IKLAN

Jumaat, 16 November 2012

30 Cara Melembutkan Hati





Hadis riwayat Aisyah ra. isteri Nabi saw.:

Rasulullah saw. bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya.

Kita tidak lalai akan doa yang satu ini : "Ya Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah diriku dalam Agama-Mu dan dalam Ketaatan kepada-Mu".

Begitulah, menjaga kondisi hati untuk senantiasa istiqomah berada di jalan Allah, senantiasa bersih dari segala kotoran dan lembut dari segala kekerasan (hati), tidaklah mudah. Kesibukan dan rutin kita yang memerah tenaga dan fikiran, serta interaksi yang terus menerus dengan masalah duniawi, jika tidak diimbangi dengan "makanan-makanan" hati, terkadang membuat hati menjadi keras, kering, lalu mati.. Padahal sebagai seorang mukmin, dalam melihat berbagai macam persoalan kehidupan, haruslah dengan mata hati yang jernih.

Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam upaya melembutkan hati. Kita hendaknya senantiasa:

1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.

2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.

4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.

5. Takut akan balasan siksa yang segera di dunia, karena maksiat yang kita lakukan.

6. Takut mengakhiri hidup dengan su'ul khatimah.

7. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

8. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

9. Takut akan azab di alam kubur.

10. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.

11. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.

12. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.

13. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.

14. Takut terhadap nikmat Allah yang kita rasakan siang dan malam sedang kita tidak bersyukur.

15. Takut tidak diterima amalan-amalan dan ucapan-ucapan kita.

16. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.

17. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.

18. Hendaknya kita mengembalikan urusan diri kita, anak-anak, keluarga, suami dan harta kepada Allah SWT. Dan jangan kita bersandar dalam memperbaiki urusan ini kecuali pada Allah.

19. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya' ke dalam hati, kerana terkadang riya' itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri. "Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal orang fasik dan riya'. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis".

20. Jika kita ingin sampai pada darjat ikhlas maka hendaknya akhlak kita seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya atau membencinya.

21. Hendaknya kita memiliki sifat cemburu ketika larangan-larangan Allah diremehkan.

22. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan dosa.

23. Ingatlah setiap kita sakit bahwa kita telah istirehat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalan yang buruk.

24. Hendaknya ketakutan pada Allah menjadi jalan kita menuju Allah selama kita sihat.

25. Setiap kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka khayalkanlah bahwa kita yang sedang diusung.

26. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rezeki kita sedang hatinya tidak tenteram kecuali sesuatu yang ia kumpul-kumpulkan. Dan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat mati.

27. Lihatlah dunia dengan pandangan Iktibar (pelajaran) bukan dengan pandangan mahabbah (kecintaan) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.

28. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cobaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?

29. Di antara akhlak wanita mukminah adalah menasihati sesama mukminah.

30. Jika kita melihat orang yang lebih besar dari kita, maka muliakanlah dia dan katakan kepadanya, "Anda telah mendahului saya di dalam Islam dan amal soleh maka dia jauh lebih baik di sisi Allah. Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih baik sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah."

Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. As-Syura:19

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. Maryam:96

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. Al-Maidah:54

pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com

Selasa, 13 November 2012

Manfaat Ubi Kayu

Ubi Kayu mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Ubi Kayu juga dikenali sebagai akar yang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, antitumor, dan boleh meningkatkan nafsu makan. Tidak hanya itu, Ubi Kayu juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :


Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

Manfaat Ubi Kayu untuk Demam
Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari.

Khasiat Ubi Kayu untuk Luka
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit
Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu.  Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu  dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.


mysyah-holiday.com/OM


Helmet Khas Untuk ke Masjid


Ni  dia, selamat kalau kau pakai nak pi menunaikan solat kat  masjid  ataupun pakai bila-bila masa pun rasanya tak salah kot.

Dah tu mai kita tengok kot- kot  sesuai dengan  saiz kepala anda ...

Sedia,......... teruskan bacaan

Cool kan?
 
Billyinfo

P/s: Bila dah dapat sebijik...nanti jangan kau orang lupa pulak buka helmet tu..
sebab dah siap gambar ketayap tu :) 


Pelumba Negara, Zulfahmi Mengelak dari Simbahan Arak.


Di luar negara. Bukan di Malaysia.



Jika di luar negara memanglah kita tak boleh nak cakap apa2 kan. Benda berlaku dekat luar. Kena ikut ketetapan peraturan yang mereka sediakan. Kita sebagai orang luar kena patuhi satu2 peraturan yang mereka tetapkan. Sebab itulah Zul lari. 
 

Lihat video di bawah ini sebentar ;
 



  

Tetapi bagaimana pula dengan perlumbaan yang diadakan di Malaysia? Di Malaysia pun Zulfahmi kena lari tau. Bukan dekat luar negara aje beb!. Ini yang pelik bin ajaib. Kata negara Islam. Tapi apa logiknya upacara raikan kemenangan dengan arak tu? Cuba baca sebentar pandangan rakan facebook kat bawah ni.. 

Salam bro.ak nak menambah sikit info pasal kes lari dari sembur arak kat moto3 ahad td.maka ramailah yang bg alasan back up SIC

1)SIC tak jangka zulfahmi menang


dia dpt pole position masa race.dan sebelum gp malaysia pun dia pernah dapat no 4.dia memang antara top rider utk moto3.sebenarnya pihak IRTA yg urus motogp ni dah terima permintaan zulfahmi untuk tidak diberi champagne kalau menang.info aku tau dari fb fanpage zulfahmi jugak.

2)Sembur champagne memang adat celebration motogp

untuk info masa motogp kat Mugello,Itali no1 (maverick vinales) dan no2 (Romano Fenati) masing2 berumur 17 dan 16.no3 dapat kat sandro cortese yg dapat no.1 masa gp malaysia ahad td.tapi masa celebration yg dapat champagne hanya cortese sebab berumur atas 18tahun.jadi 2 lagi rider tu hanya goyang botol air je.aku dpt info ni pun dari fanpage zulfahmi jugak.

dan untuk F1 Bahrain pun diorang tak sembur champagne sebab Bahrain berani.

jadi sekarang tinggl SIC sahaja, nak atau taknak buat champagne celebration untuk F1 gp atau motogp akan datang

Cuba contohi Bahrain,mereka gantikan dengan Waard,minuman tradisional dia orang.ok.tq

Ini lah pendapat dia yang aku sokong. Aku rasa Malaysia kena faham. Maksud negara Islam itu bukan bermaksud mana2 pemimpin arab cakap, hai, saya nak cakap Malaysia tu negara Islam okey maka anda negara Islam.

Maksud negara Islam ialah kita kena ikut apa yang Allah s.w.t firmankan dalam  Al-Quran. Kalau semata2 orang itu dan orang ni boleh sahkan kita negara Islam ke tidak baik la aku upah sesiapa cakap aku ulama. Almaklumlah nak mengatakan diri sendiri ulama hanya perlu pengesahan individu bukannya kena ikut peraturan Allah s.w.t kat malaysia ni.. ye tak?


Di sunting dari : sozcyili


Pierre Andre Gemparkan Dunia Artis Dengan Ucapan Keagamaan

As-salam.Sahabat semua ada tenguk Anugerah Skrin 2012 Ahad lalu tak ? Aku tertenguklah juga sikit-sikit..bahagian akhir yakni masa pemenang ambil anugerah, terutamanya bila Pierre Andre yang ambil, tahniah aku ucapkan padanya atas apa yang dimenanginya dan tahniah juga atas ucapan pada malam itu yang aku rasa mantop.Ia telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan dan juga untuk kita semua.


"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".



wo, wo... dia artis, dia pelakon, dia public figure, dia terima anugerah dunia 
tetapi lebih menghargai anugerah Allah iaitu kalimah shahadah dalam dirinya . Alhamdulillah. 

Diantara komen -komen di facebooknya



Nah ini video ucapan anak muda bernama Pierre Andre


"Jagalah kalimah ini dalam diri kita"
Tafsirannya mungkin jaga iman, jaga aqidah, jaga penampilan. jaga aurat, jaga tingkahlaku.... senang cerita jaga semua seperti sunnah nabi dan tuntutan agama Islam. Gua pasti mengalir air mata syukur ibu dan ayahnya tatkala melihat anakanda kesayangan mereka berkata demikian. Allahu Akhbar
Kredit: gendang perang/ exazaf


Isnin, 12 November 2012

4 Sarang Burung Yang Unik dan Kreatif


Setiap manusia mengimpikan rumah yang besar, mewah dan selesa untuk tinggal. Begitu juga haiwan seperti burung. Yang bestnya burung tidak perlu menggunakan duit untuk membina sarang mereka.

Pendek kata langsung tak melibatkan kos ataupun dalam kata lain zero kos.

Jom kita tengok jenis-jenis burung dan sarang mereka yang cukup unik
dan kreatif ini.

Sarang Burung Golden Masked Tanager 
The Golden Masked Barbet boleh dijumpai di Amerika Selatan. Burung jenis ini 
mencari sarang lebah yang terbiar untuk membina sarang. Jom tengok sarang yang dibina oleh burung jenis ini.

 

Sarang Burung Spotted Nightingale-Thrush
Burung Spotted Nightingale-Thrush ditemui di Amerika Selatan sehingga ke selatan Mexico. Burung ini membuat sarang di kaki bukit hutan habitat berdekatan belukar. Jom kita tengok sarang jenis burung ini.



Sarang Burung Rock Sparrow
Brung jenis ini merupakan burung Eropah, Afrika utara dan Asia Tengah yang suka buat sarang di kawasan berbatu di dalam hutan.



Sarang Burung Pine Siskin
Burung Pine Siskin ditemui di Amerika Utara. Sarangnya cukup unik kalau kita lihat.



Sarang MacGillivray's Warbler
Burung ini gemar membuat sarang dikawasan yang rendah seperti di dalam semak. Kebiasaan burung lain akan membina sarang di dahan-dahan pokok yang tinggi. Berbeza dengan burung ini.



Sarang Burung House Finch
Burung House Finch sangat kreatif membina sarang mereka. Lihat sajalah dibawah.



Sarang Burung Anna's Hummingbird
Merupakan keluarga burung kelicap. membina sarang menggunakan ranting-ranting kecil dan bulu-bulu haiwan.




Sarang Burung The Western Tanager
Burung The western Tanager memilih pokok konifer untuk membina sarang mereka. Lihat sahaja betapa kreatif burung jenis ini.



Sarang Burung Allen's Hummingbird


sumber: environmentalgraff
 Kredit: openminda


Merawat Diri - 4 Rukun Penyembuhan Sendiri


Terperanjat apa bila menerima berita rakan ditanahair meninggal dunia sedangkan baru 2 minggu sebelum ini semasa berada ditanahair sempat saya menelefon beliau bertanya khabar. Dari bicara rupanya tidak saya ketahui beliau menyimpan rahsia penyakit kanser yg dihidapinya.

Merawat diri sendiri terutamanya penyakit yg tidak kelihatan (penyakit dalaman) adalah suatu yg mustahil bagi kebanyakan masyarakat kita, jika luka tiada kegusaran untuk sembuh kerana ianya suatu yg kelihatan, bg yg tidak nampak contohnya kanser, keyakinan untuk sembuh itu amat sukar dan kita lebih berserah kepada doktor ataupun takdir dan hanya menunggu saat2 yg akan tiba. Jika tiada keyakinan dihati, harapan kembali pulih hanyalah umpama cahaya matahari yg hilang diufuk senja. Untuk mempercayai suatu yg kelihatan amat mudah, yg ghaib atau tidak kelihatan amat payah sekali.

Dr Joe Dispenza telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yg menyebabkan tulang belakang beliau patah, pakar Chiropractor ini disarankan oleh pakar ortopedik untuk menjalani "Harington rod surgeri" secepat mungkin atau peluang untuk sembuh dan berjalan kembali akan menjadi semakin tipis, setelah bertanya pendapat 8 pakar, beliau akhirnya memilih untuk menggunakan kekuatan minda untuk merawat dirinya sendiri. Selepas 3 bulan beliau kembali normal dan mula bekerja seperti biasa.

Secara jujurnya beliau tidak pasti samada sembuhnya beliau ini suatu keajaiban atau tidak, akan tetapi beliau menanamkan niat untuk terus mengkaji proses peyembuhan langsung secara semulajadi tanpa ubatan moden dengan lebih mendalam lagi. Beliau menjelajah kebanyak tempat dan negara serta menemurah mereka-mereka yg sembuh dengan sendirinya dari pelbagai penyakit kronik. Tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, dan pekerjaan, apa yg beliau dapati kesemua mereka ini mempunyai 4 persamaan ataupun kebetulan yg beliau gelarkan "4 Pillars of Healing".

Persamaan 1 - Kuasa Yang Memberi Kehidupan Mampu Menyembuhkan.
Kesemua mereka yg ditemuramahnya percaya kepada kuasa yg mencipta diri ini mampu menyembuhkan diri mereka. Mereka menggelarkannya sebagai kuasa tuhan, kuasa roh dan juga minda separuh sedar. Mereka yg sembuh ini percaya bahawa jika mereka boleh berhubung dengan kuasa ini, mereka akan dapat menerima pertolongan untuk sembuh.

Persamaan 2 - Fikiran (thought) Adalah Suatu Yang Nyata.
Kesemua mereka percaya apa yg mereka fikirkan akan memberi kesan kepada diri mereka. Dari situ juga kesemua mereka ini membuat perubahan kepada cara pemikiran mereka yg menjadi titik tolak kepada perubahan pada jasad dan kehidupan mereka. Bidang sains psychoneuroimmunology menerangkan bagaimana proses otak merembeskan signal kimia dari emosi yg terhasil dari pemikiran lantas memberi maklumat kepada tubuh badan kita. Pemikiran yg positif akan memberi maklumat yg baik untuk membolehkan badan sembuh seperti sediakala.

Persamaan 3 - Mencipta Diri Yang Baru.
Mereka sedar mereka harus berubah menjadi manusia yg baru dengan mengubah fikiran mereka. Dengan menepikan rutin harian mereka, mereka menghabiskan masa memikirkan secara mendalam, meneliti diri dan membuat andaian/spekulasi jenis manusia bagaimana yg mereka ingini (what if?). Kebarangkalian seperti, "apa kata jika mereka berhenti menjadi insan yg tidak gembira, pentingkan diri sendiri dan hidup menderita?", "apa kata jika aku berhenti dari risau, rasa bersalah dan hidup penuh kesalan?", "apa kata jika aku bersikap jujur terhadap diri sendiri dan orang lain?". Neuroplasticity adalah satu konsep bahawa jaringan2 neuron otak akan boleh berubah dengan membuat corak2 pemikiran yg baru, dari itu kita boleh mencipta diri yg baru berkat dari muhasabah diri yg mendalam.

Persamaan 4 - Mampu Menumpukan Perhatian Hingga Tidak Sedar Situasi Masa dan Ruang.
Kesemua mereka tahu ada manusia lain yg sudah sembuh dengan sendirinya jadi mereka percaya yg penyembuhan sendiri itu boleh juga berlaku pada mereka. Mereka menjadi pemerhati yg hebat dengan menumpukan perhatian terhadap apa yg difikirkan, tumpuan terhadap apa yg difikirkan sungguh khusyuk dan fokus hingga mereka lupa akan input dari jasad mereka, masa dan ruang. Mereka menepikan suara2 dari luar (cakap2 orang) dan juga suara hati sendiri yg meragui kebolehan diri untuk sembuh. Mereka semuanya "make up their own mind" (membuat keputusan nekad) untuk sembuh dan menepikan semua input2 luar yg tidak membantu diri mereka.

Selain dari 4 persamaan utama tadi ada 2 lagi persamaan yg agak menonjol, mereka semua tahu yg jauh disudut hati mereka, mereka sudah sembuh, tanpa perlu diuji oleh doktor tahap penyakit mereka ini, mereka merasakan seolah2 tiada lagi penyakit tersebut didalam diri mereka. Keduanya pula adalah kebanyakan doktor yg merawat mereka ini menganggap mereka tidak siuman, walaupun demikian setelah melihat penyembuhan pada diri mereka, rata2 memberi semangat agar meneruskan usaha mereka untuk sembuh sepenuhnya.

Dua tahun lepas saya mengalami kecederaan pada lutut dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tisu yg koyak didalam sendi lutut, saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan, sebaliknya saya tanamkan didalam hati yg lutut saya akan sembuh, alhamdulillah sekarang sudah tiada lagi masaalah. Membaca buku Evolve Your Brain karangan Dr Joe Dispenza menambahkan lagi keyakinan kepada saya bahawa memang kita semua mampu merawat diri sendiri, hanya percaya dengan tidak sahaja kepada kekuatan minda sendiri dan keimanan (percaya) kepada Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi.

Apa yg saya kongsi bersama disini tidak mampu menyembalikan rakan yag sudah pergi, akan tetapi harap ini dapat memberi kesedaran kepada rakan2 yg lain bahawa kita mampu sembuh dari segala jenis penyakit. Allah itu maha pemurah dan akan makbul doa jika kita meminta kepadaNya dengan yakin dan penuh percaya yg kita mampu sembuh.

Rujukan - Evolve Your Brain, Dr Joe Dispenza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik