IKLAN

Rabu, 28 Ogos 2013

Tentang PEMUDA Yang PEMARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
 
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ;

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

on Sunday, 3 March 2013
- See more at: http://anjunginspirasi.blogspot.com/2013/03/lubang-lubang-paku.html#sthash.B6O9nq4P.dpuf
on Sunday, 3 March 2013
- See more at: http://anjunginspirasi.blogspot.com/2013/03/lubang-lubang-paku.html#sthash.B6O9nq4P.dpuf
Sumber gambar: Lee Aziz

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. ;) 

on Sunday, 3 March 2013
- See more at: http://anjunginspirasi.blogspot.com/2013/03/lubang-lubang-paku.html#sthash.B6O9nq4P.dpuf
 “Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati sahabat semua.”

Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi S.A.W,
“Nasihatilah aku.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, “Jangan marah,” maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi, “Jangan marah.”  

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,
“Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”


Kredit: www.queachmad.com

Kronologi Kemalangan Maut di Genting Highlands Sejak 17 Tahun Lalu

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 70 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.


Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu. Bas itu dipercayai membawa 53 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.


Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

  • 5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
  • 29 Okt 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.
  • 2 Sept 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
  • 3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
  • 20 Nov 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
  • 14 Nov 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
  • 31 Dis 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.
  • 15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
sumber: utusan malaysia

kredit:Openminda

 

Cara Orang Melayu Dahulu Beraya?

Menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini aku ada terbaca info pasal cara orang Melayu dahulukala menyambut hari raya. Tida aku ketahui ianya benar atau tidak. tetapi mungkin dapat kita menambahkan sedikit pengetahun kita lagi.
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.
 
 
Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.
 
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
 
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.
 
Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.
 
Merantau
Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.
 
Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.
 
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.
 
Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.
 
Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
 
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
 
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.
 
Sumber : http://www.budakladang.com/
 

Selasa, 27 Ogos 2013

Gemar Bersedekah dan Membaca Al-Quran, 19 Tahun Dikubur Jenazah Siti Masrinah Masih Utuh


TUBAN,Indonesia - Penggalian makam untuk perluasan masjid yang berada di kawasan makan Syekh Asy'ari, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten, Tuban mengegerkan warganya. Kerana, dalam pengalian kawasan pemakanan itu ditemui adanya satu jenazah yang digali masih dalam keadaan baik @ utuh, Sabtu (17/08/2013).

Jenazah itu masih dalam berkeadaan baik walaupun telah dikebumikan selama 19 tahun itu adalah almarhumah Siti Masrinah, yang meninggal pada tahun 1994, dengan usianya ketika itu 84 tahun. Almarhuman Masrinah merupakan warga Desa Penambangan, Kecamatan Semanding, yang dikuburkan di kawasan makam Syekh Asy'ari atau yang dikenal dengan Sunan Bejagung.
 
 
Pada saat menggali makam Siti Masrimah itu, Munasir, penggali makam merasa terkejut kerana papan penutup jenazah masih keadaan utuh.
Meskipun mengetahui papan penutup jenazah masih utuh, Munasir bersama dengan tiga orang lagi penggali kubur di tempat tersebut tetap meneruskan pengaliannya. Sehingga mengetahui bahawa keadaan kain kafan jenazan Siti Masrimah tidak mengalami kerosakan sama sekali.
 
"Tidak seperti jenazah yang lain, saat digali papannya masih utuh. Setelah saya lihat ternyata jenazahnya juga masih utuh bersama dengan kain kafannya," ujar Munasir (50), ketua penggali kubur di makam Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Tuban.
 
 
Keluarga almarhumah Hajah Siti Masrinah, pun mula bercerita. Mereka menyatakan kebiasaan almarhumah semasa hidupnya. Salah satunya adalah almarhum gemar membaca Al-quran dan berzikir kepada Allah.
 
"Waktu itu cahaya lampu tidak seperti sekarang, Ibu malam-malam suka baca Al- quran menggunakan lampu suluh," kata Kusnan Hariyadi (61), menantu almarhumah.
 
Kusnan, yang merupakan suami dari anak ke 5 almarhumah, iaitu Siti Sumini, menambah, selain gemar membaca Al-Quran, almarhum juga gemar berzikir dan membaca selawat keatas Nabi s.a.w. Disamping tidak pernah tidak hadir untuk melakukan solat malam.
 
"Suka solat malam juga," katanya, menerangkan.
 
Siti Sumini sendiri mengatakan, ibunya waktu hidup gemar sekali melakukan infaq mahupun sedekah. Bahkan beberapa kali ibunya ditipu oleh orang yang  bekerja di atas tanah miliknya... , tapi ia sentiasa mengikhlaskannya.
 
"Ibu suka bersedekah masa hidupnya," kata Siti Sumini, saat berada di kompleks Makam Sunan Bejagung Lor, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban.
 
 
Cerita lain, semasa hidup almarhumah terkenal sebagai orang yang pandai bergaul. Bahkan beberapa orang pada masa itu dianggap sebagai sampah masyarakat pun menghormati beliau. Bahkan selalu menurut apabila di nasihati oleh almarhumah .
 
"Orang yang katanya tidak benar sama ibu dulu juga taat," tambahnya.
Ketua Takmir Masjid, Ahmad Sholikin, juga mengatakan hal yang sama. 

Masa itu ada 17 makam terpaksa dipindahkan dalam rangka perluasan Masjid Bejagung Lor. Pembongkaran dibagikan dalam dua tahap, pada Ahad lalu, pihaknya membongkar sembilan makam, dan selebihnya akan berlangsung hari ini.
 
"Di hari pertama itulah, ada satu jasad wanita yang sudah meninggal 19 tahun tapi masih utuh dan mengeluarkan bau yang harum," ujar Ahmad.

Disunting dari: voa-islam.com

 

Ustaz Azhar Idrus Kantoi Sertai Mujahiddin di Syria ?

Ustaz kesayangan ramai yang baru-baru ini menikahi gadis muda sebagai isteri ke tiganya telah didapati berada di satu lokasi yang tidak diketahui.

Beliau berpakaian ala tentera mujahiddin bersama seorang lelaki lain. Lokasi tersebut didapati bersalji. Mungkin di Syria dan mungkin juga di Chechnya.

Walau bagaimanapun berita ini adalah gimik semata-mata untuk menunjukkan seorang mujahiddin yang memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti UAI

Jangan pulak ada yang memandai-mandai menokok tambah berita ini. Dikhuatiri Bukit Aman akan turun menangkap UAI... wakaka



Perhatikan betul-betul kedua-dua gambar di atas. Gambar UAI yang sebenar adalah yang berketayap. Sementara yang berpakaian mujahiddin adalah seorang lelaki lain yang tiada kena-mengena dengan UAI.

Apa macam ada persamaan atau tidak?

www.wasualu.com

Sabtu, 24 Ogos 2013

Mari Tengok Aksi Power Ranger Di dunia Realiti

 Power Ranger Senang Bantu Orang Membawa Barang Berat
 
null
Asahi Shimbun
Tadahiro Kanemasu berpakaian Power Rangers saat beraksi di Tokyo.

Berpakaian seragam warna hijau dengan aplikasi warna perak dan topeng serasi seperti pakaian pahlawan super Power Ranger, Tadahiro Kanemasu berdiri menanti di dekat tangga stesen kereta bawah di Tokyo untuk menyumbangkan tenaganya membantu orang-orang tua mengangkut bawaan berat dan ibu-ibu yang membawa dorongan bayi.
 
"Orang Jepun sukar menerima bantuan sebab mereka akan merasa berhutang budi kepada orang lain, jadi topeng ini benar-benar membantu saya," kata Kanemasu diambil dari Reuters (22/8/2013).
 
Pemuda berperawakan langsing itu sudah tiga bulan ini menjadi sukarelawan membantu orang di sisi barat stesen kereta bawah tanah Tokyo. Seperti kebanyakan di bandar lain, stesen bawah tanah Tokyo tidak mempunyai tangga berjalan ataupun lif. Orang harus naik dan turun melewati banyak anak tangga diterangi lampu yang malap.
 
Inspirasi untuk membantu orang seperti itu  Kanemasu dapat dari anak-anak kecil yang dia temui di kedai bahan makanan organik tempatnya bekerja, yang juga mempunyai seragam warna hijau. Kanemasu lantas membeli seragam Power Rangers warna hijau dan dua seragam lain berwarna merah muda dan merah.  

Masing-masing kostum pahlawan pembasmi monster dalam filem itu dibelinya di kedai diskaun dengan harga 4,000 yen atau sekitar 441.000 rupiah.
Kanemasu, 27, hanya boleh menyisihkan waktunya beberapa jam setiap harinya untuk membantu orang di stesen.  

Oleh kerana itu dia berharap orang lain mengikuti jejaknya, sehingga penumpang yang memerlukan bantuan boleh mencari mereka setiap masa. Kanemasu sudah membuka peluang sukarelawan untuk seragam Power Rangers berwarna merah muda dan merah.
 
Rakan Kanemasu di kedai tempatnya bekerja, Hayato Ito, tidak terkejut dengan kebaikan temannya tersebut, yang kemudian muncul dengan sosok berseragam "superhero".
 
"Sudah ada tanda-tanda sejak dulu, dan akhirnya dia muncul sebagai seorang pahlawan," kata Ito.
 
Walaupun berniat baik, Kanemasu mengaku di awal aksinya dia menemui kesulitan.
 
"Pertama kali saya memulakannya, orang-orang biasanya berkata 'pergi sana, dasar orang aneh'," katanya mengenang.
 
"Sekarang mereka masih menganggap saya aneh, tetapi dalam erti kata yang baik," kata Kanemasu. *

Diterjemah dari: www.hidayatullah.com

 

Pemuda Palestin Menjual Minyak Wangi 'Morsi' Ditangkap


null
 
Pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menahan seorang pemuda Muslim yang bersimpati kepada bekas presiden Mesir Muhammad Mursy, kerana menjual minyak wangi yang diberi jenama 'Morsi'. Demikian dikatakan pihak keluarga pemuda itu pada hari Khamis (22/8/2013), seperti dilaporkan AFP.
 
Islambuli Badr, pemuda 39 tahun ahli kelopok pejuang Hamas, ditangkap di kedai minyak wanginya di bandar Tulkarim.
 
"Para lelaki dari perkhidmatan keselamatan pada hari Selasa menyerbu kedai saudara lelaki saya dan menyita semua botol minyak wangi yang berjenama 'Morsi', lalu menangkap Islambuli dan juga merampas laptopnya," kata Abdul Fattah Badir saudara Islambuli kepada AFP.
 
"Sehari selepas penangkapan itu, adik lelaki saya Qassam, 24, memasang tulisan di pintu kedai yang berbunyi: Mohon Maaf kepada Para Pelanggan - minyak wangi Muhammad Mursy kami telah disita oleh pihak berkuasa," tambahnya.
 
Abdul Fattah berkata, keluarganya mengetahui tentang serbuan dan penangkapan itu dari para tetangga dan saksi yang melihatnya.
 
"Tidak ada seorang pun ... menghubungi kami tentang penangkapan itu, tempat penahanan saudara lelaki saya atau tuduhan yang dikenakan padanya," jelas Abdul Fattah.
 
Melihat dari barang-barang yang disita aparat, Abdul Fattah menduga penangkapan saudaranya berkaitan dengan jenama minyak wangi yang dijual.
Keluarga Badir dikenali sebagai penyokong kumpulan Islam.
 
Abdul Fattah menegaskan bahawa pemakaian nama Mursy sebagai jenama minyak wangi, semata-mata untuk urusan perniagaan supaya menarik minat pembeli.
 
Tulkarim merupakan salah satu bandar Palestin di Tebing Barat, yang pemerintahannya dikuasai oleh puak Fatah dan mendapatkan pengakuan dari negara Barat. Kumpulan Fatah merupakan lawan politik dari Hamas yang menguasai kerajaan Palestin di Jalur Gaza.
 
Dimasa berkuasa, Mursy membuka hubungan dengan kerajaan Palestin di Jalur Gaza. Dan kerajaan Mesir sekarang hasil rampasan kuasa sokongan tentera menuding Mursy menjadi penyumbang kepada Hamas. *
 
Diterjemah dari: www.hidayatullah.com/
 

Jumaat, 23 Ogos 2013

Cerita Sekitar Konsert Metallica di Stadium Merdeka,Yang Tak Menghampakan Kerana...

Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur 
gambar-sedakasejahtera

Hari Rabu lalu satu kumpulan  Heavy Metal/ Thrash Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock/Metal dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik,  aku peminat diaa beb.

Sebenarnya aku adalah salah seorang peminat tegar kumpulan ini, dan merupakan ikon dan ikutan semasa dibangku sekolah dan remajaku, sebenarnya tidak salah untuk mendengar muzik ini tetapi kena tahu lirik dan batasan agama itu sendiri. Pada hari semalam-rabu, kumpulan Metalicca ke Kuala Lumpur dan mengadakan satu konsert di Stadium Merdeka.

Untuk tidak menghampakan peminat Malaysia yang tidak hadir ke konsert mereka yang buat julung kalinya Kumpulan METALLICA, dengan bangganya mempersembahkan dua lagu khas untuk mengurangkan sedikit ketegangan di luar sebelum Konsert mereka bermula..dan supaya mereka di katakan nanti memahami budaya Malaysia atau Melayu khasnya, yang sukakan hiburan dari yang muda sampai ke-tua ganjut, tapi bila sampai tang cari ilmu atau pergi kuliah di surau dan masjid agak Heavy Metal-nya punggung dan kaki-kaki mereka@ kita!



Ini agak-agakkan aku sahaja, manalah aku tahu, aku pun tak pergi..janganlah marah, gurau pun tak boleh ke.. lu memang Heavy le..Tolonglah jangan Thrashing aku... Rileklah bro...Hari tu masa tersebar Metallica nak datang sini, ada orang nak sponser tiket pergi konsert, pun senyap aje.. mungkin dah sedar diri dah nak masuk Asar menuju Maghrib, perut pun dah boroi takut sangkut bersesak tak leh keluar bila ada apa-apa hal nanti. Lagi pun takkan nak headbanging sampai ke-tua cukuplah zaman muda kita yang penuh Jahiliah tu ye tak..?!

Elok kita pergi ratip kat surau @ masjid ke..doakan saudara seagama kita yang menderita yang di thrashing@belasah di seluruh dunia terutama di Mesir ,Syria dan Palestin tu.. 

Dengarnya semalam...

"(21.08.2013) umat Islam khususnya berbangsa Melayu, tertewas dalam kegilaaan...jumlah yang tewas jauh lebih ramai ketika berlangsungnya konsert Metallica! Dikhabarkan sehingga masuknya waktu maghrib pun, muzik "keras batu" terus didendang menenggelamkan azan. Realitinya, kita menang atau tewas..? "-www.mohamadazhan.com

Merdeka! Merdeka! Merdekakah kita disana ... ?!

Semoga dapat sesuatu...Wallahu'Alam dan Wassalam.


( Mesti Baca ) Kegunaan Air Coke Selain Untuk Diminum

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

______________________________________________

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
______________________________________________

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
______________________________________________

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
______________________________________________

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
______________________________________________

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
______________________________________________

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
______________________________________________

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
______________________________________________

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

 .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
______________________________________________

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu.Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up,Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalahekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang dapat perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
______________________________________________

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga.

11.membuat sos BBQ(supaya rasa ayam bakar dan daging lebih enak)
Cara-caranya:anda boleh mencampurkan coke dengan kicap dan campuran sos yang biasa anda gunakan untuk membakar daging untuk menghasilkan aroma yang sungguh lazat..
____________________________________________________________________
12.Untuk mencuci tandas;masukan 1tin air coke dalam mangkut tandas dan biarkan selama 1jam dan kemudian flush.kesan kotoran akan hilang dari tindakan asid sitrik yang berada dalam coke,atau bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! kalau rumah korang banyak air coke yang tak guna tu,jadi boleh lah guna coke untuk mencuci nya k..hehe
________________________________________________________________________
13.Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta yang dari jenis chrome,caranya lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke.kesan karat hilanGG..wah ajaib coke ni yee..
____________________________________________________________________
14.untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’@hakisan pada skru/nat bateri kereta anda.caranya tuang saja 1tin coke pasti kesan hakisan hilang serta merta..FUHh..caya lah gempakk
_________________________________________________________________________
15.untuk melonggarkan skru yang dah berkarata dah ketat:caranya sekali ag tuang 1tin coke,tunngu buat seketika skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka dengan senang jee
_______________________________________________________________________
16.untuk menghilangkan kesan minyak dari pakaian:caranya..Masukan 1tin coke dalam mesin basuh korang bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.kesan minyak tu pasti hilang.kemudian bolehla diminum air basuhan tadi tu ye..sebab dah berperisa coke tu..hahah
_________________________________________________________________________
17.menghindari diri dari serangan asma:caranya,berdasarkan dari beberapa buku kedoctoran popular..untuk menghindari dari serangan asma,anda boleh meminum 2 tin coke semasa asma datang menyerang..
__________________________________________________________________________
18.Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual didi pasaran tu kerana ianya amat mahal!
________________________________________________________
19. Membersihkan kotoran/karat pada wang syiling
Cara: Masukkan wang syiling ke dalam Coca Cola lalu tunggu selama 1 jam dan lapkan syiling tadi dengan kain yang bersih..kesanya kotoran tadi hilang
__________________________________________________________________________
20. Menyuburkan tanaman bunga dan tanaman lain di taman anda
Cara: Siram bunga-bunga ini dengan Coca Cola untuk meningkatkan keasaman pada tanah, keasaman ini mempengaruhi pertumbuhan tanaman sehingga tanaman cepat membesar.
____________________________________________________________________
21. Menghilangkan sakit perut
Cara: Biarkan Coca Cola terbuka selama beberapa saat, lalu setelah gasnya hilang, anda boleh meminumnya untuk menghilangkan sakit perut.
_________________________________________________________________________
22. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!:victory:

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki. bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis :danger:: bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.:pissed:

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
_______________________________________________________________________
23. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah:fool: tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.:plead: Tambah pula dengan ais!.
Wahh!:lol:
Rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang datang perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh jugak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu boleh hilang!:kiss2:

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
_______________________________________________________________________
24. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
______________________________________________________________________
25.Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

26.Tahukah anda satu biji gula-gula mentos jika dimasukkan ke dalam air coca cola akan menghasilkan letusan buih seperti gunung berapi..tak percaya cuba la.
tapi jangan buat kat kedai mamak pulak marah pulak dia nanti ..haha
tak mungkin benar







Khamis, 22 Ogos 2013

Toshifumi Fujimoto - Dari Jepun Ia Datang, Memeluk Islam dan Kini Berjuang di Syria

SERIUS!  Toshifumi Fujimoto Memeluk Islam dan Berjuang di Syria

Toshifumi Fujimoto, dahulunya beliau adalah seorang pengusaha minyak dan menyukai hobi menangkap gambar berbahaya karana Beliau pernah mengambil gambar ikan yu dalam jarak dekat. Kini seorang warganegara Jepun yg baru memeluk Islam Toshifumi Fujimoto berjuang bersama-sama Mujahidin Syria menentang kekejaman Regim Basyar Al-Assad. 


Namun ketika menjadi Muslim, beliau mengelilingi dunia untuk bergabung dengan Mujahidin dimana usianya 45 tahun ini. Awalnya beliau ke Kairo melihat dan mengambil gambar keruntuhan Presiden Hosni Mubarak. Tahun lalu beliau di Yaman menyaksikan peperangan antara Mujahidin dengan tentara AS. Beliau juga pernah ke Afghanistan berjumpa dengan Taliban.
Dan hari ini, beliau berada di tengah-tengah dentuman peluru perang Suriah. Beliau untuk sementara tinggal di Aleppo, kota yang menelan korban Hampir 60.000 jiwa. Sudah dua minggu Fujimoto di sana.

Dari Afghanistan beliau mendarat di Turki, awalnya ragu untuk ke sana kerana beliau tidak boleh bercakap bahasa Arab dan bahasa inggris. Namun dengan tekadnya, akhirnya beliau memutuskan untuk tetap berangkat dan berusaha mencari kelompok Mujahidin dengan memanfaatkan google translate untuk berinteraksi dengan mereka.

Ketika berada di Suriah, Fujimoto merasa ini benar-benar pengalaman yang memacu Adrenalin. Bagaimana tidak? Ketika sedang mengambil gambar seorang Mujahidin menggunakan senjata tempur sedang berhadapan dengan tentara Syi’ah lalu tiba-tiba ada peluru nyasar mengenai baju tentara yang dipakai.

“Aku tidak ragu dengan tindakan bahawa aku pergi ke Syria, jika mereka tahu aku disini, mereka pasti menganggap aku orang gila.”katanya saat berada di Aleppo
“Aku selalu pergi sendiri menyaksikan peperangan di dunia ini, kerana tidak ada pemandu yang mau menemaniku. Perang Syria mendorong adrenali bagiku, ini mengagumkan.” kata muallaf yang berusia 45 tahun ini.
Beliau sangat mengagumi para Mujahidin, pelajaran yang boleh beliau ambil dari mereka adalah keberanian saat berhadapan dengan musuhnya, hanya mereka orang yang tidak takut mati di dunia ini.

“ini berbahaya menjadi seorang jurnalis dan menjadi seorang pelancong di Syria.setiap aku berjalan sepanjang 200 meter, setiap itu pula aku mendengar bunyi peluru dan mortar.” Tambahnya ketika sedang mengambil gambar.
Fujimoto bertemu banyak kelompok Mujahidin, kebanyakan mereka mempunyai bendera yang sama tetapi berbeza komandan. Mereka tersebar di seluruh kota di Syria, terutama di Aleppo.




“Aku berjuang bersama para pejuang Syria, ini kebanggaan bagiku dan aku sangat menikmatinya. Namun sering aku panik, setiap kali mereka menyuruhku lari,lari,lari, awas ada penembak tepat. Walaupun keadaan darurat seperti itu aku puas dan hatiku damai bersama mereka” kata Fujimoto
“Aku ke Suriah dengan wangku sendiri, sekitar $ 2500 dari Jepun, aku menginap di salah satu rumah warga di Aleppo, mereka memberikan aku akses internet, sehingga aku dapat menyimpan gambar-gambar di facebook.”

TAOTAUAJER : Fujimoto aktif menyebarkan gambar-gambar Jihad Syria, permintaan rakan dan followernya semakin hari semakin banyak, warga jepun banyak yang simpati dan menjadikan beliau inspirasi bagi Muslim Jepun. Ya allah ya tuhan kami , Engkau amankanlah saudara kami di syria , mesir dan palestine . Sesungguhnya Engkau maha agung lagi maha kuasa.
taotauajer

Ini link facebooknya- https://www.facebook.com/toshifumi.fujimoto.52

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik