Sebelum
Selepas
Elak makan lauk, telur lambatkan proses surut
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.
“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya kepada Berita Minggu.
Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.
Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.
Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.
Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.
Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.
Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.
“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit.
“Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.
Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.
“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.
"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya. /BHarian
Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional
1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Merawat bisul dan boleh juga untuk merawat Kudis prosesnya seperti di bawah;
Gambar Petai Belalang (Leucaena Leucocephala) - www.fao.org
1. Anda ambil beberapa helai daun petai belalang.
2. Bersih dan keringkan daun tu terlebih dahulu.
3. Kemudian, anda kisar atau tumbukkan kesemua daun tersebut sehingga hancur.
4. Seterusnya, campurkan daun yang telah hancur tadi dengan minyak kelapa.
5. Selepas itu, pupuk atau letakkan bahan-bahan tersebut pada kawasan bisul atau kudis.
Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda.Sumber
saya sudah mencuba guna kapur makan. bertambah sakit dan teruk jadinya., penipu..
BalasPadamMemang sakit kerana kapur akan bertindakbalas dengan sel kulit,kalau kita tidak boleh menahan kesakitan gunalah cara lain yang nyaman
Padamhahaha.. kesian kau.. mata dh sebesar bola ke skrg?
BalasPadampetua utk rawatan untuk bisul yg baru mula nak jadi dan belum bernanah, ambil bawang merah kecil...potong bahagian akar sehingga keluar getahny kemudian sapu pada bisul tersebut...ulang setiap jam..Insya Allah
BalasPadamTUMPANG BERTANYA ...KALAU YNG DAH BENGKAK MACAM MANA PULAK RAWATANNYA
Padambisul dikatakan ade mata. saya kerp kena bisul. entah kenapa...
Padamapa pun perlu dapatkan rawatan ubat antibiotik. sebaiknya biarkan ia"masak" dan keluarkan punatnya... br tak jadi dah... insyallah
yg dalam isi tu nk buat macm mane yer..rse bji cm kena gigit nyamuk tpi kat dalam.
PadamNda sakit ka juu pakai bawang merah
Padambahaya juga bisul ya
BalasPadamBoleh cuba gunakan produk cellfood.. samada sapu pekat2. Atau campur dengan stgh penutup mineral dan 5titis cellfood.. klau pekat2 pedih sikit masa meresap tu. kemudian sapu 7 hingga 10 kali sehari.. InsyaAllah reda bengkak tu.. kemudian mkn vitamin c byk2.. xpun beli oren kat pasaraya..
BalasPadamBr lepas operate bisul. Skrg tgh menderita sbb doc cuci tanpa ubat bius. Cuci mentah2. Sakit gila bila doc masuk kapas dlm lubang bisul
BalasPadamoperate tu sakit tak ? time operate kite sedar ke tak ? sis punye bisul kat area mane ? takut btol bile dengar nak kene operate ni :(
PadamSy pkai kapur sireh alhamdulillah sembuh..yg penting doa,usaha tawakal..ubat tu hanya pengantara..yg sembuhkankn adalah Allah SWT jua...
BalasPadamalhamdulillah
PadamKalu bisul. Lada camne plank?
BalasPadamSaya bisul di muka.. Bole ke letak kapur?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSy cuba
BalasPadamKalau nenek sy dlu..pki bunga raya..amik bunga tumbuk lumat n tampal kat bisul.bngkak akn surut.n myejukkan pns bisul.kradangan kulit bila d tampal bnda sejuk best je rsa..haha..cuba la
BalasPadamakak pun pnah kena bisul..tpi kali ni bwh ketiaklh pulak...tak bermata...akan pgidap kncing manislh pulak...tasa lmah sblh tangan..kebas..dmam dbuatnya..baru nk cuba guna kapur sirih...hrp2 smbuh dn tak melarat...sebut bedah2 ni akak troma sgt2 walaupun kecil...dh akak nk cuba juga nnti guna bunga raya klu guna kapur tak smbuh...aduiii bisul ohhh bisul....
BalasPadamKakak sye kena operation di hospital damansara pukul2 coz bisul dye besar sgt n keras..
BalasPadamanak sy umur 5 bln..kne bisul kt kepala..ape yg perlu buat nk kuar kn nanah tu..ade yg pkai bwg putih..ade pkai air garam..ade yg pkai kapur..ape yg terbaik?
BalasPadamSy ade 1 bisul di kawasan dubur... my dad say itu bisul padi.... semalam bru pecah... ade x petua cmne nk hilangkn sakit tu...
BalasPadamSaya naik bisul berulang macam mana nak hilangkan bisul ni
BalasPadamSaya kena kat pungong . Saya menggunakan petua bawang putih .. panas yang teramat nya ... tapi xhilang ponn
BalasPadamSaya kena kat pungong . Saya menggunakan petua bawang putih .. panas yang teramat nya ... tapi xhilang ponn
BalasPadamSaya kena kat pungong . Saya menggunakan petua bawang putih .. panas yang teramat nya ... tapi xhilang ponn
BalasPadamTerimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
BalasPadam.
Adeyy dulu mase awam xde pun kene bisul ni sejak join tentera da 2 Kali naik bisul ni
BalasPadamApa apapun mencegah adalah lebih baik sebelum terlambat maknanya luka kecil,gigitan serangga,kudis,jerawat batu kalau kita tidak merawatnya lebih awal boleh menyebabkan bisul selain itu kesihatan diri perlu dijaga dengan rapi untuk menghindari dari sebarang penyakit sedemikian
BalasPadamSaya tak pasti petua saya ni berkesan kpd org lain...tp amalan makan hempedu bumi boleh mengelakkan drp tetkena bisul. Bukan ambik dlm jumlah yg banyak tp sederhana dn amalkan setiap 2 hari atau 2 kali seminggu....insyallah. kesembuhan tu dtg drp Allah...kita hanya berusaha....
BalasPadamSaya tak pasti petua saya ni berkesan kpd org lain...tp amalan makan hempedu bumi boleh mengelakkan drp tetkena bisul. Bukan ambik dlm jumlah yg banyak tp sederhana dn amalkan setiap 2 hari atau 2 kali seminggu....insyallah. kesembuhan tu dtg drp Allah...kita hanya berusaha....
BalasPadamSya bru menjalani operation bisul didada. Dah 3 mgu tapi bile wat dressing masih x baik2. Ade cara tak?saya pula ibu yg mengandung 8 bln.
BalasPadamBisul kt kemluan.. aku nngis2 sakit ni.. antibiotic n ubt thn sakit da mkn.. sakit dye Ya Allah..overdos da ubt thn skit ni ikotkn aku telan... sakit tu mashaAllah... entah bila nk hilng
BalasPadamSudah hilang kah?
PadamBisul kt kemluan.. aku nngis2 sakit ni.. antibiotic n ubt thn sakit da mkn.. sakit dye Ya Allah..overdos da ubt thn skit ni ikotkn aku telan... sakit tu mashaAllah... entah bila nk hilng
BalasPadamSaya keba kat kemaluan..mohon sngt bgi petue..smue dh cuba..sakit sangat..
BalasPadamSy pn br cek klinik pakar..bisul di kmluan..dok akn buang ketumbuhn tu..mmg skit sgt la.skg ni gh mnderita bengkak..mak aq sy x bg lg pkai panty liner bb tkt jgkitan kuman.
BalasPadamSaya pun kene di kemaluan. Adeh sakit. Makin besar. Dulu pernah kene. Biarkan jek. Nanti baik sndiri
BalasPadamCuba guna roti bukan roti canai hehe dan celup dalan air..apabila kembang tampalkn pada bisul..dia akan menyedut2 darah n nanah.. kalau belum ada mata dia akan sedut sampai jd mata.. x sakit.. rasa sejuk2..nyut nyut sikit.
BalasPadamAir suam ke air sejuk je rndam roti tu.saya cuba buat rndam dgn air sejuk biasa..n tekap bisul d kepala lutut..
PadamCuba guna roti bukan roti canai hehe dan celup dalan air..apabila kembang tampalkn pada bisul..dia akan menyedut2 darah n nanah.. kalau belum ada mata dia akan sedut sampai jd mata.. x sakit.. rasa sejuk2..nyut nyut sikit.
BalasPadamKelakar pun ada baca komen2 ni. Tp apa pun semua petua tradisional tu boleh cuba. Tp lebih mujarab kalo cuba sebelum bisul keluar mata. Kena ingat tak semua orang sesuai guna petua tradisional ni. Tengok kulit sensitif ke tak. Jadinya sape2 yg tak sesuai tu eloknya pegi lah kat hospital atau klinik untuk dapatkan rawatan.
BalasPadamSy seperti anda yg kena bisul lama2 dia timbul sakit tu biasa la boleh tahan jgk..Dan sy pernah operate buang tapi datang jugk..yg sedang sakit tika INI boleh Cuba in..
BalasPadamAmbik 7 barang serai tumbuk bagi pecah jgn potong Dan 5biji limau nipis atau sebiji lemon perahkan Dan campur serai Dan limau dlm satu bekas atau jug..rendam semalaman dgn air panas Dan kulit limau jgn dibuang...esok boleh minum mcm teh...
INI untuk cepat kan proces bisul cepat keluar....insyaallah
saya pernah kena bisul..saya guna pad herba avail..tampalkan kat bisul tu..dan juga bila mandi guna sabun lumpur brand herbs yang terlajak laris tu..cubalah. insyaallah boleh sembuh. saya dulu pernah kena dikemaluan, ketiak dan punggung..sejak saya guna dua cara tu dah lama bisul tak datang kat saya.
BalasPadamSy bru kne.. agak2 brpe lame blh hilang?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKlau di kawasan mata macam mana? Sbb bisul ni tumbuh dibahagian kelopak mata saya didalm dekat dgn bulu mata.. "Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang." <-- klau saya letak di kelopak mata saya dibahagian luar adakah ianya akan memberi tindak balas? Harap dpt balas dgn secepat mungkin :')
BalasPadamAku kerap kena bisul dlm setahun.. x tahu dh nak buat cmnew. Doc pun mengiling kpla .
BalasPadamJangan lupa berdoa juga ;)
BalasPadamAsalamualaikim..saya kerap jadi bisul lada...tapi x sempat kuar nanah..dah hilang..pastu jadi balik..macam mana ya?
BalasPadamAsalamualaikim..saya kerap jadi bisul lada...tapi x sempat kuar nanah..dah hilang..pastu jadi balik..macam mana ya?
BalasPadamSaya, kena bisul berapa kali dah. dari tahun lepas bulan 4. dah setahun gak kan guys?
BalasPadamlet me just share. ketiak kena bisul di dua tempat berlainan tapi area ketiak. makan antibiotic. satu tu xnaik2 dah. 1 ag asyik naik je. lebih lah 15x setahun.
so apa jadi is.
bwg putih xletak. takut infection
kapur sirih xletak takut panas
pakai ubat katak dari kedai cina pecah..tapi datang berulang..
saya ambil sekali je antibiotic.
nanah kuning,merah,hijau.apa xnah kena?
keturunan memang ada diabetes. tapi Saya ni 5.5 je gula badan.
dr. hospital serdang kata kena bius tidur surgery, saya xdatang2 dah pastu.haha. takut sangat. so layan je.bila kena bisul. layan....tggu besar..picit..besarkan.. bisul ni become my best friend. Raya apa dia xde ngan aq? raya deepavali, aidiladha sume ada. xleh pakai baju raya? sume aq dah tempuh. jarak kena. 1 bulan 2x. tp akhirnya lama2 dah jrg kena.
cara? ubah pemakanan.
saya berhenti makan mi segera (favourite,ketagih dr skolah menengah) , berhenti makan tengah malam.
dan saya exercise banyak so iring dengan scrubing elak daki. no deodrnt.
akhir sekali. 1 benda yang kita xleh makan.sampai bila2. telur kuning. aq rasa macam kena tumbuk . dah setahun lbh xmakan. masa makan memang kena bisul. so kawal.korbanlah . berhenti makan bnde xelok, telur kuning semua.
baru semalam aq pergi buat incision kat bisul lain. kalini kena bahagian private part.pegi pangkor, seluar kotor de terpakai sebab dah habis seluar. terkena la infection aka bisul. besar 50 sen. dah xleh jalan..so kena lah potong kat klinik. asal xtidur bius, aq okay nak potong. now basuh dengan air warm water je.. aq xletak apa. dia kuar sendiri nanah harini.
ni hasil jumpa dr. makan antibiotic..
ketiak? sekarang kena jarak 3bulan. aq ada ambil pil bawang putih. and it helps. last aq kena bisul ketiak 1-2 months ago. Alhamdulillah.masa kena xteruk.xsakit. alih2 dah xde. ni masa aq dah betul2 tinggalkan telur,magee, tabiat makan malam kl12-1pagi semualah. so take my advice. live healthy, amik vitamin, exercise. InshaAllah will help you
Situasi kita sama. Xhenti2 naik. Pening... Nk bt mcm mna.
PadamSalam,..saya menderita bisul di celah punggung skrg..betul2 dkt lubang najis..sakit nya mmg tak boleh nak digambarkan..saya dah pergi jumpa dr dan skrg tgh makan antibiotik dan ubat lain..dr bagthu. Bisul dkt lubang punggung jarang terjadi kecuali kita seorang pengidap kencing manis..kalau tidak dirawat amat merbahaya kerana boleh jadi saluran najis bocor..pada yg ada kencing manis mcm saya dan masalah sama,cepatlah jumpa dr disamping buat rawatan tradisional..
BalasPadamSalam,..saya menderita bisul di celah punggung skrg..betul2 dkt lubang najis..sakit nya mmg tak boleh nak digambarkan..saya dah pergi jumpa dr dan skrg tgh makan antibiotik dan ubat lain..dr bagthu. Bisul dkt lubang punggung jarang terjadi kecuali kita seorang pengidap kencing manis..kalau tidak dirawat amat merbahaya kerana boleh jadi saluran najis bocor..pada yg ada kencing manis mcm saya dan masalah sama,cepatlah jumpa dr disamping buat rawatan tradisional..
BalasPadamSalam..
BalasPadamDa seminggu bisul di kemaluan . Rasa sakit bila nk jalan . Ad petua tak
BalasPadamSis, saya sarankan pergi klinik dengan segera bagi doktor keluarkan. Percayalah. Sya dah kene.
Padamsetuju
PadamSangat baik informasi ini
BalasPadamMalu la plk nk g klinik cek kt bhagian intim yg tkena bisul
BalasPadamWassap sy sis 0134905321
PadamSalam. 2 tahun lepas saya juga kene kat punggung. Bisul x bermata. Bertahan selama 2 minggu. Lastbkene operate juga. Dressing setiap 2 hari selama sebulan. Alhamdulillah dah sembuh. Jumaat lepas jadi balik. Sekrg on makan antibiotik. Doktor akan tgk semula jumaat ni. Kalau x pecah dan x de mata, mmg kene operate. Doakan saya juga cepat sembuh.
BalasPadamMcm mne keadaan sekarang
PadamApa betulke ; kena bisul tak boleh makan telur ? adake kajian pengesahan dari doktor ?
BalasPadamSaya tak ada diabetes ; tapi bisul kena juga & kebersihan diri saya sungguh bersih ; tapi bisul kena juga; macam mana tu ?
BalasPadamwhatsapp görüntülü show
BalasPadamücretli.show
UEUT5