IKLAN

Sabtu, 24 November 2012

Siapa Gerangan Yang Berkopiah Putih Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?



Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah?

Jangan terkejut!

Kerana dia adalah...

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!




sumber:fb/www.facebook.com

KELAB GREENBOC


Jumaat, 23 November 2012

Terharu Melihat Gambar Seorang Non-Muslim Memayungi Muslim Yang Sedang Bersolat

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/598632_532246366804078_949747310_n.jpg

Hujan turun renyai-renyai saat kawan-kawan muslimnya mendirikan solat, pelajar non-muslim ini memayungkan kawan-kawannya yang sedang solat itu...

SUMBER:FB

Kredit: naimnikmat

Kenapa Kita Dilarang Mencabut Uban ?


dukeamienerev

 "Alamak uban dah banyak tumbuh laa.a..ish ini kalau tak cabut nampak sangat aku dah tua. macam mana ni ya. Pening pulak fikir. Bertambah lagi la uban kat kepala." Hati berkata.

Jangan cabut uban. Uban adalah cahaya bagi orang Islam. Rasulullah S.A.W menegah kita mencabutnya sebagaimana yang diriwayatkan 'Amr bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa baginda bersabda:

"Jangan cabut uban 

kerana ia cahaya orang Islam. Tidaklah seorang muslim yang ditumbuhi uban dalam Islam, melainkan Allah menulis baginya 1 pahala dan mengangkat 1 darjatnya. Dan Dia menghapuskan 1 dosanya."

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad, Tirmizi, an-Nasai dan Ibn Majah)

~az-zahra~

Peminat Setia Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak



Apa Yang Israel Takutkan Pada Islam? Tengok Ni...



Apa yang Israel takutkan pada Islam ?

Ketika rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat Subuh di salah satu masjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid setelah melihat sebentar.
 
Lalu tentera Israel itu pergi, maka syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya: apa yang dia lakukan tadi, saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di masjid, kata tentera Israel itu.

Syaikh Maulana Tariq Jamil kehairanan bertanya: kenapa ? Tentara Israel pun menjawab: di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat Subuh berjema'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jema'ah solat Jum'at, maka 'saat itu Israel akan hancur'. "tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjema'ah masih sedikit. Maka, hati saya tenang, kerana ummat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan kami."

Untuk itu kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia di mana pun berada, mari kita tingkatkan keberjema'ahan solat Subuh agar kita mampu menghacurkan Israel. Khususnya mendorong dan membantu dengan doa untuk akhwatkum ikhwankum di Palestin khususnya Gaza.

Ya Palestina ~Gaza~ Latabali... Latabali... Nahnu Ma'akum

Al-Quds Balad Muqaddas

Sumber: Facebook/myblogkuching.blogspot./Om


( Video ) Ada Tulisan Allah Tertera di Kepala Cristiano Ronaldo

Ada Lafaz Allah di Kepala Cristiano Ronaldo?



VALENCIA - Ada kejadian menarik yang luput dari sorotan media diperlawanan diantara Levante dan Real Madrid di Estadio Ciudad de Valencia, Sabtu (12/11). Los Blancos atau Real Madrid memenangani perlawanan itu dengan skor 2-1 melalui gol Alvaro Morata pada minit ke-84.
Kejadian unik itu bermula dari sikuan David Navarro yang mengenai pelipis Cristiano Ronaldo. Peristiwa pada minit ketiga itu membuat CR7 harus mendapat rawatan lantaran mengucur darah dari pelipisnya.
Saat menjalani rawatan perubatan di pinggir lapangan, Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu menyoroti gaya model rambut Ronaldo. Entah kebetulan atau tidak, kamera televisyen mendapati potongan Pemain Terbaik Dunia itu bertuliskan lafaz Allah dalam bahasa Arab. 
Video yang dimuat naik ke youtube itu seketika menarik perhatian. Dalam video berjudul "Allah (Ø § Ù" Ù "Ù ‡) writte in Arabic on Cristiano Ronaldo s head?", Kita boleh melihat sendiri tentang kejadian unik itu.
Ada yang menganggap bahawa tulisan lafaz itu palsu dan merupakan kejuruteraan digital, namun banyak pula yang percaya model rambut Ronaldo dibuat seperti itu.
Sebagaimana kita ketahui, bekas penggawa Manchester United itu sering bersentuhan dengan dunia Islam. Ia pernah berkunjung ke Jalur Gaza dan menghadiri acara yang diadakan pemerintahan Palestin.
Namun yang pasti, Ronaldo selama ini dikenali sebagai pemain bola yang gemar menukar penampilan rambutnya. Ia juga selalu mengikuti trend terkini dalam pemilihan model rambut yang unik.
Lihat videonya:



Disunting dari: http://www.republika.co.id

Rabu, 21 November 2012

Mesut Oezil: Bebaskan Palestin!

Mesut Oezil: Bebaskan Palestin!
Beginilah paparan gambar dalam akaun instagram milik Mesut Oezil, pemain tengah Real Madrid.


GAZA - Serangan tentera Israel yang membabi buta menimbulkan banyak mengorbankan jiwa. Khabarnya bahawa serangan peluru berpandu Zionis ditujukan kepada kanak-kanak dan kaum perempuan bukan cerita kosong.
Sebagai bukti, ramai yang terkorban @ meninggal dunia kebanyakkannya dari kalangan remaja.

Keadaan ini membuatkan ramai orang sedih, tidak terkecuali Mesut Oezil. Midfielder Real Madrid tampak begitu prihatin tentang kematian kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di jalanan .
Entah mengapa, ketika asyik bermain, jet pejuang Israel jatuh dan mengorbankan kanak-kanak itu. 

Yang membuatkan pemain tengah der Panzer itu bersedih adalah, mangsa itu sedang mengenakan baju Los Blancos bernombor 23. Walaupun nombor Jersi rasmi Oezil di Madrid adalah nombor 10, namun gambar itu mampu menggetarkan hatinya. Oezil memuat turun gambar itu melalui akaun instagram miliknya,officialmesutozil10 . 

Dalam gambar itu kelihatan kematian kanak-kanak itu ditangisi oleh teman-temannya yang melihatnya terbaring kaku. Dengan mengenakan serban, ia tidak sempat menutup kedua-dua matanya dan mulutnya yang masih menganga. Di foto yang satu lagi, kelihatan darah dan sebahagian baju Real Madrid yang dikenakan oleh mangsa itu kelihatan terbakar.

RIP (Rest in peace) to all the innocent victims, ï'm praying for you. # Freegaza # FreePalestine (Beristirehat dalam kedamaian pada semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan untuk anda. Bebaskan Jalur Gaza. Bebaskan Palestin, "kata Oezil.


Disunting dari: REPUBLIKA.CO.ID

Selasa, 20 November 2012

Petua Kecantikan Dan Awet Muda



tips awet muda secara semulajadi


Berbicara tentang Awet Muda dan Kecantikan, ianya tak dapat lari dari menceritakan tentang Tips Cantik Dan Awet Muda Secara Alami baik  bagi wanita mahu pun lelaki. Ianya berhubung kait tentang gaya hidup kita sendiri. 

Tips Kecantikan Dan Awet Muda memang menjadi suatu hal yang harus kita tahu agar dapat menjaga kecantikan kita dari pengaruh penua'an awal pada kulit. 

Usia kita memang boleh bertambah, tapi bukan bererti kita boleh membiarkannya begitu saja. Supaya kulit kita sentiasa awet muda, ada langkah-langkah mudah yang boleh diterapkan ke dalam gaya hidup  kita sehari-hari.Selamat mencuba ! 

1. Makan rumpai laut~ Hidangan bawah laut tertentu, seperti rumput@rumpai laut, mempunyai komposisi yang serupa dengan plasma darah dan merupakan salah satu sumber terkaya dari mineral dan nutrisi.Rumput laut juga meminimumkan kesan penuaan dengan detoksifikasi kulit dan memerangi radikal bebas. Jika anda tidak ingin mengunyah rumpai laut yang masin, ambil sahaja yang telah di kapsulkan.

2. Cukup tidur~ Tidak kira berapa tebal atau mahal kosmetik yang digunakan, kulit anda tidak akan kelihatan bagus tanpa tidur yang cukup. Tidur diperlukan untuk memperbaiki dan meremajakan kulit anda, jadi matikan semua alat digital anda di malam hari. 

3. Jangan stres~ Kajian menunjukkan bahawa stres secara automatiknya mencetak garis-garis pada wajah anda. Dapatkan perkara yang menghibur anda sehari-hari dan ia juga dapat menambah usia anda. 

4. Kurangkan gula~ Bila tidak boleh mengelak, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan pengambilan gula. Terlalu banyak gula boleh bertindak balas dengan protein di kulit sehingga mempercepatkan proses penuaan. 

5. Rajin bermasker~ Cubalah topeng sederhana ini agar tetap Cantik Dan Awet Muda secara semulajadi. Campurkan perahan lemon dan putih telur, campurkan selama 3 minit lalu oleskan ke wajah, tunggu 30 minit lalu bilas dengan air suam.

6. Makan banyak protein~ Beri nutrisi pada kulit dengan banyak mengambil makanan berprotein yang berperanan besar menghasilkan kolagen dan elastin. Semua itu adalah penting untuk menjaga agar kulit tetap segar. Cuba makan daging lembu, ikan, telur, keju dan kekacang. 

7.Pakai krim malam sebelum tidur~ Usahakan menggunakan krim malam yang mengandungi vitamin B, C, dan P untuk merangsang peredaran kulit. Pada paginya anda akan dapat merasakan kulit terasa halus dan lembut. 

8. Minuman bervitamin~ Minumlah suplemen vitamin A, C, dan E yang membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari dan penuaan awal. 

9.Makan makanan yang sihat untuk kulit~ Perbanyak makanan yang menyihatkan kulit seperti salmon, almond, dan buah beri. 

10.Elakkan merokok~ Bukan hanya berhenti merokok, tapi juga elakkan asap rokok kerana boleh menyebabkan kulit berkedut, ia merosakkan enzim yang menghasilkan kolagen. Jadi itulah sahaja Tips Kecantikan Dan Awet Muda Secara Alami yang dapat kami berikan untuk anda, yang ingin selalu kelihatan muda. Dan jangan lupa juga untuk melihat artikel yang lain di blog kami selain Tips Cantik Dan Awet Muda ini.


www.inginlihat.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik