IKLAN

Selasa, 20 November 2012

Senarai 20 Rappers Yang Telah Memeluk Islam

13122474541712935159

dari canada.connections.com


1. Philippe Fragione (Akhenaton)
Akhenaton adalah seorang rapper yang berasal dari Perancis yang mengisi masa mudanya dengan traveling ke New York, Amerika, untuk mencari pengalaman dan ilmu tentang rap. Di Amerika dia dikenali dengan nama  Chill Phil. Akhenaton yang dilahirkan pada tahun 1968 di Marseille ini selain gemar bernyanyi rap dia juga seorang produser muzik hip hop Perancis. Selain itu, dia cukup pintar menulis, terbukti dengan munculnya tulisannya mengenai Hip Hop yang berjudul La deuxième génération du hip-hop (The second generation of hip-hop). Pada tahun 1989 dia membentuk kumpulan hiphop IAM yang berfokus pada lirik bertema kritikan keras sosial dan politik. Setakat ini, selain di IAM, dia juga bergiat solo dan telah menghasilkan 8 album sejak 1995 hingga 2010. 

2. Erik Francis Schrody (Everlast)
1312247555408491311


dari culturspills.com
Everlast adalah seorang rapper dari kumpulan House of Pain dan La Coka Nostra.Kerjayanya di bidang muzik rap telah membawanya pada anugerah Grammy Award di tahun 2000 untuk kategori the best rock performance bersama Carlos Santana.Everlast yang dilahirkan di New York pada tahun 1969, bersama DJ Lethal membentuk House of Pain dan dengan Danny Boy membentuk La Coka Nostra. Dalam kehidupan rapper, dia pernah bersiteru dengan Eminem sejak tahun 1999 gara-gara Eminem tidak mengendahkannya di sebuah konsert rapper. Perseteruan itu berlanjutan sehingga dimasukan ke dalam isi lirik lagu mereka.

3. Amir Junaid Muhadith (Loon)
1312247663239551616
dari blogetery.com
Loon saat ini tidak aktif lagi menge-rap( betul ke ayat aku ni), boleh dikatakan aktivitinya sama dengan yang dilakukan Cat Steven, pemuzik yang berasal  dari Britain yang sekarang bernama Yusuf Islam. Dia telah melakukan umrah di Mekah dan kegiatannya sekarang diisi dengan da'wah. Loon sebelum ini dikenali sebagai rapper sejak bergabung dengan kumpulan P. Diddy, menyanyikan lagu I need A girl. Dia juga telah mengeluarkan albumnya yang berjudul Loon. Loon juga banyak bekerjasama dengan pemuzik dunia yang lain seperti Lenny Kravits, Pharrell, Usher, dan Tony Braxton.

4. Brad Jordan (Scarface) 4. Brad Jordan (Scarface)
1312247702464558653
dari kronik.com
Scarface adalah anggota dari kumpulan rapper Geto Boys. Dia dilahirkan di Houston pada tahun 1970. Album yang membuatnya ia melonjak  naik adalah album perdananya My Scarface is Back. Sebelumnya dia pernah bekerjasama dengan beberapa pemuzik dunia seperti Ice Cube dan Bushwick Bill. Pada tahun 2001 dia memperoleh penghargaan sebagai pencipta lirik terbaik dari Source Award. Sejauh ini Scarface telah menghasilkan 11 studio album dengan debut album My Scarface is Back pada tahun 1991 dan yang terakhir adalah Emeritus pada tahun 2008.
5. Shaheed Akbar (The Jacka)
1312247742198494929
dari ttlrecords.com
The Jacka memulakan kerjayanya di kumpulan Mob Figaz di California, dengan mengeluarkan album pertamanya C-Bo s Figaz. The Jacka, yang dilahirkan ada tahun 1977, mempunyai syarikat rakaman sendiri bernama the Artist Records. Dia juga merakamkan album solo iaitu Jacka of the Mob Figaz pada tahun 2001 dan menjualnya sendiri dari bandar-ke bandar. Album ini cukup membawa apresiasi dari peminat rap. Sejauh ini dia telah menghasilkan album studio sebanyak 5 album, dengan labu kelima Murder Weapon pada tahun 2011.

6. Nahshid Sulaiman (One Be Lo)
13122477431529404086
dari optus.net
One Be Lo berasal dari Michigan dan bergabung dalam kumpulan duo Binary Star dan Massive Monkees. Binary Star dibentuknya dengan seniman Silla pada tahun 1998, dan telah mengeluarkan dua album. Pada tahun 2000 dia mula menggunakan nama One Be Lo kerana saat itu dia memulakan  kerjaya solonya, lepas dari Binary Star. Di tahun yang sama dia mendirikan syarikat rakamannya sendiri yang bernama Subterraneous Records. Sampai saat ini dia telah mengeluarkan 8 album solo.

7. Lorenzo Jerald Patterson (Mc. Ren)
13122478242089691276
dari hiphopstan.com
Mc. Ren, yang lahir pada tahun 1969, masuk dalam kumpulan rap NWA yang pada awalnya dipelopori oleh Ice Cube. MC Ren mengeluarkan album perdananya pada tahun 1992 selepas keluar dari NWA kerana adanya perselisihan di dalam kumpulan itu. Albumnya berjudul Kizz My Black Azz yang memperoleh jualan cukup signifikan.Album berikutnya muncul seiring dengan kegiatannya mendalami Islam. Album itu berjudul life sentence. Sampai saat ini MC Ren telah menghasilkan 12 album, sejak 1988, termasuk di dalamnya ketika bersama NWA, Eazy E, DOC, dan album studio sendiri.

8. Divine Styler ( Marc Richardson )
13122478351126425362
dari herohill.com
Divine Styler mendapat pengaruh kuat dari Everlast dalam menentukan jalan hidupnya.Dia dilahirkan pada tahun 1968 di Brooklyn. Salah satu albumnya Spiral Walls Containing Autums of Light menceritakan pengalaman religiousnya, ditambah dengan lagu Make it Plain pada tahun 1999. Kerjayanya di dunia rap bermula sejak tahun 1988 dan sampai saat ini telah menghasilkan 4 album studio.

9. Al Hasan Naqiyy (BG Knocc Out)
13122478831527109081
dari muslibru.com
BG. Knocc Out, yang dilahirkan pada tahun 1975, dulunya adalah anggota geng Crips di California. Kemudian Eazy E salah seorang rapper terkenal di sana, mengajaknya kerjasama pada tahun 1993. Hasil kerjasama itu diberi judul Real Muthaphuckkin D's, yang memperolehi jualan signifikan. Pada tahun 1995, dia bersama abangnya rapper Dresta bekerjasama dan mengeluarkan album Real Brothers. Pada tahun 1998 dia terlibat dalam pembunuhan geng dan dimasukan penjara sehingga tahun 1996. Di penjara dia mencari jalan hidupnya sebagai Muslim.

10. Vinnie Paz (Vincenzo Luvineri)
13122479541216613321
dari wearechange.org
Vinnie Paz yang masuk dalam kumpulan rap Army of the Pharaoh, yang merupakan generasi rap masa kini. Dia memulakan kerjayanya sejak tahun 2006, dan telah mengeluarkan album sendiri pada tahun 2010, season of the assassin dan rencananya pada tahun 2012 dia akan mengeluarkan album kedua God of the Serengeti. Paz berasal dari keturunan Itali yang dalam hidupnya banyak diberi ajaran agama, sehinggakan banyak lirik berunsur agama di masukkan dalam lirik lagu yang dibuatnya.
11. Calvin Cordozar Broadus, Jr. (Snoop Doug)
1312247961485045871
dari donnafm.co.id
Bagi saya, rapper inilah yang paling terkenal di antara sebelas rapper dalam senarai ini. Doug yang lahir pada tahun 1971 di California, bukan hanya seorang rapper tapi juga actor, entertainer, penerbit rakaman, dan penggiat say no to drugs. Dia diasuh oleh rapper terkenal Dr. Dre sejak tahun 1992, sebelumnya banyak berkecimpung di dunia criminal bahkan pernah dipenjara kerana kokain. Sehingga sekarang dia telah berjaya menubuhkan sendiri kerajaan rap-nya, dengan mengeluarkan album sendiri pada tahun 1993 yang masuk dalam senarai teratas di Billboard Hot 100 dan R & B Chart. Sampai saat ini Doug telah menghasilkan 11 album dengan album yang terkini Doggumentary pada tahun 2011. Doug juga telah membintangi lebih dari 40 filem. Ia mengakui mengenal dan mendalami Islam bermula pada tahun 2009 dengan masuk ke dalam kumpulan Nation of Islam, merupakan pertubuhan Islam di Amerika Syarikat.

12.Akon


13122642671056027379
dari blogspot.com

Rapper yang lahir pada tahun 1973 di Missouri ini telah bekerjasama dengan banyak penyanyi terkenal lain seperti eminem, R kelly, dan Michael Jackson (late). Sampai sejauh ini dia telah menghasilkan 4 album, dengan debut album pada tahun 2004 berjudul Trouble, album terkini  yang direncananya akan keluar tahun ini, dia juga telah memenangi 6 anugerah dunia seperti dari American Music Award, Billboard Music Award, dan World Music Award.

13.Ice Cube


131226422449353946
dari bandswallpapers.com

Ice cube, yang lahir pada tahun 1969, lebih dikenali di dunia sebagai pelakon, terutama selepas bermain didalam (Triple) XXX: State of the Union. Di samping berperanan sebagai pelakon, dia juga produser muzik dan pengarah filem. Album pertama yang dikeluarkannya adalah pada tahun 1989 iaitu Amerikkka s most wanted, album terakhirnya adalah I am the West pada tahun 2010. Sejauh ini dia telah mengeluarkan tidak kurang daripada 15 album, dengan membintangi sebanyak tidak kurang dari 30 filem. Dia mengaku ia seorang muslim ketika diwawancara sebuah stesen TV. Itu terjadi di akhir tahun 90an.

14.Mos Def



dari Wikipidia

Aktor dan rapper kesohor dari Amerika Syarikat ini lahir 38 tahun yang lalu di Brooklyn. Nama lengkapnya Dante Terrel Smith. Sebagai penyanyi Mos Def, sudah 6 kali namanya masuk pencalonan Grammy Award, kebolehan yang lainnya sebagai aktor dengan membintangi beberapa filem seperti The Italian Job, 16 Blocks, Next Day Air dll. Mos Def masuk Islam ketika berumur 19 tahun, nama Islamnya Yasiin Bey.



15.Busta Rhymes



Arab Money by
Busta Rhymes memeluk agama Islam sejak tahun 2007.


16.Raekwon (personel Wu-Tang Clan)


Ia memeluk Islam sejak tahun 2009 dan melakukan beberapa wawancara di media massa tentang agamanya.


17.Nas


Meski gaya hidupnya glamor, rapper yang rapat dengan Rapper Jay Z ini dikenali sebagai muslim yang religius. 




18.Lupe Fiasco
Rapper yang bernama  Wasalu Muhammad Jaco ini sering berbicara.. membela Islam baik di depan khalayak ramai mahupun didalam lirik lagunya. 


19.T-Pain
Rapper yang bernama  Faheem Rasheed Najm ini dilahirkan dalam keluarga Muslim, namun ia sendiri mengaku tidak religius.


20.Ghostface Killah (personel Wu-Tang Clan)
Rapper ini telah memeluk agama Islam Sunni. 




Ulasan Sahabat
Sayangnya rapper2 yang beragama Islam seperti  T-Pain, Akon, Ice Cube, Snoop Doog lagu-lagunya banyak yang mengajak kepada kemaksiatan (mengundang stripper, dan liriknya tidak layak didengar oleh kanak-kanak juga orang dewasa.)-Faried
Saya sendiri lebih suka lagu Native Deen yg ï'm Near.disini+ faried


Betul Abg Faried. Memahami ajaran Islam untuk mualaf memerlukan waktu, ada yang cepat, seperti Loon dan Yusuf Islam, ada yang kurang cepat, faktor persekitaran, latar belakang, dan lain-lain sangat berpengaruh. Untuk itu mereka perlu sokongan dan doa kita. doakan saja mereka semakin baik..Wallahu A'lam dan Wassalam.


Kredit:hiburan.kompasiana.com/www.inginlihat.com



Isnin, 19 November 2012

Kita LULUS UPSR..Tapi

Wiki

Walaupun:
Kita LULUS UPSR
Kita LULUS PMR
Kita LULUS SPM
Kita LULUS STPM
Kita LULUS STAM

Tapi adakah SPM yang satu lagi kita akan LULUS?
Hanya ALLAH yang tahu...

Nak tahu apa lagi satu SPM tu?
Soalan Padang Mahsyar ♥




MyNewsHub

Kelebihan Bertudung Labuh

klik utk besarkan
Assalamualaikum.

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.Blogspot


TERTUTUP ITU LEBIH INDAH


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )





PANDANGAN FATIMAH SYARHA



Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgemental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.



Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.


Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.



Yang Tertutup Itu Indah


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”


Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


Istimewa Bertudung Labuh


Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.


Dikejar Tebuan Tanah


Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.


Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.


Sementara aku tetap bertahan di situ. Ku tutup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Ku lindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


Terlindung daripada Mata Mat Rempit


Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.


Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.


Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.


Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.


Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.


Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.


“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.


Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.


Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!


Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.


Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.


Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh


Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.


Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.


Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.


Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

WALLAHUA'LAM..



Nak tenguk koleksi tudung labuh >>>tudunglabuhnraziah




Sabtu, 17 November 2012

Barack Obama Ulangi Pendirian AS Sokong Israel


Obama Ulangi Pendirian AS Sokong Israel

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengulangi pendirian bahawa negara itu menyokong hak Israel untuk mempertahankan negaranya. 


Pendirian itu ditegaskan Obama dalam perbualan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyentuh mengenai konflik di Gaza.



“Presiden menegaskan sokongan Amerika terhadap Israel untuk mempertahankan diri dan menyatakan kekecewaan terhadap kehilangan banyak nyawa orang awam Israel dan Palestin," kata satu kenyataan Rumah Putih. 



Netanyahu yang mengambil inisiatif membuat panggilan itu juga menyatakan terima kasihnya kepada pelaburan Amerika dalam pengeluaran roket Iron Dome dan sistem pertahanan mortar Israel. 



Beliau berkata, kedua-dua sistem pertahanan itu amat berkesan dalam membendung dan menewaskan serangan roket dari Gaza serta menyelamatkan banyak nyawa penduduk Israel. 



Obama turut berbual dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang menyatakan kekecawaannya mengenai kehilangan nyawa penduduk Israel dan Palestin dan mahu agar krisis terbaru itu segera diselesaikan. - AFP 



Biarlah Mereka dengan pendirian mereka.. nak jaga periuk masing-masing supaya tak kontang..

Semua umat di dunia mendermalah dimana-mana tabung untuk Gaza dan usah lupa, berdoalah untuk mereka supaya mereka diberi kedamaian, kemenangan atau Syahid! AllahuAkbar !


GAMBAR: Israel Lancar Gerakan Ketenteraan Besar-Besaran Di Gaza




Gambar ehsan dari mynewshub.my

Ular Keluar dari Kubur



GEORGETOWN – Setiap kali waktu senja menjelang, pasti ada saja ular sepanjang empat meter dipercayai keluar daripada kawasan tanah perkuburan di Jalan Perak.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Hashim Yahya, Roslan Yusoff berkata, ia gara-gara ular berkenaan menjadikan kawasan perkuburan habitat baru memandangkan kawasan persekitaran yang langsung tidak terurus.

Menurutnya, mungkin disebabkan terlalu banyak, ada di antara ular sawa sepanjang tiga meter cuba memasuki pekarangan masjid yang terletak berhadapan dengan kawasan kubur.

“Nasib baik ada orang nampak dan kami segera ambil tindakan, kalau tidak sudah pasti ular berkenaan masuk ke ruangan solat wanita.

“Saya gesa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) segera ambil tindakan memandangkan kawasan tanah perkuburan ini adalah di bawah tanggungjawab mereka,” katanya.

Tinjauan bersama jawatankuasa kariah mendapati sememangnya kawasan perkuburan di Jalan Perak itu kotor dan langsung tidak diuruskan dengan sempurna.

Jalan Perak adalah salah satu kawasan tanah perkuburan yang terbesar di kawasan pulau negeri ini. Disebabkan itu tanah perkuburannya diselenggara Mainpp, bukannya jawatankuasa kariah masjid.

Setiausaha Kariah Masjid Hashim Yahya, Zambri Abdul Rahman berkata, tanah perkuburan yang dibiarkan tidak sempurna itu kebanyakannya adalah kubur warga asing.

Bagaimanapun beliau bersama jawatankuasa kariah terkilan kerana sudah hampir tiga tahun perkuburan itu tidak dipedulikan oleh Mainpp.

Penduduk yang mempunyai rumah berhampiran kubur juga dimaklumkan sudah beberapa kali menghubungi pejabat Mainpp, namun sehingga ke hari ini tiada tindakan yang diambil.

“Untuk pengetahuan orang ramai, di bawah timbunan sampah memang ada kubur lain, wajarkah kita memperlakukan perkara sedemikian kepada saudara Islam kita?,” katanya.

Tambah beliau lagi, jumlah kubur di situ tidak dapat dikira dengan jari gara-gara terlalu banyak dan berlapis-lapis.

Bagaimanapun pihaknya kesal kerana imej umat Islam sedikit sebanyak tercalar kerana perkuburan yang kurang bersih.

Kariah masjid sendiri sebelum ini sudah banyak kali menerima aduan daripada orang ramai, namun apa yang mampu dilakukan ialah menghubungi kembali Mainpp bagi menyampaikan aduan.


kredit: xlupa




Padah Akibat Percaya 'Batu Geliga'


TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesaktian. 

Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.
Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia.

Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan.

“Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.

“Jika gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan itu, saya diberi peringatan ada kemungkinan berlaku musibah kepada saya atau ahli keluarga,” katanya ketika ditemui. / paapaada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik