IKLAN

Isnin, 25 Jun 2012

Bantu Saya Selagi Saya ADIL DAN MENTAATI ALLAH - Ucapan Pertama Morsi



KAIRO - Mohammed Morsi telah menyeru rakyat Mesir pada 24/6/2012 untuk tidak mentaatinya jika dia tidak menepati janjinya yang diucapkan semasa berkempen.

Tokoh Ikhwanul Muslimin yang melepaskan jawatannya sebagai ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) baru-baru ini, mengalahkan pesaingnya, Ahmed Shafiq, mantan perdana menteri era Mubarak

Beberapa jam setelah pengumuman keputusan pemilihan, Morsi-Garner yang memperolehi 52 peratus, lelaki 60 tahun itu memberikan ucapan pertamanya di TV nasional, yang selama ini digunakan oleh Mubarak dan pasukannnya untuk mengecam dan mengutuk Ikhwanul.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi janji yang saya buat. Saya tidak memiliki apa-apa hak, saya hanya memiliki tanggung jawab. Sila bantu saya selagi saya adil dan mentaati Allah," katanya.

"Jika saya tidak mentaati Allah dan gagal untuk memenuhi janji-janji saya, maka jangan patuhi saya."

Dalam ucapannya yang agak emosional, Morsi cuba untuk menghilangkan ketakutan dari semua lapisan masyarakat. Ia berusaha memperlihatkan sikap penghormatan terhadap setiap parti dan lembaga di Mesir, dari pihak tentera yang berkuasa hingga kepada kelas pekerja.

Morsi juga mengatakan bahawa ia mendedikasikan kemenangannya untuk para syahid revolusi tahun lalu yang bangkit melawan Mubarak.

"Saya tidak akan berada di sini sebagai presiden terpilih tanpa pengorbanan para syahid dan mangsa yang terluka."

Dia menujukan ucapannya juga kepada pihak polis Mesir, yang terkenal kerana memenjarakan ramai tokoh Ikhwanul pad masa lalu.

"Saya hormat kepada polis yang baik, saudara-saudara saya, anak-anak saya," katanya.

"Mereka yang melakukan kejahatan memang harus dikenakan hukuman. Tetapi saya yakin bahawa sebahagian besar polis perlu dihormati dan dihargai. Mereka akan memainkan peranan yang besar pada masa depan dalam melindungi dan menjaga keamanan negeri."

Mursi juga memuji hakim, walau ada di antara mereka saling menuduh Ikhwan mempengaruhi keputusan pengadilan terakhir pada bulan Jun untuk membubarkan parlimen.

Dia bersumpah untuk menjalankan keadilan yang menyeluruh, sekaligus memenuhi salah satu tuntutan dari aktivis dan pemuda, dimana masih ramai diantara mereka yang masih berkemah di dataran Tahrir.

Keputusan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) telah mengundang kemarahan ramai setelah membatasi kuasa presiden kerana berusaha untuk mempertahankan pengaruhnya di negara ini yang telah diperintah oleh tentera sejak kudeta 1952 yang mengakhiri monarki Mesir.


Menghormati perjanjian

Morsi juga meredakan kerisauan beberapa negara Barat terhadap kemenangannya.

Walau semua kenyataan rasmi dari Israel dan Amerika Syarikat menyambut baik hasil pemilihan umum pertama presiden Mesir yang didakwa demokrasi dan bebas, laporan yang sama turut menyebut mereka masih takut dengan Islam yang bakal dipimpin Mesir akan menimbulkan ancaman terhadap keamanan Israel.

Perjanjian yang kontroversi antara Mesir dan Israel pada tahun 1979 setelah Camp David Accord, telah menjadi subjek perdebatan yang hangat sejak kejatuhan Mubarak pada 11 Februari 2011.

Beberapa calon presiden mengatakan mereka akan mengubah kesepakatan yang tidak merugikan kepentingan nasional Mesir

"Kami akan menghormati perjanjian dan kesepakatan internasional, dan akan menciptakan hubungan internasional yang seimbang berdasarkan kepentingan bersama dan rasa hormat. Kami akan melindungi perbatasan kami, dan menolak campur tangan asing dalam urusan dalam negeri kami," tambah Morsi.

"Mesir mampu mempertahankan diri terhadap setiap tindakan asing, dan akan melindungi rakyat Mesir di mana saja di dunia."

Morsi juga menegaskan pemerintahannya tidak akan menyaksikan segala bentuk diskriminasi di tengah-tengah kerisauan yang muncul dari populasi Kristian Koptik, yang ramai diantara mereka memilih Shafiq dalam pemilihan presiden kelmarin.

"Saya akan menjadi presiden untuk semua rakyat Mesir, di dalam dan luar negeri. Rakyat adalah sumber kepada semua kekuatan, dan sudah waktunya bagi kita untuk membangunkan negara dan mencapai tujuan revolusi," katanya.

"Bersama-sama, rakyat Mesir akan menciptakan masa depan yang lebih baik dan cerah bagi bangsa ini."


Kredit:pulakdah

Isnin, 18 Jun 2012

Panduan Memelihara Akidah


♥ UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ♥

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalh-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan.malkan doa pagi dan petang

 

Dari Majalah Al-Ustaz Isu Perdana/

helmdahl

http://msg-cyber.blogspot.com/2012/05/untuk-memelihara-akidah.html

Robot Peneman Sebelum Ajal

Robot peneman sebelum ajal
Robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata semangat sebelum pesakit menemui ajal.
RHODE ISLAND - Pesakit yang bakal menemui ajal atau sakit tanpa waris di sisi, kini tidak lagi keseorangan selepas sebuah robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata
semangat.

Graduan dari Kolej Rekabentuk Rhode Island, Amerika Syarikat, Dan Chen berkata, rekaan ini dibuat bagi memberi motivasi kepada pesakit yang tidak mempunyai waris ketika berada di hospital.


“Rekaan ini juga boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempunyai hubungan sosial dan keluarga ketika hidup,” katanya.


Menurutnya, selepas doktor meninggalkan pesakit yang tiada harapan secara berseorangan, peranti robot ini akan diaktifkan.


“Robot ini akan membelai lengan pesakit sambil mengeluarkan audio dengan kata-kata sokongan bagi memberi keselesaan di saat akhir kehidupan seseorang, “ katanya.

helmdahl

P/S: Bagus juga ni,bagi pesakit muslim boleh le audio pada robot tu baca ayat-ayat Al-quran,ayat-ayat syifa ke atau lain-lain.Tapi kalau semua robot yang bikin mana peranan kita sebagai sebagai insan..takkan semuanya kita nak Francais pada robot tu..:)


Ahad, 17 Jun 2012

Ulama Besar Baru Belajar Pada Umur 30 Tahun

 IMAM Al Qaffal As Saghir adalah seorang ulama As Syafi'yah yang baru memulakan belajar saat berumur 30 tahun.

 Suatu saat beliau pernah mengatakan, "Saya mula belajar sedangkan saya belum boleh membezakan 'ikhtshartu' dengan 'ikhtsharta'".

Namun walau demikian kerana keberkatan dari Allah Ta'la, beliau menjadi seorang yang paling faqih di zamannya.

 (Lihat, Thabaqat As Syafi'yah Al Kubra, 5/45)

P/s: Walhasil, tidak ada kata terlambat dalam belajar memahami agama ini.Tuntutlah ilmu hingga keakhir hayat,belajar bukan hanya di sekolah,universiti sahaja, masjid juga tempat belajar yang utama,kita pun boleh belajar dari melihat ini alam yang indah ini.fikirkan..

Solat Membuat Hatiku Tenang - Zinedine Zidane bekas pemain Perancis


Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.

Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). "Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan.

Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.

Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan. Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.

Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, "

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus

Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis

Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis

Liga Champions 2002 bersama Real Madrid

Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)

La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid

Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis

Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.

Pemain Terbaik Eropah pada 1998

sumber dari republika.co.id

Pertanyaan Heraklius Punca Kekalahan Tentera Rom kepada Tentera Islam


Al-Walid bin Muslim berkata, Telah berkata kepadaku orang yang langsung mendengar dari Yahya al-Ghassani yang mendengar cerita dari dua orang lelaki dari kaumnya, kedua-duanya berkata, "Ketika golongan Muslimin dan turun melalui Jordania, kami saling berkata sesama kami bahawa Damsyik akan dikepung. Kami pun berangkat berusaha mendapatkan maklumat yang sebenarnya. Ketika kami dalam keadaan demikian tiba-tiba datanglah utusan pendeta menyuruh kami untuk menghadapnya, kami akan datang menemuinya. Dia bertanya kepada kami, "Apakah kamu berdua dari warga Arab?" Kami menjawab, "Ya!"

Kemudian dia bertanya lagi, "Apakah kamu berdua beragama Nasrani?" Kami menjawab, "Ya!" Dia berkata, "Hendaklah salah seorang dari kalian pergi mencari maklumat mengenai kaum muslimin dan lihat bagaimana keadaan mereka? Sementara yang lain hendaklah bersiap-siap menjaga harta saudaranya. "Salah seorang dari kami masuk mengintai. Tak berapa lama dia kembali kepada pendeta memberitahu apa yang dilihatnya sambil berkata, "Aku datang membawa berita kepadamu tentang suatu kaum yang lembut. 

Mereka menunggang kuda yang telah tua dan lemah, pada malam hari mereka laksana rahib-rahib ahli ibadah dan di siang hari mereka adalah penunggang kuda yang tangguh. Mereka sibuk memperbaiki anak panah dan meruncingkan tombak. Jika engkau mengajak teman dudukmu untuk berbicara maka ia tidak akan faham apa yang engkau katakan disebabkan riuh-rendahnya suara mereka membaca al-Quran dan berzikir. "

Setelah itu sang pendeta berkata kepada para sahabatnya, "Telah datang kepada kamu suatu kaum yang tak mungkin dapat kalian kalahkan." Ahmad bin Marwan al-Maliki meriwayatkan dalam al-Mujalasah, dia berkata, Telah berkata kepada kami Abu Ismail at-Tirmizi, dia berkata, Telah berkata kepada kami Abu Muawiyah bin Amru dari Abu Ishaq, dia berkata, "Tidak satu pun musuh yang dapat duduk tegar di atas untanya ketika berhadapan dengan para sahabat Nabi. 

Ketika berada di Anthakiyah, Heraklius bertanya kepada para pasukan Rom yang kalah perang, "Celakalah kamu, beritahukan kepadaku tentang musuh yang kalian perangi. Bukankah mereka manusia seperti kalian juga? "Mereka menjawab," Ya! "Heraklius kembali bertanya," Apakah jumlah kalian lebih banyak daripada jumlah mereka atau sebaliknya? "Mereka menjawab," Jumlah kami lebih banyak berlipat ganda dari jumlah mereka di setiap tempat. " Heraklius bertanya lagi, "Jadi kenapa kalian kalah?"

Maka salah seorang yang dituakan dari mereka menjawab, "Kami kalah disebabkan mereka solat di malam hari, berpuasa di siang hari, mereka menepati janji, mengajak kepada perbuatan ma'ruf mencegah dari perbuatan mungkar dan saling jujur ​​sesama mereka. 

Sementara kita gemar meminum arak, berzina, mengerjakan segala yang haram, menyalahi janji, menjarah harta, berbuat kezaliman, menyuruh kepada kemungkaran, melarang dari apa-apa yang diredhai Allah dan kita selalu berbuat kerosakan di bumi. "Mendengar jawapan itu Heraklius berkata," engkau telah berkata benar.

sumber eramuslim.com


Isra’ dan Mikraj Pada Pandangan Sains



"Apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, pasti berkaitan tempat dan masa, maka kita tidak boleh menolak kewujudan Isra’ dam Mikra’j kerana semuanya memang wujud, tetapi apa yang menakjubkan kita ketinggian ilmu dan kelajuan perjalanan Rasulullah mengatasi pengiraan sains dan akal manusia. sepatutnya makin maju, semakin laju sesuatu ciptaan itu tetapi pada Isra’ dan Mikraj tidak dapat diukur oleh manusia.

Ulamak fizik telah dapat membongkar kehebatan ini. Jika kita perhatikan atomic particles yang panjang dan lebar dapat bergerak laju menghampiri kelajuan cahaya, bertambah usia jisim bion dalam masa amaliah bumi akan dapat menggandakan kelajuan 99% daripada kelajuan cahaya. Kelajuan roket telah menghampiri telah dapat menghampiri kelajuan cahaya dan dapat memendekkan jarak perjalanan 50,000 tahun dalam masa satu hari, jadi tidak hairan jika kita mampu menambah kemampuan kelajuan maka kita juga dapat memendekkan jarak perjalanan.

Pasti Allah telah memberi kelebihan kepada Rasulullah melebihi zaman kita, iaitu zaman sains dan teknologi. Jika manusia telah dapat bergerak menhampiri kelajuan cahaya, maka tidak hairanlah Malaikat dan Jin ciptaan Allah lebih laju daripada kelajuan cahaya dan tidak dapat diukur oleh kiraan akal manusiaJika sesuatu yang berada diluar pemikiran manusia dan tidak berada dalam hukum alam bumi, maka benda tersebut lebih laju dari sesuatu dibumi dan masa hadapannya juga lebih jauh dari masa depan bumi dan lebih panjang hayatnya. Sekalipun kelajuan cahaya dan udara adalah kelajuan paling tinggi tetapi ahli sains tidak menolak dimana masih ada kelajuan lain yang lebih laju daripada cahaya dan angin.

KENAPA KITA MEMPELAJARI MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

Isra’ dan Mikraj adalah satu kesan sejarah yang menjadi cabaran kepada ahli sains untuk merungkai kekuasaan Allah SWT, ianya juga suatu ukuran keimanan seseorang mukmin terhadap kemampuan Allah SWT. Kini manusia dengan kemampuan yang ada mereka cuba mengukur kekuasaan Allah SWT tetapi pada pandangan orang mukmin mereka terhenti di atas nama Mukjizat Allah SWT, Apa yang pasti masa dan kemajuan akan tidak dapat menilai kekuatan Allah SWT. Allah sengaja membatasi kemajuan manusia untuk memperlebihkan kemulian Rasulullah daripada kemulian ahli sains yang tidak berasaskan kepercayaan kepada Allah sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa, Allah juga seolah-olah memberi amaran kepada ahli sains bahawa mereka tidak dapat menandingi kemajuan Islam yang mana semua telah terkandung dalam Al-Quran. Allah pernah memperlihatkan Gerhana Matahari ketika kewafatan Nabi Ibrahim, memberi amaran bahawa Allah mampu menggerak dan mengubah perjalan Alam ini pada bila-bila masa demi kehormatan pada insan yang Allah SWT Kasihi

Isra’ dan Mikraj memperlihatkan kekuatan dan kemampuan kelajuan perjalan yang Allah pamerkan kepada manusia dan memuliakan peribadi Rasulullah sebagai manusia yang paling laju dalam perjalanan semua makhluk ciptaan Allah SWT, Perjalanan Rasulullah lebih laju dari semua ciptaan termoden manusia

PERJALANAN ISRA’ – MERUPAKAN PERJALANAN BUMI KE ALAM KEKUASAAN ALLAH

Memberi erti kita mesti menyucikan jiwa kita dahulu barulah dapat mengerti perjalanan ini dan mendapat hidayah allah. perkara ini bukanlah perkara mainan yang boleh dikaji dengan campur aduk dosa dan maksiat tetapi perkara ini memerlukan kesucian hati dan jiwa seperti jiwa Rasulullah barulah dapat menilai perjalanan dan penghormatan Allah ini pada Rasulullah sehingga Jibril sendiri tidak diberi kesempatan ini. Hanya insan yang memiliki Penyembahan kepada Allah secara Mutlak barulah meyakini pemberian Allah Yang Maha Kuasa, Allah memilih Perjalanan MALAM KERANA ALLAH TAHU, SETIAP WAKTU MALAM RASULULLAH SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN BERBICARA DENGAN ALLAH... IAITU WAKTU YANG PALING BERHARGA DAN PALING BERNILAI BAGI RASULULLAH YANG SENTIASA BERURUSAN DENGAN MANUSIA DI SIANG HARI... KINI WAKTU MALAM RASULULLAH GUNAKAN UNTUK PERTEMUAN DENGAN ALLAH… BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA RASULULLAH

PerjalananRasulullah bukanlah bermatlamatkan Maksiat tetapi perjalanan yang bermula dari dua buah Masjid termulia, iaitu dari Masjid Mekah di kepulauan arab dan Baitul Miqaddis di tanah suci Palestin bumi anbiya’ yang mana solat didalamnya mendapat lima ratus ganjaran

Perjalanan Rasulullah adalah dengan Jasad dan Roh kerana Allah memulakan ayat suci dengan ” Subhana”. yang bererti Maha Suci Allah

Buraq kenderaan Rasulullah tetap terpelihara dari kritikan ahli sains kerana sifatnya yang lebih laju daripada cahaya, sehingga kelajuannya melebihi kelajuan cahaya dan warnanya putih kerana apabila kelajuan cahaya biasa sahaja pun sudah mengeluarkan cahaya putih maka Buraq pasti lebih bercahaya kerana kelajuannya lebih laju daripada cahaya.

Sumber: silverheritage.blogspot.com"



PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA (Sempena Israk Mikraj)

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.


"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku (Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.;"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

  • Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
  • Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi
  • Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atas nua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam.;
  • Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
  • Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

  • Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba / batu api) lagi amat dusta.
  • Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki..

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.-dirihamba
Wallahu A'lam

sumber: ibnubakr1407
 
 

Selamat Hari Bapa Untuk Bapa Seluruh Dunia


Assalamualaikum..w.b.t
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan,Selamat menyambut hari untuk semua bapa-bapa didunia ini,bagi siapa yang masih ada bapa juga ibu buatlah sesuatu yang baik yang boleh membahagiakan mereka berdua,sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kita.

Sebenarnya hari-hari kita perlu ingat dan menghormati mereka terutama selepas Solat, Hadiahkanlah mereka berdua Al-Fatihah walaupun mereka masih ada,bukan tunggu hari-hari tertentu sahaja untuk mereka berdua,kerana ajal maut tak siapa yang tahu.

Kemungkinan hari ini ada lebih sikit kot..Sebab hari-hari biasa kita sebok di Pekan, Bandaraya, Kotaraya Metropolitan untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga.Bagi mereka yang sudah tiada Bapa,mahu pun keduanya, marilah kita bersama menyedekahkan @ hadiahkan Al-Fatihah kepada mereka..Al fatihah!

Al-Fatihah Untuk Ayah,Abah,Bapak, Papa..Semoga menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Al-Fatihah juga Untuk Abahku Marzuki bin Jali..Semoga Dikau Tenang Disana..WallahuA'lam dan Wassalam.



 


Lirik Lagu Al-Fatihah Untuk Ayah – Halim Yazid

Selamat jale ayah ku tercinta
Menuju ale tepak asanyo kito
Semogo tuhe bui rahmat cahayo
Ayoh ku saye menuju ke ale bako

Perginyo ayoh pado satu dinihari
Putuhlah sudoh tali ayoh denga duniowi
Cumo hadioh anok mu bulih bui
Al-fatihah buat terakhir kali

Pergilah duhai ayah ku
Lepaslah tange anak mu
Yakinlah jange keliru
Kalimah kito hok dulu

Ayah pero kami nga tok rajin beraso bose
Sejak tapok kaki kami sebesa daun kelenge
Ke bukit tinggi ayoh tido di hute cere
Kerano nok bui sesuak kami make
Tapi sekare jauh sudoh lah ayoh pergi
Kami pun pehe ayoh tokke balik doh lagi
Tingga lah pese wasiat hok ayoh bui
Anok ku saye panda-pandalah jago dirri

Ku ucap terimo kasih
Budi jaso ikhlas mu
Allah sajolah yang bulih
Membalas segala itu

Kami menante bungo di kubo ayoh
Tando menene jadi satu sejaroh
Sore pejue dari keluargo ore susoh
Inilah binte kebesare dari Allah
Harapnyo dulu takdok pingat datuk tan sri
Hasratnya satu membela keluarga sendiri
Bagi anakmu itu lebih bererti
Buat menuju hasrat rabbul izati



Rabu, 13 Jun 2012

Video - Remaja Biadap Melempang Pengemis.


Remaja Melayu melempang pengemis.

Owh! konon glamer lah tu merakam sambil melempang pengemis. Oke memang glamer pun. Tahniah diucapkan.


Video penuh saksikan kat bawah neh ;




Lain kali kalau ada mana2 remaja nak lakukan aksi bodoh, boleh lah rakam dan upload di internet. Anda pasti akan popular. Jangan risau kerana kami akan bantu anda meraih populariti. Tahniah ye di atas keberanian anda melempang orang tue. Mesti mak bapak anda bangga dengan kejayaan anda.
Well done. 

kREdit: sozcyili


 P/s: Anak siapalah ni...Kesian Mak bapak dia orang..


Gempar !! Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012


Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini!

Photo by :Eone Zurfazlie,Nezz Pitwork Irwandy, Hazuan Zuan, Shaenam Sawal, Suzan Jammy,Mimie ColouRfull, Mimie ColouRfull.












Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.

Gambar tadi bukan edit, bukan malapetaka dan sila jangan buat kesimpulan suka-suka. 

Sumber : Facebookghaflah


Cerita Pilu Dari Saudara Seagama Kita Di Myanmar..


Baca dan Sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian. 


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


 Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha. 
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM


Sumber : IKRAM

Kredit: ASD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik