IKLAN

Isnin, 23 Disember 2013

Disaman Kerana Pelekat Kereta Gambar Nik Aziz?

Aiseh. Takkan kerana pelekat kereta yang ada gambar Tuan Guru Nik Aziz, kereta milik pelajar disaman? Tak patutlah kalau gitu. Tapi andai disaman kerana kesalahan lalulintas atau jalanraya, maka ok ... saya boleh terima. Biar logiklah sedikit. Stiker je pun.

Disaman Kerana Pelekat Kereta Gambar Nik Aziz?

Saya tak pasti adakah benar apa yang didakwa oleh orang yang kena saman. Dia seorang pelajar UiTM, didenda kerana kesalahan lalulintas dan kerana lekat stiker ada wajah Nik Aziz. Cuba lihat gambar yang saya sertakan ni. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak.

Saya dapatkan gambar dan cerita ini daripada Yahoo News. Menurut sumber asal dari The Malaysian Insider; gambar kereta yang dikunci dan surat saman yang diterima pelajar tersebut tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu. Lalu mengundang lebih 23 ribu Likes.... perghhh viral tu.

Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.

Ramai yang luah pendapat yang adanya buat saya nak tergelak kerana kelucuan. Tapi dalam kelucuan itu, ada sinis dan ada kebenarannya.

Apa kata anda? Patut ke tak patut? Disaman sebab letak pelekat kereta yang ada gambar pemimpin yang disegani pemilik kenderaan? Pembangkang ... kena saman. Kalau letak stiker yang kaler biru tu .... kena saman gak ... ok.


Kredit;http://www.hasrulhassan.com/



Nasihat Syamsul Yusof Yang Padu Buat Mereka Yang Tak Solat


Kredit:  Na'im nikmat

Khamis, 12 Disember 2013

Anti Rasis…Antara Mandella dan Paul Mc Cartney


Siapa tak kenal Mandella?

1386689173365991962

"Saya paling benci diskriminasi perkauman. Saya akan berjuang  untuk menghapuskan najis perkauman sehingga saat-saat terakhir !" - Nelson Mandella

Tokoh anti apartheid ini telah meninggalkan dunia beberapa hari lalu. Dan, kini banyak ketua negara telah tiba di Johannesburg untuk menghadiri pemakamannya. Menilik perjalanan dan perjuangan beliau, kita harus angkat topi setinggi-tingginya. 

Betapa…..beberapa penjara adalah makanannya selama 27 tahun. Di mulai dari tahun 1960an hingga 1990an. Perjuangan beliau mencapai puncaknya saat beliau menjadi Presiden Afrika Selatan di tahun 1994 diiringi tumbangnya rejim apartheid. Penerima Nobel Perdamaian tahun 1993 ini sungguh banyak menginspirasi dengan gerakan kemanusiaannya iaitu ANTI RASIS. Bahawa, manusia saat dilahirkan tidak pernah memohon dan meminta dia dilahirkan dengan warna kulit yang diinginkannya. Inilah yang saya yakini menginspirasi sebuah karya besar di bidang muzik.

Pernahkah anda mendengar lagu EBONY AND IVORY? Ya…lagu di tahun 1980an ini merupakan karya cipta pentolan The Beatles Paul Mc Cartney. Lalu, apa hubungan lagu ini dengan Mandella? Dari judul lagu saja sudah terlihat bahawa lagu ini adalah ANTI RASIS. Ebony artinya kayu HITAM sedangkan Ivory adalah Gading Gajah (yang berwarna PUTIH). Sebuah pertentangan yang dipelihara dengan subur oleh Rejim kulit putih di Afsel sebelum Mandella. Bagaimana syairnya?

Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony
Side By Side On My Piano Keyboard, Oh Lord, Why Don’t We?
We All Know That People Are The Same Where Ever We Go
There Is Good And Bad In Ev’ryone,
We Learn To Live, We Learn To Give
Each Other What We Need To Survive Together Alive.
Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony
Side By Side On My Piano Keyboard, Oh Lord Why Don’t We?


Gambar dari google.

Bila hitam dan putih bersatu dan bersama barulah tercipta nada nan indah..

Sebuah lagu yang sangat menyindir kita . Bagaimana si Hitam (Ebony) dan si Putih boleh berdampingan hidup secara harmonis. Dan, Paul Mc Cartney pun menggambarkan keduanya dalam tuts-tuts PIANO yang terdiri dari HITAM dan PUTIH serta berdampingan menciptakan keharmonian nada. Namun, Mengapa kita tidak boleh (Why Won’t We?)

Bahkan pada bait berikutnya, Paul kian menyerang kita dengan mengatakan pada diri tiap orang ada sisi positif dan negatif…ini harus kita terima agar dapat hidup berdampingan. Bagaimana di Kompasiana kita tercinta? Hmmm…..kadangkala ada debat yang tiada akhirnya, hanya kerana perbezaan, beza bendera, beza parti, beza pemimpin bahkan beza kesebelasan @ pasukan.

Dan, Paul Mc Cartney pun untuk mewujudkan anti racistnya menyanyikan lagu nan indah ini bersama penyanyi kulit Hitam, Stevie Wonder.

1386689096237735414

Ingin tahu lagunya? LIHAT BAWAH


Kalau Mandella dan Paul boleh menyatukan perbezaan, WHY WON’T WE?

Salam anti Rasis dan perbezaan……

Cause we all live under the same sun

Di terjemah dan di sunting dari: kompasiana.com

( KISAH BENAR ) Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja


Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, dipetik dari portal dakwatuna .
Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanweb masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Makarius itu sekaligus menolak propaganda yang dikeluarkan oleh pihak kudeta yang menyatakan Ikhwanul Muslimin bertindak ganas menyerang gereja-gereja semasa berlakunya demonstrasi di Mesir.

Hal yang sama turut berlaku bilamana para demonstran beragama Islam menunaikan solat, maka umat Kristian akan membantu mengadakan kawalan supaya mereka tidak diganggu dan umat Islam dapat menyempurnakan solat mereka dengan aman, lapor akhbar thedailymail.
greenboc

Rabu, 11 Disember 2013

Tips Nak Handle Rasa Sedih Bila Tengah Frust Menonggeng


Mungkin kau dan aku, terlalu berbeza..
Cintamu di hati, hanya sandiwara..
Kata dan janjimu, mudah kau persia..
Di balik senyum aku sengsara..

Kebanyakkan kita kalau tengah frust bercinta, mesti nak melayan lagu jiwang ja 24jam kan. Kadang-kadang tu keluar drive kereta tanpa arah tujuan sambil buka radio feeling sorang-sorang dengar bait-bait lirik yang kononnya kena dengan masalah hangpa masa tu.

Siksanya mengakui kau teman biasa.. 
Terpaksa ku terima itu hakikatnya..

Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima..
Semakinku sakit, semakin kau bahgia..

*Creetttt.. Creetttt..*
(Bunyi kaset lekat. Err.. Gitu ke bunyinya?)




Amboih! Kemain kau feeling kan. Meh sini aku nak bagi tips sikit cara nak handle perasaan hangpa bila tengah frust bercinta.


1. Jangan dengar lagu-lagu jiwang. Nanti lagi bertambah kesedihan di hati tu. Budak tengah nangis, kau pergi tampar dia, lagi kuat la dia meraung sakit. Macam tu jugak dengan hati kita yang terluka. Yang pergi tabur garam dengan perah limau atas luka tu, lagi la pedih oi.

Cuba taruk plaster kat hati yang terluka tu. Dengarlah lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan islamik sikit. Sedikit sebanyak jadi penawar hati. Contohnya, kau dengar lagu zikir taubat ke. InsyaAllah akan rasa tenang je jiwa tu. Ataupun dengar lagu Negaraku ke, lagu kebangsaan Nigeria ke. Asalkan bukan lagu tangkap leleh macam New Boyz dan Anuar Zain. Blerghhh...


2. Kau baca berita dan ambil tahu mengenai penderitaan orang lain. Contohnya kisah saudara seIslam yang ditindas di Palestin, Syria dan lain-lain yang berkenaan. Selami perasaan dan hayati kesusahan dan kesengsaraan hidup mereka. Kau rasa diorang ada masa nak bercinta feeling-feeling bagai? Kau rasa diorang ada masa nak baring dengar lagu-lagu jiwang tu. Hari-hari dengar bunyi letupan je. Diorang kahwin pun sebab nak lahirkan lebih ramai para mujahid. Alahai.. Penderitaan yang diorang lalui lebih menyayat hati la dari kisah cinta kau tu.


3. Istighfar banyak-banyak. Bisik dalam hati, cakap "Dunia ja semua ni. Tak payah nak frust sangat sebab manusia. Nanti mati jugak natang tu." Ok, kurang sopan sebut natang. Ya, lebih baik kita kejar kebahagiaan di akhirat nanti. Dah dia bukan jodoh kita kat dunia ni, nak buat macam mana. Ajal maut dan jodoh kan di tangan Tuhan. Tu kan qada dan qadar. Redha je la. Takkan nak salahkan Tuhan.

Dekatkan diri dengan Tuhan. Bukannya terus jauh dengan Tuhan. Banyakkan solat sunat, berdoa, berzikir, dan baca Al-Quran. InsyaAllah hati kau akan rasa tenang je bila bercinta dengan Tuhan. Sebab Allah takkan pernah sesekali bagi harapan palsu dan kecewakan hamba-Nya. Allah kan Maha Mencintai. Jadilah orang yang soleh dan solehah. InsyaAllah jodoh yang lebih baik akan datang bergolek. Bersangka baik dengan Allah.


4. Jangan menyendiri. Kadang-kadang bila menyendiri akan menjerumuskan kau buat benda-benda bodoh. Keluar bersosial dengan kawan-kawan. Buat aktiviti yang lebih berfaedah daripada melayan perasaan sedih tu. Keluar bermain futsal, mendaki Bukit Broga dan menangkap rama-rama misalnya. Keluar hayati keindahan alam. Jangan keluar merempit atau pergi konsert Metalicca plak. Atau kau sibukkan diri dengan kerjaya.


5. Last sekali, kau buka blog aku. Kau ulang baca tips ni. Jika kau seorang gadis, bisik dalam hati, "Owner blog ni belum kahwin." Sekurang-kurangnya kau akan rasa, rupanya masih ada lelaki single kacak di dunia ni. Jadi, tanpa melengahkan masa, cepat-cepatlah isi borang di SINI!


Sekian dari saya, Dr Love anda. Choy~~


Resipi Maut: Ayam Goreng Ranggup Bersalut PLASTIK


Sebelum ini ada cakap-cakap yang menyebut bahawa bawang goreng rangup yang dijual di pasaran digoreng dengan campuran plastik straw. Tujuannya supaya bawang goreng itu ranggup dan dapat bertahan lama.

Meranggupkan? Bertahan lebih lama?

Menerusi video di bawah ini , ternyata dakwaan plastik dicampur untuk meranggupkan dan memastikan makanan bergoreng bertahan lebih lama ada asasnya. Walaupun pendedahan ini dilaporkan berlaku di Indonesia, namun tidak mustahil resepi maut ini turut dipraktikkan oleh peniaga di Malaysia.


Tonton video di bawah ini untuk maklumat lanjut. - DCM

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates

Macam Cantik je, Macam Comel je...Saya Suka Mata Saya...

10 Fakta Menarik Tentang Mata Manusia



Mata kita secara normal berfungsi sebagai indra penglihatan. Namun, apakah anda sudah tahu tentang pelbagai fakta menarik tentang mata manusia? Saya akan membincangkannya kali ini.Check it out 

 

1. Semua orang akan memerlukan kacamata untuk membaca ketika mereka mulai tua

 

99% penduduk dunia akan memerlukan kacamata baca pada usia antara 43-50 tahun. Hal ini kerana perlahan mata mula kehilangan keupayaan fokusnya seiring bertambahnya usia.



Apabila kita melihat benda-benda di sekitar kita, kanta kita berubah dari bentuk flat ke bentuk yang lebih bulat, dan kita akan kehilangan kemampuan ini ketika kita mulai tua. Dan ketika kita berumur kira-kira 45 tahun, kita akan mula melihat hal-hal yang lebih jauh dari kita untuk membuat lensa mata kita tetap fokus.



2. Kanta di mata kita lebih cepat dari lensa kamera

 

Tepat di belakang pupil mata kita terdapat lensa mata yang fungsinya untuk fokus pada objek yang sedang kita lihat. Cuba anda luangkan masa sebentar untuk melirik ke sekeliling bilik dan cuba anda fikir berapa banyak jarak antara anda dan benda di sekeliling anda.



Setiap kali kita melakukan ini, lensa mata kita mengubah fokusnya tanpa kita sedari. Bandingkan dengan lensa kamera yang butuh waktu beberapa saat untuk jarak satu dan lain. Bersyukurlah kita, lensa mata kita boleh secepat itu, dan boleh terus berubah-ubah setiap masa.



3. Mata kita sepenuhnya berkembang pada umur 7 tahun

 

Pada usia 7 tahun mata kita telah sepenuhnya berkembang, dan secara fisiologi mempunyai bentuk yang sama dengan mata orang dewasa. Hal tersebut dapat dijadikan sebagai alasan yang penting untuk menyembuhkan "mata malas" (suatu keadaan di mana ketajaman penglihatan tidak dapat optimal) sebelum kita mencapai umur ini.



Semakin awal "mata malas" didiagnosis maka semakin besar peluang untuk menyembuhkannya, kerana mata masih berkembang dan masih dapat berubah dalam penglihatan.



4. Mata Kita Berkedip Sekitar 15,000 Kali Setiap Hari

 

Berkelip merupakan fungsi mata yang semi sengaja, ini bermakna bahawa berkedip tidak hanya dilakukan secara automatik, tetapi orang juga boleh memaksa untuk berkelip bila diperlukan. 



Mata berkelip kira-kira 15,000 kali setiap hari. Berkelip adalah fungsi yang sangat penting dari mata anda kerana membantu menghilangkan kotoran pada permukaan mata anda, dengan menyebarkan air mata segar di atas mereka. Air mata ini membantu untuk menyuburkan mata anda dengan oksigen dan juga mempunyai sifat anti-bakteria penting. anda boleh menganggap fungsi berkedip mirip dengan fungsi wiper pada kereta anda, membersihkan dan membuang segala sesuatu untuk membuat anda melihat dengan jelas.





5. Setiap Orang Akan Mengalami Katarak Ketika Mereka Tua

 

Orang tidak menyedari bahawa katarak merupakan sebuah konsekuensi normal ketika mencapai usia tua dan setiap orang akan mengalaminya pada saat tertentu pada usia tua mereka. 



Anda boleh menganggap katarak sama dengan rambut yang berubah menjadi putih yang merupakan perubahan alami seiring bertambahnya usia. Rata-rata usia orang pertama kali mendapatkan katarak adalah sekitar usia 70 tahun dan 80 tahun. Ini sama dengan anda tidak mungkin mencari orang berusia 80 tahun tanpa rambut putih, begitupun anda tidak akan mencari orang berusia 80 tahun tanpa menderita katarak.





6. Diabetes Sering dikesan Pertama Kali Dengan Melakukan Ujian Mata

 

Orang yang menderita diabetes jenis 2 (jenis yang akan berkembang di kemudian hari) sering mengalami gejala bebas, yang bererti mereka sering tidak tahu bahawa mereka menderita diabetes. 



Jenis diabetes ini biasanya dapat diketahui dengan ujian mata, kerana dapat dilihat sebagai pendarahan kecil dari pembuluh darah yang bocor di belakang mata anda. Hal ini tentu merupakan alasan yang baik untuk melakukan ujian mata secara rutin.



7. Orang Melihat Dengan Menggunakan Otak, Bukan Mata

 

Fungsi mata anda adalah untuk mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan tentang objek yang ingin anda lihat. Maklumat ini kemudian akan diteruskan dari mata anda ke otak melalui saraf optik.



Bahagian otak yang bekerja adalah korteks visual, dimana semua maklumat ini dianalisis untuk membolehkan anda untuk 'melihat' benda-benda dalam bentuk jadinya. Namun bukan bererti mata anda tidak memainkan peranan penting kerana tentu saja mereka mempunyai peranan yang sangat penting.



8. Mata anda boleh menyesuaikan diri Dengan Blindspot (Titik Buta) Pada Penglihatan Anda

 

Keadaan mata tertentu seperti glaukoma dan keadaan kesihatan tertentu seperti mengalami serangan stroke, boleh menyebabkan anda untuk membangunkan blindspot dalam penglihatan anda. 



Ini boleh sangat melemahkan jika bukan kerana otak dan kemampuan anda untuk menyesuaikan diri untuk membuat blindspot ini menghilang. Hal ini dilakukan dengan menekan blindspot pada mata yang mengalami gangguan dan membiarkan mata lainnya yang sihat untuk "mengisi kekosongan" yang tercipta oleh mata yang mengalami gangguan.



9. Penglihatan 20:20 Bukanlah Penglihatan Terbaik Yang Bisa Anda Miliki

 

Apabila orang mendengar istilah penglihatan 20:20, mereka menganggap bahawa ini adalah ukuran penglihatan yang terbaik. Namun hal ini tidak benar bahawa penglihatan 20:20 merujuk pada apa yang rata-rata orang dewasa harus dapat melihat.



Jika anda membayangkan grafik uji khas mata, penglihatan 20:20 mungkin hanya merupakan garis kedua dari bawah. Garis bawah ini bahkan lebih rendah dari penglihatan 20:20 dan ini bermakna anda mungkin mempunyai mempunyai penglihatan 20:16. Jadi jangan terlalu terkesan ketika seseorang memberitahu anda bahawa mereka mempunyai penglihatan 20:20. Yang dimaksud dengan penglihatan 20:20 adalah: angka 20 yang di depan menunjukkan jarak anda dengan benda yang anda lihat, iaitu 6 meter.Sedangkan angka 20 yang di belakang menyatakan bahawa benda tersebut masih boleh dilihat dengan jelas oleh penglihatan normal dari jarak 20 meter.Dan penglihatan 20:20 ini dianggap sebagai ukuran pandangan yang terbaik.Tetapi sebenarnya berbeza.





10. Mata Akan Berair Ketika Mereka Kering

 


Mungkin terdengar biasa, tetapi ini adalah salah satu fakta aneh tentang mata anda. Air mata anda terdiri dari 3 komponen yang berbeza iaitu air, lendir dan lemak. Jika ketiga komponen ini tidak tepat dalam jumlah yang tepat, maka mata anda boleh menjadi kering. Otak anda menanggapi kekeringan itu dengan menghasilkan air tambahan./posmankesyurga

 

MATA YANG MENDENGAR

KASHMIR copy
SYUKUR kepada Allah kerana menganugerahkan sepasang mata yang sihat dalam usia yang sudah hampir menjejak separuh abad. Siang datang mata masih lagi memandang. Bila datang malam, kelopak mata masih lagi memejam memejam dan kekadang air mata masih mahu menitis saat berkongsi kesedihan dan kegembiraan. Terngiang-ngiang tutur nasihat Prof. Muhaya (Profesor Oftalmologi AUCMS dan Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan  Prince Court, Kuala Lumpur) apabila memujuk keluhan pemanggil saat bersiaran setiap pagi Rabu di Radio IKIMfm 91.5mhz yang mengadu atas kekurangan dan kecacatan penglihatan mereka.
Balasnya mudah iaitu bersyukurlah dan bersyukurlah. Menghargai atas nikmat yang dikurnia Tuhan bukan memusuhi, jauh sekali mencemburui atas segala kehilangan. Saya mengakui kerana dalam kekurangan itu, suluh mata masih mampu memandu terang jalan. Bersyukur kerana mata masih belum diselaput gelita. Jangan menyesali atau mengaduh-aduh atas nikmat yang hilang sebaliknya bersyukur lagi dan lagi atas nikmat yang mendatang.
Syukur sepasang mata ini masih mampu berkongsi kesedihan orang lain dengan empati yang tidak bertepi. Namun antara mata yang memandang, memejam dan mengalirkan air mata, betapa sangat sedikit mata yang basah mengalirkan air mata. Malah mata yang basah saat dirundung sedih atau dibuai gembira dengan mata yang basah membesarkan Allah, betapa sangat sedikit mata yang basah takutkan Allah.
Wahai mata dengarlah betapa Abu Hurairah R.A menangis pada saat beliau sakit (sakarat). Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuat kamu menangis?” Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia yang akan kutinggalkan ini. Namun, aku menangis kerana jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, (aku menangis) kerana nanti aku akan mendaki jalan ke syurga atau neraka, dan aku tidak tahu ke manakah tubuhku akan dihalau.”
Wahai mata dengarlah dailog Ubaidullah bin Umair rahimahullah, suatu ketika dia pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Khabarkanlah kepada kami tentang sesuatu yang pernah engkau lihat dan yang paling membuat kamu kagum akan diri Rasulullah SAW?” Maka Aisyah pun terdiam lalu mengatakan, “Pada suatu malam, baginda berkata, ‘Wahai Aisyah, biarkanlah malam ini aku bersendirian untuk beribadah kepada Tuhanku.’ Maka aku katakan, ‘Demi Allah, sesungguhnya aku sangat gembira berada dekat di sampingmu. Namun aku juga merasa senang apa yang membuat kamu gembira.’
Aisyah menceritakan lagi, ‘Kemudian baginda bangkit lalu bersuci dan kemudian mengerjakan solat.’ Aisyah berkata, ‘Baginda terus menerus menangis sehingga basah bahagian depan pakaiannya!’ Aisyah mengatakan, ‘Ketika baginda duduk (dalam solat) maka beliau masih terus menangis sehingga janggutnya pun basah oleh air mata!’ Aisyah melanjutkan ‘Kemudian baginda terus menangis sehingga tanah (tempat baginda solat) pun menjadi ikut basah (kerana titisan air mata)!”… Hadis riwayat Ibn Hibban.
Wahai mata alangkah baiknya kita mendengar dialog antara mata dengan hati seperti apa yang digambarkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah:
Kata hati kepada mata:
“Kaulah yang menyeretku kepada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikutimu beberapa saat saja. Kau lemparkan kerlingan matamu ke taman dari kebun yang tidak sihat. Kau salahi firman Allah, “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” Kau salahi sabda Rasulullah SAW,
“Memandang wanita itu panah beracun daripada berbagai macam panah iblis. Barang siapa meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, dan akan merasakan kelazatan dalam hatinya. (Hadis Riwayat Ahmad).
Kemudian mata berkata:
Kau zalimi aku sejak awal sampai akhir. Kau kukuhkan dosaku lahir dan batin. Padahal aku hanyalah utusanmu yang selalu taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal darah, jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula, jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim).
Wahai mata dengarlah rintih dan doa Rasulullah SAW ketika mengadu kepada Allah SWT:
Ya Allah kurniakanlah buatku sepasang mata yang mudah mengalirkan air mata agar dapat menyembuhkan hatiku saat ia mengalir kerana takut kepada-Mu. Sebelum air mata menjadi darah dan sebelum gigi geraham menjadi bara.
ibnuahmadalkurauwi

Apa kaedah dan berapa kos yang perlu kita bayar jika mata kita rosak..

Salah satunya adalah Kaedah Pembedahan Lasik



Kaedah Lasik dijalankan oleh Pof Muhaya

Tidak semua orang boleh menjalani Lasik. Anda harus menjalani pemeriksaan mata oleh pakar mata terlebih dahulu. Macam kes mama, 1st check up Dr. akan periksa berapa power mama, astig & ketebalan kornea mata. Kornea yang cukup tebal sahaja boleh menjalani Lasik. Minima ketebalan ialah 250 mikron. Ketebalan kornea mata mama 540 mikron. Kos untuk 1st check up RM80.

2nd check up Doktor akan periksa keadaan mata kita sama ada baik atau tidak. Ada infection atau tidak. Setelah pasti keadaan mata baik barulah Doktor akan beritahu kita layak untuk menjalani Lasik. 

Kos untuk 2nd check up RM120. Selepas 2nd check up barulah Dr. akan bagitahu berapa kos untuk membuat Lasik. Di Laser Fokus, semakin nipis kornea mata anda semakin mahal kosnya. Kos Lasik di sini bermula pada RM2,988 - 5,288 tidak lebih dari itu. Tapi, ada sesetengah tempat yang mengenakan harga tetap tidak kira berapa ketebalan kornea mata anda. Ada kos yang mencecah sehingga 7 ribu untuk sepasang mata./ummu-fatimah.

Macam cantik je, macam comel je..Alhamdulillah! saya ada 2+*1( mata hati) mata walaupun tak secantik mata Syasha.. tapi DENGANNYA SAYA MASIH DAPAT MELIHAT DIRI SENDIRI DAN SEGALA KEINDAHAN YG DI CIPTA OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK KITA SEMUA..
 

"Buta hakiki adalah buta hati bukan buta penglihatan..."

 




Sambutan Ambang Tahun Baru 2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu

 
 foto-izyan.com
 
KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam.

Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.


 Sumber 

Selasa, 10 Disember 2013

CUBALAH - Petua Merawat Penyakit Resdung

Cara-caranya

* Ambil limau nipis 8 biji.
* Daun pandan 10 helai, hiris halus macam bunga rampai
* Perah limau nipis. Gaulkan sampai sebati.
* Chemical akan terbentuk. Sapu di muka. Kalau sesuai.
* Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Ianya akan banyak keluar melalui kening.
* Tarik keluar ulat resdung tersebut
* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

Mudah-mudahan, sekiranya petua ini sesuai dengan anda, amalkanlah agar kita dapat hidup sihat sehingga ke akhir hayat. Amiin..

"Share"kan, agar ianya dapat dimanfaatkan bersama.



...Atau Sahabat Nak Cuba Rawatan Redung Insha-Allah Mujarab... dengan Buah Beruk..





Gambar Salah Seorang Sahabat Yg Tengah Buat Rawatan



Berminat hubungi saya@Sms : Abdullah, 

H.P: 013 634 6734, apa-apa pun call atau sms dulu, mana tahu dapat harga istimewa...:)

HARGA-
-SEMENANJUNG -
RM40
SABAH & SARAWAK -RM49




CaJ POS LAJU -  RM6 (SEMENANJUNG)
RM8 (SABAH N SARAWAK)
- RM43 (BRUNEI,SINGAPORE)
POS Guna POS LAJU


Bayaran boleh di bank-in melalui Mesin Deposit, ATM, Kaunter atau internet transfer ke akaun Kami atas nama : Abdullah Bin Marjuki @ Marzuki

Maybank : - 1643 97 936936

CIMB :       -1440 0000 129200

Setelah bayaran dibuat sila sms kepada :

ABDULLAH - 0136346734

Nama Produk, Kuantiti, Beserta Nama Bank, Tarikh Bayaran, Nama dan Alamat Saudara, Saudari, Tuan dan Puan.

Cara Guna Ubat  ini -

-Colet sikit serbuk ubat tu pakai jari kelingking
byk dia mcm secubit garam shj,tak payah nak basahkan jari.

-Selepas itu selawat dan sentuh dekat tulang dalam hidung kanan sekali dan kiri sekali



-Kemudian duduk tunduk kan sikit kepala
tunggu 15-20 minit lendir akan keluar..
bila sudah keluar tolong urut hidung dari
atas sampai bawah,urut dalam 6-8 kali biar
lendir keluar lagi banyak dan tak putus,keluar
dari mata shj boleh lap,kat hidung jangan lap
biar dia keluar sampai rasa kosong barulah
lap.

-Buat rawatan kena relaks dan jangan kalang kabut,
masa buat rawatan pagi dan malam sahaja
1 hari 2 kali sahaja(pagi dan malam),esoknya jangan buat, lusa baru buat, selang sehari..,buat 4 kali (selama 4 hari).

-Dalam 2-3 minggu buat lagi rawatan susulan
ubat jangan langkah dan kena air.

-Untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas boleh guna ubat ni.

-Kalau perempuan mengandung selepas 7 bulan
untuk yang ada asma direct 7 hari kena pakai ,
1 hari 1 kali sahaja...

-Wanita lepas bersalin dan lepas pembedahan tunggu pulih dahulu,  tunggu 4 bulan keatas , Ikut nasihat doktor dan pakar anda.

Berkesan untuk: Resdung, Asma & Migrain 

tkasih:Yazid



Soal Jawab Agama Bermelodi Oleh Ustaz Azhar...

Mari Kita Dengar Sesama,Semoga sahabat dapat sesuatu yang berguna.

Jumaat, 29 November 2013

Berapa Cantikkah Engkau?

Cantik, sebutan kehormatan bagi wanita dan pujian yang membuktikan bahawa kewujudan mereka diiktiraf. Cantik adalah nilai lebih yang membuat seorang wanita lebih berharga. Cantik bukanlah semata hadiah dari Allah, kecantikan itu boleh kita wujudkan, boleh kita munculkan. Namun semua itu pasti tidak mudah. Butuh usaha keras, kekuatan niat dan kesungguhan hati.

Wanita itu cantik jika berilmu. dia tidak hanya menonjolkan emosi dalam berdebat, melainkan kedalaman ilmu yang memikat. 


Dia tidak hanya pandai dalam teori namun boleh mempraktikannya secara terperinci. Dia menerangi sekitarnya dengan ilmu yang dimiliki, namun tidak pernah kedekut untuk berkongsi. 


Dengan ilmu itu, mereka tunduk kepada Allah. Kerana pengetahuan itulah, mereka memilih menjadi hamba yang bertakwa.
Tidak hanya sekadar ikut, namun selalu mengkaji ilmu Allah dengan lebih runut. 


Tindakannya berdasarkan ilmu, bukan pendapatnya peribadi, apalagi hanya sekadar emosi diri. 

Ilmu itu membuat hatinya tunduk, nafsunya lebur, dan perilakunya teratur.

Wanita itu cantik jika mempunyai rasa malu. Malu mempertontonkan dirinya dengan sebegitu murah, dan malu jika tidak boleh menjadi hamba yang patuh dan amanah kepada tuhannya. Mereka yang malu akan senantiasa menjaga diri dari dosa. Lihatlah betapa kemudian mereka sangat berharga. Sesiapa yang akan mendekat kepadanya, akan merasa malu dan merasa harus menyiapkan sebuah kehati-hatian. Rasa malu itu yang akhirnya mengangkat darjatnya sendiri, dengan lebih tinggi tentunya.

Wanita itu cantik jika mereka cerdas. Cerdas untuk tidak berbuat bodoh dalam merendahkan kehormatan mereka sendiri. 

Cerdas untuk menata kata, dan menempatkan diri dalam pelbagai situasi. Semua makhluk pastilah tahu, bahawa wanita adalah tentang perasaannya, namun wanita cantik nan cerdas itu sangat memahami bila harus menggunakan logikanya. 

Maka akan dijauhinya keluhan, tuntutan dan keresahan yang akan membuat segala urusan terasa semakin sukar. 

Lihatlah betapa kecerdasannya dalam menata akhlak. Tidak ada hasut dan fitnah dilidahnya. tidak ada buruk sangka dihatinya. Dia pandai memerdekakan batinnya dengan kebaikan. dia pandai menutupi kekurangan dengan kelebihan.

Dia bersosial namun tetap dalam batas. Dia bergaul namun tidak lebur, dia menuntun sesamanya untuk selalu menuju kebaikan. Kehadirannya adalah berkah bagi manusia di sekitarnya.
Lihatlah cara cerdas mereka dalam mengendalikan diri. Walaupun akalnya sering kali dikendalikan oleh emosi, namun kuatnya iman menuntunnya untuk menjadi lebih indah.

  Dia tidak minder untuk tampil berbeza. Beza dengan wanita kafir yang bertindak diluar batas dan tidak tahu bila mereka harus berhenti. Allah SWT sudah cukup menjadi penggera bagi mereka. Dan maha melihatNya, sudah boleh untuknya merasa selalu diawasi. 

Wanita cantik itu ... Mereka tahu mereka bukanlah bidadari yang sempurna, namun kekurangannya dia tutup dengan menonjolkan kelebihan, dan beristigfar terhadap kekurangan.

Mereka pun tahu betapa susahnya untuk menjadi cantik, namun itu tak menghalang mereka untuk selalu memperbaiki diri.
 
Maka ketahuilah saudariku, kecantikan adalah definisi dari wanita solehah. Walaupun mereka kurang dalam fisiknya, namun akan lebih dari segi iman dan akhlaknya. Tidak ada di dunia ini yang lebih cantik selain dari wanita yang solehah. 

Carilah, buktikan namun tidak akan kita temui selain kecantikan itu ada dalam diri mereka yang sholihah. Persis seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW,

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).
 
Kecantikan tak hanya sebatas fizikal, dan bagusnya kulit ari kita. Namun kecantikan itu adalah seberapa dekat kita dengan Allah SWT, dan seberapa selesa manusia berada dekat dengan kita. Maka benarlah jika sebaik-baik wanita, adalah mereka yang solehah.Lalu apakah kita termasuk didalamnya? marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri ... (Syahidah / voa-islam.com)

Jadi, perlukah lagi kau masuk pertandingan ratu cantik itu sayang...?!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik