IKLAN

Ahad, 13 Oktober 2013

10 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi



1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih 

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Sumber: BB Mania World/bersihjiwahati.blogspot.com/OM.

Petua Menghilangkan Lendir Hingus Pada Bayi



Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doktor?

Puan boleh melakukan perkara di bawah :


• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika anak puan mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

NOTA KESIHATAN DARI http://drzubaidi.com/blog
Dan Berbagai Petua lagi.
  • Untuk anak-anak saya pula,papa dia yang rajin buat...tapi tak sedut..hembus dekat hidung anak, dgn cara tutup sebelah lubang hidung anak lepas tu hembus...

    Ada petua nak hilangkan selesema ni boleh amalkan petua orang-orang tua ini. Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi. cuba la ye.

    Cara tradisional pulak.. ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je..insyaallah memang cepat lega..anak saya yg sulung memang buat macam tu bila dia selsema atau hidung tersumbat..sudah 3 tahun anak tak pernah langsung saya ambik ubat selsema...alhamdulillah.kalau masih bayi pun dia tak kembung walaupun hanya kerap dihidu aje.....selamat mencube:)

    Salam.tak tahulah kalau petua ni membantu atau tidak untuk awak hilangkan lendir anak selsema..kalau saya,cara yang mak ajar suruh sedut hingus anak tu guna mulut kita bagi semua lendir keluar..kalau sahabat rasa geli..boleh beli alat untuk sedut tu..jadi saya pun ada beli juga alat sedut tu yang dikenali Parent&Child Nasal Aspirator...tidak mahal pun alat sedut hingus tu cuma belasan ringgit jer..saya guna memang berkesan lah..selamat mencuba.
    http://www.drypers.com.my/ms/Komuniti/Forum/Ruangan/Topik/?topicId=86217
     
     
    Segala petua untuk amalan biasa sahaja,ada kadangkala jadi, ada kalanya tidak kita cuma ikhtiar sahaja. Jika sakit bayi,anak atau anda sendiri berlarutan sila jumpa doktor, pakar anda secepat mungkin,sebab sekarang ini berbagai jenis selsema yang pelik-pelik kunjung tiba pada kita. Contohnya Selsema burung, selsema Khinzir dll selsema lagi.
     
 Bayi Baru Lahir: Tips Atasi Hidung Tersumbat
Saat hidung bayi yang baru lahir (0 - 3 bulan), Bunda biasanya panik dan bingung. Benarkah, bayi baru lahir tidak boleh diberikan balsem pelega nafas. Adakah cara selamat untuk membantukan bernafas lancar kembali?
 
Lendir mengering. Hidung tersumbat adalah gejala awal influenza atau selesema. Hidung bayi biasanya banyak mengandungi lendir di saat-saat seperti ini. Tapi kerana udara yang keluar masuk melalui hidung, hingus pun menjadi kering di dalam hidung. Ini menutup dan menyumbang saluran nafas di hidung bayi. Saat itulah bayi sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan?! Bantu bayi mengeluarkan hingus dari hidung bayi agar ia dapat bernafas lega. Anda akan tahu cara hadapi hidung tersumbat setelah membaca tips berikut. Tetapi jika hidung tersumbat disertai demam, batuk terus-menerus, atau jika hingus berwarna kuning kehijauan, bawa bayi ke doktor anak. Untuk pemerhatian dan cadangan lebih lanjut.
 
Berikut tips untuk mengatasi hidung bayi yang tersumbat:
 
  1. Menyedut hingus:
  a. Gunakan pembersih ingus (nasal aspirator) khusus untuk bayi. Bentuknya sama pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih. Dijual di farmasi, dengan jenama khusus untuk bayi, seperti Pigeon, Chicco, Dreambaby dan lain-lain.
  b. Bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol) atau kapas yang diolesi alkohol 70%.
  c. Tenangkan bayi sebelum penyedotan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat.
  d. Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut harus dalam keadaan ditekan, lalu lepas perlahan saat sudah di dalam hidung. Lakukan dengan lembut, agar hidung bayi tidak kegusaran.
 
2. Menitiskan NaCl atau larutan garam murni:
  a. Anda boleh mendapatkan larutan ubat titis NaCl fisiologi 0.9% (20 ml) di farmasi, contohnya salah satu jenamanya adalah breathy. Fungsinya, untuk melembabkan selaput dalam saluran pernafasan bayi, melancarkan sumbatan hidung, dan mencairkan hingus agar mudah dikeluarkan. Cara memberikannya adalah dengan memasukkan sedikit bahagian hujung pipet lalu titiskan lembut.
  b. Anda juga boleh membuat sendiri larutan NaCl dengan cara melarutkan 1/4 sudu teh garam ke dalam 1/2 gelas air hangat. Gunakan pipet untuk meneteskannya. Pipet boleh anda dapatkan di farmasi. Apabila anda membeli yang sekali pakai, bersihkan menggunakan air hangat.
  c. Setelah hingus cair, bantu bayi mengeluarkannya menggunakan pembersih hingus. Ikuti langkah-langkah seperti diatas 1( 1. Menyedut hingus).
 
3. Tekan lembut hidung dan sekitarnya, lalu bersihkan:
  a. Anda boleh membantu bayi melegakan pernafasan dengan mengurut lembut hidung dan sekitarnya dengan bahan lembut sambil membersihkan hingus. Urutan lembut menenangkan pernafasan bayi, ini membantu lendir keluar dengan mudah.
  b. Bersihkan hidung dari bekas lendir yang mengering menggunakan cotton bud basah. Hidung yang bersih membantu bayi bernafas dengan lancar. Hati-hati apabila membersihkan, jangan masukkan cotton bud terlalu dalam.
 
4. Balsem pelega pernafasan, wap minyak kayu putih di mangkuk:
  a. Anda boleh mengoleskan balsem pelega pernafasan khusus untuk bayi, di bahagian dada, leher dan punggung, sambil mengurut lembut. Contoh, salah satu jenama balsem bayi adalah Transpulmin. Selain memberi rasa hangat, wap balsem juga akan melonggarkan hidung tersumbat.
  b. Cara lain adalah dengan membuat semacam "nebulizer" sederhana dengan cara menitiskan minyak kayu putih ke dalam mangkuk berisi air panas di salah satu sudut bilik, terutama di kawasan bilik yang merupakan wilayah pertukaran udara. Selain berfungsi membersihkan udara yang sarat virus flu, wap hangat kayu putih juga membantu bayi bernafas dengan lega. 
 
Sumber: http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/bayi/tips/bayi.baru.lahir.tips.atasi.hidung.tersumbat/001/005/82/1/1
 

Sabtu, 12 Oktober 2013

8 Khasiat Aloe Vera @ Daun Lidah Buaya


Aloe vera atau biasa kita panggil Daun lidah buaya memang mudah ditanam dimana-mana. Walau pun lebih 98% kandungannya adalah air, ia mempunyai macam-macam zat- zat logam.


1.Ia mempunyai vitamin-vitamin A, C, E , Vit2 B , folic dan choline. Serta 20 jenis logam penting.


2. Sumber bagi kebih 10 essential amino acids yang penting bagi pertumbuhan sel-sel.


Sumber bagi fatty acids yang boleh kurangkan kolesterol dan kurangkan allergy.


3.Sebagai Adaptogen untuk tangkis stress dan penyakit.


4. Untuk baiki penghadaman makanan, khusus yang mengidap irritable bowel . Ia menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.


"Ia bertindak sebagai pembersih toksin dalam usus(detox)"


5 . Ia bertindak menukar ph kepada alkaline , baik untuk kesihatan badan.


6 . Baik untuk kesihatan jantung- kawal kolesterol, melancarkan aliran darah dan mengurangkan kepekatan darah, dan meningkatkan oksigen dalam darah.


7. Meningkatkan ketahanan badan / immunity.


8. Banyak kegunaan untuk pelbagai masalah kulit - ruam , luka , kesan terbakar pada kulit, menyejukkan dan mengurangkan sakit.


Banyak diguna dalam kosmetik - mencantikkan kulit, tingkatkan kollagen dan elastin.


Banyakkan minum jus yang mengadungi aloe vera . Lebih baik tanam sendiri dan buat jus sendiri dari isi daunnya. Boleh tambah buah lain untuk rasa lebih sedap.
Inshaa-Allah.
kredit: Dr hamid Arshad.



Isnin, 7 Oktober 2013

Kehebatan Iman Seekor Semut

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....dan kongsikan kepada yang lain.

*Sumber dari facebook.com/detikislam

Ahad, 6 Oktober 2013

Madonna Belajar Al-Quran Dan Akan Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam



Los Angeles: Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.

“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar. 

“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna. 

Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York. Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor. 

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ. 

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu. 

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan. 

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan. 
“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio. 
“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu. 

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York. 

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf. 
“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan. 

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. - AFP

P/s:  Semoga dianugerahkan taufik dan hidayah dari Allah S.W.T kepada beliau...


Petikan ini yang GB kutip dari majalah Harper Bazaar: 

"I am building schools for girls in Islamic countries and studying the Qur'an," she said. "I think it is important to study all the holy books. As my friend Yaman always tells me, a good Muslim is a good Jew, and a good Jew is a good Christian, and so forth. I couldn't agree more. To some people this is a very daring thought."

The Harper's Bazaar article features a photo of Madonna wearing a chainmail mask that resembles a traditional Muslim women's burka. The singer had posted a similar picture on her Instagram page on July 2, saying: "The Revolution of Love is on...Inshallah." (See photo, above)


Sumber:greenboc


Cara Menanam Uri Anak



SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlutahu dan pelajari ialah menanam uri.Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu
yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan
diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.

 Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa

yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam

dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan

cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik

 bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar

dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang,
yang mungkin akan menggali uri ini nantiLetak dalam

 kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan

 dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat

 semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat.

Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan

tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang

 boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut
perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku,
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. - sumber

Kredit:viniyamey.blogspot.com


Selasa, 1 Oktober 2013

Sebatang Pokok Dengan 250 Jenis Epal


Pokok Epal 
Bayangkan sebatang pokok epal, mampu menghasilkan 250 jenis buah epal jenis berbeza? Mungkin pada fikiran anda ia mustahil untuk dihasilkan tetapi Paul Barnett berjaya melakukannya.

Beliau telah mengahwinkan pokok epal berkenaan dengan pokok epal lain dengan mencantumkan tunas baru di atas dahan pokok epal miliknya.

Pokok itu kini sudah membesar dan ada diantara dahannya terpaksa disokong menggunakan kayu kerana sudah terlalu berat dek buah epal.

“Saya pada mulanya bekerja di sebuah pusat penjagaan pokok epal dengan kawasan tanaman epal yang luas dengan 90 jenis variasi buah epal dalam satu barisan pokok,” katanya.

Barnett berusia 40 tahun berasal dari Chidham, West Sussex, United Kingdom.

Beliau berkata, beliau mahu menanam pokok-pokok epalnya sendiri tetapi tidak mempunyai kawasan luas untuk menempatkan kesemuanya.

“Saya mula menanam pokok ini yang digelar ‘family tree’ dengan mengahwinkan atau mencantumnya satu persatu jenis epal yang berbeza,” katanya.

magicappletree17
Antara epal yang terdapat di pokok Barnett ialah jenis yang jarang ditemui iaitu epal untuk masakan jenis Withington Fillbasket yang berasal sejak tahun 1883 dan jenis Eady’s Magnum berasal pada tahun 1908.

Bagi Barnett, epal kegemarannya ialah jenis Winter Gem kerana rasanya lazat, rangup dan manis.
mynewshub
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik