Terdapat
satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara
kebetulan dijumpai ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian
Timur.
Ingin tahu
bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok
gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan
terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur .
Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan
utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming
(1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi
Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah
si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun
lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.
Mumia
ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan
tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan
bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung
kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia
seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam?
Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu
ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu,
seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China
dalam zaman Yuan.
Permaisurinya
iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada
keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah
mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh
yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis
sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim
Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai
Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949,
telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam.
Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau
terang-benderang’.
Perkara ini
mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula
sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota
itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan
bercahaya’.
Dinasti
inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan
perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang
perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau.
Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu
Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.
[Sumber]/fadah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan