IKLAN

Ahad, 6 Januari 2013

KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian]



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,


"Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. 

Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". 

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut 

"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. 


"Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", 
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. 

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - 
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. 

"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, 

"Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" 
-"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, 

"Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. 


Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, 

"Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. 

Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


Surau al-ikhwan


Jumaat, 4 Januari 2013

Benarkah Pelakon Wanita Filem Ayat-ayat Cinta Sudah Murtad ?!


Sumber Google

Seorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama (ayat-ayat cinta) mengaku murtad kerana cinta. Adakah anda kenal dengan nama Rianti Cartwright?

Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. 

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.


Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Namun, ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.

“Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”

Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Inilah Hebatknya penangan cinta.. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta tanpa sedar bahawa cinta tu sebenarnya tak kemana.


Khamis, 3 Januari 2013

Chicarito, Penyerang Manchester United Kagum pada Nabi Muhammad s.a.w.


MANCHESTER - Tahu nama Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih popular dipanggil Chicarito? 
Walaupun bukan penganut Islam, salah satu pemain ganti terbaik di kelab Manchester United ini merupakan peminat peribadi Nabi Muhammad SAW.

"Ï'm not a Muslim, but I do admire the Prophet Mohammad SAW and Islam. (Saya bukan seorang Muslim, tetapi saya mengagumi Nabi Muhammad SAW dan Islam), "kata Chicarito seperti yang dilaporkan CNN.

Tak hanya peminat Nabi Muhammad SAW, ada ritual unik yang selalu dilakukan pemain berusia 24 tahun itu. Mirip yang dilakukan pemain bola sepak Real Madrid Mesut Oezil, Chicarito selalu menadahkan kedua tangan ke atas untuk berdoa layaknya seorang Muslim. Kadang ia melutut dan bersimpuh di tengah Padang, serupa dengan seorang Muslim yang tengah memanjatkan doa.

Chicarito dalam bahasa Malaysia bermakna si kacang kecil. Beberapa sumber dipercayai menyebut bahawa Chicarito lahir di tengah masyarakat Katolik. Ia juga merupakan penganut Katolik Mexico (Katolik Ortodoks) taat yang gemar berdoa. Amalan ritual mereka konon memang nyaris sama dengan tata cara berdoa seorang Muslim.

Walaupun hanya pemanis bangku sandaran lantaran kalah bersaing dengan Wayne Rooyne dan Robin van Persie, namun peranan Chicarito di kelab MU sangat penting.

Kemenangan Manchester United atas Newcastle United pada perlawanan boxing day di Old Trafford, Rabu (26/12) lalu menjadi bukti. Penyerang Liga Mexico itu menjaringkan gol pada minit terakhir dan membawa the Red Devils menang 4-3 dan unggul tujuh angka dari peringkat kedua, Manchester City.

www.halimislam.com

Rabu, 2 Januari 2013

EZLISA LOY BERTUDUNG SELEPAS MIMPI HARI KIAMAT




Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat | Adik Elfira Loy


PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy mendakwa dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Pelakon muda Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri yang baru berusia 17 tahun ini berkata,perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut akan kekuasaan Allah selepas didatangi mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi lagi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya sedang menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.
“Ketika itu, saya amat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya beritahu yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada wartawan.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini bersyukur, kerana diberi hidayah menerusi mimpi demikian dan tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.
“Syukur alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun imej bertudung masih baru buat saya.
“Soal penampilan ala muslimah bukan masalah besar bagi saya, kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya lagi.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak yang sesuai untuk gadis yang bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lagipun buat masa ini, lakonan bukanlah keutamaan, kerana saya masih di bangku sekolah.
“Apatah lagi, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya telahpun menduduki kerusi Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan sebagai persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Andai ada kerja (tawaran), saya ambil namun jika tiada, saya akan fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh
azizulhakim91

Bezanya Ambang 2013 Di Shah Alam | i-City Dan Dataran Shah Alam


Blog ini tidak mewakili mana mana parti politik. Entry ini hanya sekadar untuk tontonan anda . Anda sendiri boleh menilai man baik dan mana buruk. Perayaan Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam seperti tahun lepas dibuat di dua tempat berbeza yang jauhnya cuma 10minit perjalanan. Satu di i-City kelolaan kerajaan persekutuan dan satu lagi di Dataran Shah Alam (Belakang Masjid Shah Alam) kelolaan Pakatan Rakyat.

Dan suasanya amat berbeza. Satu dengan perayaan penuh gilang gemilang diiringi konsert dan tarian dan satu lagi penuh keamanan dan keberkatan dengan tetamu jemputan seperti tahun lalu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua dua majlis tersebut .

AMBANG MERDEKA DI DATARAN SHAH ALAM

AMBANG MERDEKA DI i-CITY (KARNIVAL #SAYANGI SELANGOR)
semangat 1 malaysia katanya.
**Alhamdulillah seperti tahun lepas, kebanyakan dari penduduk Shah Alam sendiri memilih untuk bersama UAI pada malam tahun baru. Tapi ramai jugak yang memilih i-City sampaikan Shah Alam jammed teruk semalam. Nak tengok bunga api katanya. Apapun masing masing punya pilihan sendiri untuk memilih bukan?
Apa pilihan anda??


Kredit: hazrilhafiz


Ustaz Azhar Idrus Di Pilih Sebagai Personaliti Pilihan Pembaca Sinar Harian Online


Sebelum menutup lebaran 2012, kami tanyakan kepada pembaca Sinar Harian Online peristiwa paling menarik yang tidak dapat mereka lupakan sepanjang tahun ini.

Kami juga ajukan kepada pembaca, personaliti yang mereka rasakan paling menyerlah sepanjang tahun 2012 ini. Si Tanggang Budiman memilih Ustaz Azhar Idrus sebagai personaliti paling menyerlah pada tahun 2012.

"Personaliti terbaik dan terpuji pada Ustaz Azhar Idrus, tapi personaliti terburuk 'hampeh' jatuh kepada Anwar Ibrahim," tulis beliau.

Pendapat sama turut dikongsikan oleh Razman Rashid."Personaliti terpilih tahun ni jatuh kepada Ustaz Azhar Idrus," tulis beliau.Aisyah Sofiyah Suhaimi juga turut bersetuju, "sokong," tulisnya ringkas.

Bro Otai pula berpendapat "berita terburuk penyenaraian FGV (Felda Global Ventures), pendedahan Deepak dan Musa Hasaan juga perasmian kapal tentera laut oleh Rosmah dan pengumuman penggantungan AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

Sementara personaliti pilihan beliau pula ialah Tan Sri Musa Hassan, Ustaz Azhar Idrus dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Pembaca yang menggelarkan dirinya sebagai Julutalqin Umno pula mengatakan "wujud pengasingan halus antara unsur ulama dengan unsur iblis secara global.

"Semakin hari pertembungan dua pihak ini makin jelas sehingga ke tahap kemuncaknya masing-masing. Bagi Malaysia, kita akan menyusuli reformasi Turki-Mesir, Tunisia-Libya iaitu ulama kembali dimartabatkan, Islam syumul didaulatkan. Pusara diktator BN telah pun siap untuk pengisiannya," ujarnya. 

Sementara ada juga pembaca yang memilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Tidak kurang juga ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Deepak.

Sambil berkata isu hudud menarik perhatiannya, Shahril Anuar Bahari pula berpendapat, "personaliti kegemaran saya pula sudah pasti Datin Seri Rosmah Mansor." ~sinarharian

Kredit:addin77


Pierre Andre- Novel dan Filem Islamik


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah lelaki, Pierre Andre ketika ini sedang mencuba nasib untuk menjadi penulis novel setelah sekian lama menyepikan dirinya. Pierre memberitahu, sejak dari dahulu lagi dia mempunyai minat untuk menulis dan berkarya di atas kertas. Namun, usahanya itu terhenti seketika dek kerana masa yang terbatas dan terdapat komitmen lain yang perlu dia dahulukan. Sejak melalui perubahan dalam hidupnya, Pierre sekarang sedang berusaha menyambung kembali usahanya dan bakal menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan Islamik .

“Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tetapi kerana faktor kerjaya saya, terbantut

“Dan sekarang saya sudah mula menulis balik dan bagi saya menulis ini merupakan satu kepuasan di mana saya boleh luah apa yang ingin saya luahkan kerana dalam filem tidak semua saya boleh terjemahkan ke dalam naskhah filem atas faktor-faktor tertentu,” kata Pierre yang dipetik dari portal Gua.com.

Justeru, bagi memberikan hasil terbaik dalam naskah novelnya nanti, Pierre banyak melakukan kajian melalui Al-Quran dan menyelitkan kisah-kisah dari dalam kitab suci itu. “Apabila saya membaca kitab tafsir Al-Quran saya menganggapnya sebagai sebuah buku dan ianya amat menarik untuk dibaca dan diteliti,” katanya.

Kata Pierre, sudah hampir 15 peratus usaha menulis novelnya sudah berjalan. Novel hasil tulisan anak tunggal pelakon Khatijah Tan itu diberikan judul ‘Road to Darussalam’.

“Buat masa sekarang saya sedang fokus untuk menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan keIslaman. “Judulnya diberi nama ‘Road to Darussalam’ dan setakat ini 15% telah disiapkan dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” beritahu Pierre. Sebelum ini, kelibat Pierre dalam dunia lakonan dilihat hambar dan dirinya kian dilupakan.

Tetapi, sejak kemenangannya dalam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung bulan lalu telah menimbulkan kembali Pierre ke dalam dunia lakonan. Pierre menafikan dia akan berhenti berlakon.
Sebaliknya, minatnya dalam pentas lakonan akan diteruskan untuk menyampaikan dakwah kepada umat Islam yang lain.

“Saya tidak akan berhenti berlakon dan akan terus berlakon dan menyampaikan saluran
dakwah saya melalui karya lakonan. Tetapi filem-filem yang akan saya lakonkan adalah berbentuk keislaman


























Alhamdulillah Mr David setuju dalam pembikinan filem-filem bercorak dakwah... TQ Allah... :)


Photo: Alhamdulillah Mr David setuju dalam pembikinan filem-filem bercorak dakwah... TQ Allah... :)

Sumber : http://www.facebook.com/MohdPierreAndre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik