IKLAN

Selasa, 1 Januari 2013

Teh Bawang Putih, Minuman Penyembuh Radang Kerongkong


Radang tekak biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Biasanya radang tekak sering menyerang pada musim sejuk.

Ketika mengalami radang kerongkong , terus saja pergi ke dapur anda dan gunakan bawang putih, seperti disiarkan oleh Live Strong  (16/01/11). 

Cara yang disyorkan oleh Mayo Clinic  ini cukup mudah, anda hanya perlu menyiapkan air, bawang putih mentah, teh, dan madu.

Pertama, rebus secangkir air. Kemudian masukkan empat ulas bawang putih dalam air yang mendidih. Kecilkan api, dan biarkan hingga lima minit.
Setelah itu, matikan api dan sejukkan air hingga lima minit. Anda boleh menghirup wap dari rebusan tersebut untuk membersihkan kawasan pernafasan.

Biasanya bakteria dan virus boleh tersebar dari hidung ke tekak. Sehingga menghirup wap bawang putih kemungkinan boleh membunuh beberapa bakteria di aliran pernafasan.

Setelah sejuk masukkan air rebusan bawang putih itu ke dalam cawan. Pastikan bawang putih yang direbus tidak ikut masuk ke dalam cawan. Kemudian celupkan teh dan tambah satu sudu makan madu.

Madu sebagai bahan antibakteria menambah khasiat minuman untuk meredakan radang di kerongkong. Campurkan Madu ke dalam cawan tadi dan kacaukan hingga madu bersatu dengan teh dan air bawang putih. Nah,Teh bawang putih pun sudah siap untuk diminum! * / Merdeka.com

Kredit: Khansa Salsabillah/undergroundtauhid.com

Skim Gaji Minimum Bermula Hari Ini


Beritasemasa

Kuala Lumpur: Kira-kira tiga juta tenaga kerja swasta termasuk pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum mula hari ini apabila lebih 500,000 majikan di negara ini melaksanakannya.

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu BH, sebelum ini 4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan. 



Permohonan diteliti

“Semua permohonan mereka diteliti secara terperinci oleh MPGN, akhirnya hanya 632 syarikat diberi penangguhan sementara iaitu sehingga April ini disebabkan faktor kewangan.

“Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang pula diberi penangguhan hingga 1 Julai ini kerana mereka memerlukan sedikit masa khususnya daripada segi perancangan kewangan dan operasi perniagaan sebelum melaksanakannya,” katanya, semalam.

RM900 sebulan

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima 
tahun atau kedua-duanya.



Ulasan : Itu gaji minimum buat mereka yang baru mula nak berkerja..yang dah 10,15 tahun kerja macamana pulak kiranya...kesian orang-orang lama..


Menyambut Perayaan 1 Januari, Budaya Kaum Freemason


Perayaan 1 Januari, Budaya Kaum Freemason  

"The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year 's Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus, the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces - one looking forward and the other looking backward. 

Begitulah bunyi The World Book Encyclopedia tahun 1984, volume 14, halaman 237 ketika menjelaskan makna tarikh 1 Januari. Perayaan tahun baru 1 Januari ternyata mempunyai sejarah panjang di mana perang Romawi mempersembahkan tarikh ini kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan waktu.

Tidak hairan, bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, iaitu dewa yang mempunyai dua wajah; wajah yang mengadap ke masa depan dan wajah yang lain mengadap ke masa lalu.

Nama Dewa Janus tidaklah asing dalam kesusasteraan paganisme. Ia adalah sembahan kaum penyembah syaitan sejak zaman Yunani kuno. Sejarah pemuliharaan budaya penyembah syaitan ini pun sudah ada semenjak zaman Hermaic (3600 SM) dan dikawal oleh kumpulan paganisme Freemason. 

Freemason sengaja terus menyuburkan budaya ini agar manusia bertauhid mampu mengalihkan perhatiannya dari agama menuju penyembahan satanisme.

Maka jika kita melihat perayaan tahun baru, maka di situlah kita dapat melihat nilai-nilai Yahudi masuk di dalamnya. Meniup trompet misalnya, kita sangat faham bahawa terompet adalah alat ciptaan Yahudi. Semula, budaya meniup trompet ini merupakan budaya masyarakat Yahudi ketika menyambut datangnya Rosh Hasanah atau tahun baru Taurat, yang jatuh pada bulan ketujuh atau tarikh 1 bulan Tishri dalam kalendar Ibrani kuno.

Hal ini pun terpampang dalam Alkitab Imamat 23; 24 

"Katakanlah kepada orang-orang Isra'el, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai (trompet), yakni hari pertemuan kudus "(Imamat 23:24)

Pada malam tahun baru, masyarakat Yahudi melakukan muhasabah diri dengan tradisi meniup shofa, sebuah alat muzik sejenisi trompet. Bunyi Shofar mirip sekali dengan bunyi terompet kertas yang dibunyikan orang Malaysia mahupun seluruh dunia di malam Tahun Baru.

Sebenarnya Shofar sendiri digolongkan sebagai trompet. Terompet dianggarkan sudah ada sejak tahun 1500 sebelum Masihi. Awalnya, alat muzik jenis ini diperuntukkan untuk keperluan ritual agama dan juga digunakan dalam ketenteraan terutama saat akan berperang. 

Kemudian terompet dijadikan sebagai alat muzik pada masa pertengahan Renaisance hingga saat ini.

Hingga kini kumpulan Freemason terus mengadakan perayaan ini. Para masonik di belahan dunia pun dikhabarkan sudah berkumpul di beberapa loji untuk menyambut tahun baru ini.

Mereka siap memasuki tahun 2013 untuk mempersiapkan The New World Order. "Happy New Year 2013 to all Freemason in the world," bunyi laman Masonictimes. [Islampos / ugt]

Disunting dari : www.undergroundtauhid.com


Istanbul Camlica Mosque | Masjid Bentuk Cengkerang Siput Di Turki



Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi

Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional. Sangat cool





































Sumber: azizulhakim91

Cerita Kucing Masuk Dalam Kain Jemaah [Lawak] - Ustaz Azhar Idrus

Sumber:stnobeni



kredit OpenMinda


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik