IKLAN

Khamis, 1 November 2012

( Fakta ) 6 Bandar Yang Bergelumang Dengan Dosa *0*

Bagi sesetengah bandar yang ada di dunia, pesta seks, arak dan pelacuran sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong yang berkunjung di seluruh dunia di samping dapat menjana pendapatan ekonomi yang lumayan..Kalau korang nak tahu kat mana tempat-tempat tu, meh usha kat bawah ni.. 

1. Pattaya, Thailand - Bandar Seks

Pattaya Thailand

Pattaya adalah syurga seks paling banyak dikunjungi di dunia. Pertunjukkan 
seks dan tarian transeksual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Anda tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur. Mereka boleh ditemui 24 jam di sini. Pondan cantik juga ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.

2. Manama, Bahrain - Bandar Pesta
'Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah', itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima jika berkunjung ke Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang dekat dengan Arab Saudi. Sekiranya di Arab Saudi, kerajaan mengeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut, namun di Manama, semua perkara boleh di runding. Ingin clubbing atau pesta seks? Usah risau kerana di Manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah. Walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir, namun sejak 2001, bandar ini sudah mulai mengamalkan sikap liberal dalam penerimaan budaya Barat.

3. Las Vegas, US - Bandar Judi
Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Semua orang boleh berjudi tak kira waktu sama ada siang atau malam. Hampir seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi, walaupun belum sah di sisi undang-undang sepenuhnya, para pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino. Walau apa latar belakang pengunjung, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan terbaik di Amerika. 'Go and Sin', itulah moto bagi industri judi 
yang dikendalikan di Las Vegas.

4. Rio de Jeneiro, Brazil - Bandar Topless

Wanita di Brazil rata-ratanya memiliki persona wajah dan kecantikan yang luar biasa. Tidak hairanlah jika kebanyakkan Top Super Model dunia berasal dari sini. Cuba anda kunjungi pantai-pantai di sana, kebanyakkannya mempunyai wanita yang bertelanjang pada bahagian dada sedang lalu lalang sambil bersuka ria. Suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu. Pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini. Jika tiba musim karnival, muzik dan wanita seksi akan membawa anda lebih jauh ke alam fantasi.

5. Moscow, Rusia - Bandar Clubbing
Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow,Rusia. Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini. Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam. Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

6. Amsterdam, Belanda - Bandar Marijuana
Amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana, salah satu jenis dadah. Marijuana, rokok dan dadah serta yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur tertentu. Kebebasan ini juga di rasakan oleh mereka yang mengamalkan seks sesama jenis. Mereka dengan bebas meng'ikrar'kan hubungan sesama jenis tersebut. Mereka di sana juga tidak meyakini Tuhan itu wujud, jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam. 

Sumber: BudakKampungKita

p/s: Jangan ada yang teringin nak pergi sudahlah, tak payah pergilah ini semua tempat-tempat yang banyak bawa bala, penyakit dan diantara kota-kota yang bertoksid.




Sifat 'Terpuji' Rakyat Malaysia


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi


Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Ulasan :

Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yang dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yangg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah untuk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tengoklah gambar dekat bawah ni sendiri..




Ini kes kemalangan

lori  bawak beras, ramai yang datang 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya..


Ramai yang mengaut keuntungan makan beras percuma stok sebulan.



Hahh... atas ni pulak kes kemalangan Jip 
bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai datang 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..



Tapi yang peliknya kat bawah ni...




PASAL APA TAK DA SIAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..

Keh keh keh.. Malaysiaku tercinta..

Kredit: rizalmat



Orang-orang Yahudi Keifeng di China



Orang-orang Yahudi Keifeng, keturunan pedagang Parsi yang tiba di China pada abad ke-11, berjuang untuk diiktiraf sebagai orang Yahudi, baik di negeri yang mereka tinggal dan ataupun di Israel.


Ada lima agama rasmi di China, dan dan terdapat 55 golongan minoriti yang rasmi. Orang-orang Yahudi tidak berada di bawah salah satu kategori tersebut, namun sekelompok kecil orang Yahudi berada di Kaifeng, mereka adalah keturunan pedagang Parsi yang datang sekitar abad ke-11 ke China.

Orang-orang Yahudi berjuang untuk mendapat pengiktirafan baik di negeri yang mereka tinggali dan juga di luar negeri. Sebenarnya pemerintah Cina menolak untuk mengakui warisan Yahudi, mendakwa tidak ada orang Yahudi China, dan kerajaan Israel sendiri memerlukan seorang rabi untuk mengakui Yahudi Cina.

"Mereka mungkin berasal dari keturunan Yahudi, tetapi mereka bukan orang Yahudi," kata Rabi Shimon Freundlich, yang mengurus Gedung Chabad ortodoks di Beijing, seraya menambah "belum ada komuniti Yahudi di Kaifeng selama 400 tahun."

Meskipun demikian, banyak orang Yahudi Kaifeng harus berpegang teguh pada tradisi tertentu, meskipun signifikansinya tidak diketahui.

"Dalam keluarga kami, kami tidak makan babi, itu sudah pasti," kata Nina Wang, 24 tahun Kaifeng asli, yang sekarang tinggal di Israel dan diiktiraf sebagai Yahudi ortodoks, kepada Wall Street Journal. Keluarganya telah melalui proses menorah dan Kiddush, katanya, "tapi kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan hal-hal tersebut."

Orang-orang Yahudi Kaifeng harus melangkah dengan hati-hati kerana China melarang aktiviti keagamaan yang tidak sah, dan mereka jarang mempunyai "minyan" (10 orang laki-laki, jumlah minimum yang diperlukan untuk melakukan ritual doa Yahudi).
Maka tidak hairanlah, Yahudi China mengenakan pakaian tradisional Cina. Mereka juga merayakan Paskah di restoran, walaupun beberapa membawa Matzah yang dihantar dari Hong Kong.

Di China sendiri memang ada beberapa lokasi pelancongan Yahudi, tapi seboleh mungkin tidak begitu diekspos ke hadapan awam.

"Anda boleh malam dengan keturunan Yahudi tempatan untuk melihat hidup mereka seperti," kata Su Linzhong, seorang profesor pengurusan di Universiti Kaifeng, dan menambah "mereka begitu emosional tentang datuk-nenek mereka."

detikislam

Selasa, 30 Oktober 2012

ALLAH YANG MENGHILANGKAN KESAKITAN, UBAT HANYALAH ALAT



Gambar: bosland.wordpress.com
PENYAMPAI: Tuan, anda baru-baru ini berkata bahawa berdoa adalah perisai terhadap kumpulan perbuatan-perbuatan syirik kepada Allah. Anda telah mengatakan yang berikut dalam satu temu bual anda; "Sebagai contoh, mari kita anggap bahawa seseorang yang bakal melakukan sesuatu kerja, beliau percaya yang pekerjaan itu akan terlaksana dalam sistem tersebut. Sebagai contoh, mari kita anggap bahawa dia mempunyai sesuatu kerja .. Dia menganggap dia yang akan berbuat demikian. Semoga Allah jauhkan, dalam kes itu masalah mula datang berturut-turut, Allah akan menarik tanah dari bawah kakinya, semoga Allah menjauhkan. Dia sepatutnya memulakan kerja dengan berdoa kepada Allah. Seseorang perlu berkata, "Tuhanku, semoga Engkau dapat memberikan yang terbaik untuk ku , semoga Engkau membuka jalan untukku tentang perkara ini, semoga Engkau membantuku." 
ADNAN OKTAR: Sudah tentu, ini sangat penting. Sebagai contoh, seseorang itu sakit kepala dan dia berkata; "Saya akan mengambil pil dan ia akan sembuh" .. Itu tidak boleh diterima. ubat hanyalah alat. Seseorang harus melihat ia sebagai satu bentuk permohonan doa. Sebagai contoh sesuatu terjadi dan dia berkata "Saya akan menulis petisyen tentang perkara ini dan ia akan dapat diselesaikan." Itu bukan kepastian, dia harus menganggapnya sebagai satu alat. Atau seseorang mungkin berkata; "Saya akan mendermakan wang padanya dan ia dapat diselesaikan." Itu tidak boleh diterima; dia harus melihat semua itu sebagai alat dan tahu bahawa hanya Allah yang mencipta segala-galanya, insha'Allah. Maka dia akan dilindungi dari syirik yang terselindung.

Isnin, 29 Oktober 2012

Subhanallah!Cantiknya!Hamparan Bunga Sawi Di China



Tumbuhan sesawi yang berbunga merupakan suatu pemandangan yang amat menakjubkan..Hamparan bunga sesawi ini terletak di Bandar Huangshan, iaitu sebuah bandar yang terletak di timur China..

Pada pertengahan bulan Mac setiap tahun, bandar tersebut akan menjadi tumpuan beribu-ribu jurugambar dan pencinta keindahan alam untuk berkunjung ke situ..Bagi korang yang nak tengok keindahan hamparan bunga tersebut, meh usha kat bawah ni..

     
                      

                             

                           

                           



























Kredit: akakdisebalikpintu

Wilayah Autonomi Bangsamoro Ditubuh Secara Rasmi,Sejarah Panjang Bangsa Moro

Wilayah Autonomi Bangsamoro Ditubuh Secara Rasmi
Ke Arah Perdamaian Dan Pembangunan Berkekalan

PERJANJIAN Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Manila Isnin merintis jalan ke arah keamanan, pembangunan da

n kemakmuran berkekalan di Mindanao, setelah lebih 40 tahun wilayah yang kaya dengan sumber asli, tetapi mundur itu, dilanda pertumpahan darah.

Upacara menandatangani perjanjian itu, yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III di Istana Malacanang, juga menamatkan peperangan dan sengketa yang wujud sejak sekian lama antara MILF dan Kerajaan Filipina.

Keamanan yang selama ini hanya dianggap sebagai suatu ilusi, akhirnya menjadi kenyataan hasil peranan membina yang dimainkan Malaysia sejak 2001 untuk memungkinkan dan mengadakan rundingan antara Kerajaan Filipina dan MILF.

Perang di selatan Filipina meragut lebih 150,000 nyawa sejak awal 1970-an dan pelbagai perjanjian damai yang dicapai sebelum ini, sama ada tidak membuahkan hasil atau tidak dapat dilaksanakan.

Perjanjian berkenaan dianggap sebagai "perjanjian induk" yang menggariskan rangka tindakan ke arah pembentukan entiti baharu bagi Bangsamoro untuk menggantikan Wilayah Autonomi sedia ada di wilayah Islam Mindanao.

Kebanyakan pihak yang mengikuti konflik di selatan Filipina berpendapat bahawa perjanjian berkenaan merupakan suatu langkah besar ke arah mencapai keamanan serta kemajuan di Mindanao dan dilihat sebagai satu kejayaan penuh bersejarah.

Perjanjian itu juga akan membuka jalan kepada usaha membangunkan semula Mindanao, yang sejak empat dekad lepas, mengalami pelbagai kerugian termasuk daripada segi prasarana, pelaburan dan masa depan.

Perjanjian itu dilihat mampu mengurangkan dengan ketara kegiatan keganasan yang mencemari selatan Filipina sejak beberapa dekad lepas dan sekali gus, mewujudkan suasana lebih kondusif bagi pelaburan dan pembangunan, di samping menyumbang kepada keselamatan menyeluruh di Filipina, termasuk di wilayah berkenaan.

Perjanjian berkenaan memperuntukkan bahawa MILF akan melaksanakan satu program pentaulihan pasukan tenteranya secara beransur-ansur sebelum dibubarkan sepenuhnya.

Perjanjian itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak komited untuk bekerjasama bagi mengurangkan penggunaan dan pengawalan senjata api di kawasan berkenaan dan membubarkan pasukan tentera persendirian dan kumpulan bersenjata lain.

Perjanjian itu, antara lain, menyebut bahawa Bangsamoro akan diwujudkan untuk menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM).

Ia menyatakan bahawa Bangsamoro akan mendapat bahagian yang adil dan saksama daripada hasil yang dijana melalui kerja cari gali, pembangunan atau penggunaan sumber asli yang diperoleh dari semua kawasan/wilayah, tanah atau air, yang diliputi dan terletak di bawah bidang kuasa Bangsamoro, sejajar dengan formula yang dipersetujui kedua-dua pihak.-- BERNAMA/Awani






















Sejarah panjang Bangsa Moro (Muslim) di Filipina.

Ahad, 28 Oktober 2012

Foto-foto Ibadah Haji Tahun 1960an


IBADAH Haji adalah salah satu ibadah yang paling di idam-idamkan oleh seluruh umat Muslim di dunia, iaitu melaksanakan rukun Islam yang ke 5,..

Berikut gambar-gamabar ibadah haji sekitar tahun 1960an.


 

Gambar airport Jeddah tahun 1960an


Sempadan Kota Makkah Tahun 1960an


Wukuf di Padang Arrafah




Melempar Jumrah


Bercukur Setelah Lempar Jumrah


Tawaf


Shalat Berjama'ah


Pemandangan Para Jama'ah di saat Mengelilingi Ka'bah


Shalat Berjama'ah di Luar Halaman Ka'bah


Sumber: ibnuhasyim.com 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik