
-mstar.com.my

Anak Muda Kental Demi ke Gaza. Mesti Baca!!!


Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya. 

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. 

Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina". Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin untk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. 

Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha. Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. 

Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya. Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. 

Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. 

Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak. 900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini. 

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku. Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini. 3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. 

Tanpa bertanya, si ibu meredhakan. Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu". Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada." Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik