IKLAN

Selasa, 25 Jun 2013

Tips Kesihatan Semasa Jerebu

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda


Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca – Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Tips Kesihatan Semasa Jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber: moh.gov.my
kredit: Terbakor

 

Jumaat, 21 Jun 2013

SEDIH : Usaha Selamatkan Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas

 

Jika anda semua menonton buletin utama hari ini (28/5/2013),anda mesti ada terlihat berkenaan satu berita di China mengenai usaha-usaha menyelamatkan bayi yang dibuang oleh ibunya melalui lubang tandas.Terbaru kita menerima beberapa keping imej/ foto mengenai usaha pihak berkuasa menyelamatkan bayi tersebut.

Kejam, sungguh kejam mereka yang melakukan jenayah tersebut!tiada kata yang dapat digambarkan lagi.


















hmedia-siber.blogspot.com

Pakai Tudung, Walau Belum Umum Islam..

KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu  di SK Kampung Tengah, semalam.
KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam.

KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Walaupun masih belum mengumumkan ke Islamannya, Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir. Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.


Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.

“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya. (IH)

Kredit:ibnuhasyim.

Kencing Kotor (U.T.I) - Punca, Pencegahan dan Petua Merawatnya

foto Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

 

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.

Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang


Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.


- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 


-Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.


- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.


- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.


- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.


- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
 

- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).


- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.


- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.


- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.


- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.


- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.


- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.


- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.


- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.


- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.


- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.


- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.


Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak /
Sumber

Petua : Ubat Kencing Kotor / Panas Badan 

Okeh.. kepada yang tak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ubatnya senang aje... Rebus Biji Barli... Mula-mula basuh dulu biji barli tu macam kita basuh beras..Selepas itu rebus dalam periuk yang berisi air... Aku suka rebus lama sikit, biar barli tu betul-betul lembut supaya sedap di nikmati .

Biji barli

Ada setengah orang tak boleh nak minum air barli ni macam tu sahaja ... Tawar lah,apalah.. Aku ada baca di Internet bagi menyedapkan air barli ni... (sedap ke tak aku tak tahu, sebab aku tak pernah cuba, diantara petuanya baca dibawah:

  1. Masa rebus barli tu letak secubit garam (untuk rasa lemak-lemak kot..)
  2. Masa rebus jugak ni, bolehlah letak helaian daun pandan (bagi yg suka bau-bauan pandan dalam minuman dia la..)
  3. Boleh jugak perahkan limau (limau nipis / limau kasturi) ke dalam gelas sebelum minum air barli tu...
  4. Boleh jugak tambah gula sikit...
  5. Perah lemon pun boleh...
  6. Kalau ada yang suka pudina, letak daun pudina sehelai dua pun boleh...
  7. Kalau nak letak kiub ais pun boleh jugak

Khasiat air barli ni banyak... Aku ingat lagi masa kecik, aku demam. Mak aku rebuskan air barli & bagi aku minum. Alhamdulillah kebah demam aku.. Tak payah pergi klinik.

 




Moga petua ni berguna...Kredit:ummuzuhairzinnirah.blogspot.com

Jika sahabat hendak cuba Herba ini, baik untuk kencing kotor,sakit pinggang dll..hubungilah saya :)

Abdullah-0136346734


HPA Malac (Herba Batu Karang)

Rawatan : Penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, demam campak dan gout.

Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi untuk menurunkan tekanan darah dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, demam campak dan gout.

Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada 
malam.

Ahad, 16 Jun 2013

Khasiat Dan Kelebihan Barli



Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di Negara-negara barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bartanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. 

Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. 

Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dyspepsia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. 

Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yagn diperlukan oleh manusia.

Malah dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.

Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakkan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.


Sabtu, 15 Jun 2013

7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.

 

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
 
 

Jumaat, 7 Jun 2013

Mutiara kata dari Syeikh Mahmud Majzub al-Kedahi


Dipetik dari kata-kata Syeikh Mahmud al-Majzub al-Kedahi didalam kitab Ruhul zikri :-

1- Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2- Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi syaitan tipu.

3- Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.

4- Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita ni tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa kita.

5- Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinnan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

6- Kalau tak senang dengan sesuatu – DIAM!

7- Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah S.W.T.

8- Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.

9- Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.

10- Buat ibadat nak jadi wali – syirik!

11- Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

12- Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.

13- Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

14- Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia. Nauzubillah min zalik..

15- Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh, ini cerita kartun.

16- Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak? fikir-fikirlah..

17- Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

18- Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.

19- Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

20- Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

21- Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.

22- Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!

23- Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.

24- Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati dengan zuhud dan yakin.

25- Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.

26- Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

27- Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!

28- Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.

29- Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear – kalau dibandingkan dengan api neraka! Sebab itulah Iblis dan konco-konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.

30- Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan punca-punca hendak mendapat karomah.

31- Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.

32- Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.

33- Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullallah.

34- Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka ada sel-sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat perkara yang lebih bisa dari bisa ular (zikir, istighfar dan selawat).

35- Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.

36- Allah S.W.T. tak terima doa orang yang mengikut nafsu Ammarah.

37- Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.

38- Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokkan bermain ombak.

39- Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah”
(Surah Tin Ayat 4).

40- Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!

41- Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu, daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat sekiranya kamu tak bersungguh – sebagaimana saya bersungguh-sungguh dengan Allah.

42- Bukan nak (zikir dengan suara) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah tetapi kebiasaanya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam mesin penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.

43- Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zhahir syariat. Mereka tidak terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat dengan syariat dan hakikat, mereka tak boleh makan kita.

44- Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga. Apatah manusia yang bersungguh-sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang menulis nama-nama mereka (Ashabul Kahfi) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju, sepatutnya kita kena ikut langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.

45- Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?

46- Duduklah tang manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.

47- Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan Allah.

48- Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting. Sebab itulah Rasullullah S.A.W. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan isteri.

49- Untuk menyucikan darah-darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinnan, darah kekufuran dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.

50- Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang-orang yang nak berjalan.

51- Sesetengah orang seronok membaca dan mendengar keromah Syaikh Abdul Kadir Al Jilani. Nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani, Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.

52- Allah S.W.T membimbing mereka melalui syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah ‘La ila haillallah’ yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sentiasa dikawal dan diperlihara oleh para aulia supaya memancar dan bersinar.

53- Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a..

54- Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

55- Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak dosa? Angkatlah tangan!

56- Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

57- Orang yang loyar buruk dengan ALLAH ialah orang yang loyar buruk dengan Aulia Allah.

58- Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita.

59- Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”

60- Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga, macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?... 


 Sumber:tehsecawan

Isra' Mikraj Dari Sudut Teori Saintifik Albert Eistein


 السلام عليكم
 peace be upon you


Setiap 27 rejab, ulang kisah yang sama. Ada yang hafal dan faham maksud. Bagaimana pula dengan amal? diambil ikhtibar atau sekadar retorik mulut? wallahu'alam..

Apa yang pakcik nak kongsi kat sini berkenaan dengan teori  relativiti 'E=mc²oleh Albert Eistein.



Dilihat secara umum, teori E=mc²  bersumberkan peristiwa Isra' dan Mikraj yang mana Albert Eistein mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori  Relativiti Umum.

Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Orang Bukan Islam. Hampir tiada langsung yang mempercayai kerana konsep pengiraan: 


halaju cahaya = 3 x 108 m/s


Bukti, pakcik cuma boleh beri contoh; cahaya yang tanpa henti untuk sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat, mengambil masa kira-kira 46.5 bilion tahun. 
Dan mereka beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad S.A.W mengembara dengan hanya 1 malam.



jawapan paling mudah bagi persoalan kat atas, itu semua adalah Kekuasaan Allah S.W.T

Tamat mukadimah. masuk Isi pula :


Apa yang pakcik ingin kupas disini, perkaitan ringkas teori dan peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan tenaga.
Menurut Teori Relativiti Khas E=mc², sesuatu jisim yang bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga. dan tenaga yang terhasil ini jika dikembali kepada jisim asal, akan terdapat ralat/kecacatan pada jisim tersebut. dengan kata lain, bukan dalam keadaan asalnya.


maksud pakcik, sama seperti keadaan bantal berisi kekabu separa padat. cuba buat demo. hayunkan selaju mungkin dengan memegang pada satu bahagian. bagaimana bahagian yang lain? tak sekata kan kedudukan kekabunya?


itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila disentuh pada permukaan kulit, ia kan berubah mengikut bentuk permukaan yang menyentuhnya.

Tapi pada badan Nabi Muhammad S.A.W, tiada sebarang perubahan.bagaimana?? Lagipun, dari segi sains fizik, tiada tersenarai faktor lengkap yang menyebabkan kegagalan teori tersebut. Sebabnya mudah. Allah memelihara badan Nabi Muhammad  S.A.W dari segala kecacatan. 


Kenapa masih misteri?


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. "
Surah al-Isra' : 60

Sebab, sebelum memulakan perjalanan mikraj, badan Nabi Muhammad S.A.W telah diisi  dipenuhkan dengan zat 'Nur' yang penuh misteri, keistimewaan,  dan penuh kebijaksanaan. Dan dalam keadaan ni, jasad Baginda, bukan lagi dalam keadaan jisim biasa yang tidak ada kecacatan.

seperti juga cahaya yang kita lihat setiap detik. Ada berlaku kecacatan pada cahaya? bagaimana rupa kecacatan tu?? ada bukti? wallahu'alam..


dan kerana-Nya juga, Nabi junjungan mulia kita selamat kembali ke bumi tanpa sebarang kecacatan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
wallahu'alam..  =)

Sumber:fadzli-rt.blogspot.com

Nilai Korban dan Solat Jumaat


Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
 
DetikIslam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik