IKLAN

Selasa, 31 Januari 2012

Kisah Sedih Seorang Imam, Tukang Pemungut Sampah di Jakarta



London binman atau tukang pemungut sampah dari London,U.K, Wilbur Ramirez tinggal selama 10 hari di rumah  seorang Imam, yang bekerja sebagai tukang sampah di Jakarta. Dia cuba menghayati kehidupan sehari-hari Imam tersebut.

LONDON-Laporan mengenai kisah tukang sampah Jakarta yang disebut sebagai kota dengan pertumbuhan bandar yang cukup pesat di dunia ditayangkan stesen televisyen Inggeris BBC2, Minggu (29 / 1/ 2012) malam.

Laporan wartawan BBC London berjudul 'Toughest Place to be a binman' membandingkan tukang sampah di London dan Jakarta menarik perhatian masyarakat Indonesia tidak sahaja di Britain tetapi juga di Brussels, dan Amerika Syarikat yang boleh menyaksikan tayangan tersebut melalui BBC iPlayer.

Selama satu jam laporan mengenai kisah Imam, tukang sampah di Jakarta yang bekerja mengumpulkan sampah setiap hari dengan gerobaknya sementara diawal tayangan, tukang sampah dari Britain Wilbur Ramirez mengunakan lori dan bekerja dengan dua rakannya.

Image for Binman
gambar dari- BBC London

Dalam laporan mendalamnya itu, BBC London membandingkan bagaimana kerja tukang sampah yang dikenali dengan binman di Britain dengan tukang sampah di Jakarta yang sangat jauh berbeza dilihat dari pelbagai segi bahkan kesihatan dan keselamatan. 
Bahkan Wilbur Ramirez, ayah dua anak itu pun hidup bersama Imam dan keluarganya di perkampungan miskin di tengah- tengah kehidupan bandar Jakarta yang kaya dan sangat tempang antara yang kaya dan miskin.
Wilbur Ramirez, selama 10 hari, mengikuti Imam bekerja mengumpulkan sampah di bandar yang disebut sebagai kota yang padat penduduknya dan sampah menjadi masalah besar disana.

"Kamu bekerja dengan sesiapa sahaja," tanya London binman Wilbur Ramirez kepada Imam, dan Imam menjawab ia bekerja sendiri mengumpulkan sampah dari rumah ke rumah.

Menangis
Melihat kehidupan Imam itu, ternyata Wilbur seringkali merasa terharu dan bahkan menitiskan air mata. Mana mungkin dengan gaji yang tidak seberapa Imam dapat hidup bersama anak dan isterinya walaupun mereka sama-sama bekerja sebagai tukang sampah selama lima tahun.

Dalam laporannya disebutkan Wilbur pun ikut mengumpulkan sampah dan bahkan mencuba melakukannya seorang diri dari rumah ke rumah.

"Sampah ........," demikian teriak Imam, ayah dua anak ini sehari-hari menjalankan aktivitinya sebagai pengumpul sampah.

Wilbur pun tidak dapat membendung air matanya ketika menceritakan bagaimana kehidupan Imam dengan keluarganya yang tidak tersentuh oleh perkhidmatan kesihatan.

Dari dunia kesihatan dan keselamatan sedar pengurusan sisa Britain, Wilbur pun merasa takjub bagaimana sampah yang terkumpul di Bantargerbang dan dikerumuni oleh para pemulung tanpa memperhatikan kesihatan dan keselamatan mereka.

Di akhir laporan Wilbur yang tidak dapat membayangkan perjalanan kehidupan Imam dengan gaji yang tidak seberapa itu mencari kehidupan, Imam yang mendominasi, dan ketidak berdayaannya untuk menukar keadaannya.

Pada akhirnya setelah Wilbur bercakap dengan ketua RT yang meminta agar Imam mendapat kenaikan gaji pun dapat dikabulkan.

Menjadi Perbincangan di Internet
Zulindatando Berry Natalegawa menulis di laman Facebook-nya "sediiiiiih sangat melihat acara di BBC 2 di London hari ini acara seorang binman London ke  Jakarta berkongsi pengalaman". 

"Sangat memalukan sekali bandar Jakarta ternyata sangat kotor dan masih mundur sekali cara kerjanya," ujar isteri Berry Natalegawa, kakak Menteri Luar Marty Natalegawa. 

Menurut Linda, demikian Zulindatando Berry Natalegawa, biasa disapa seharusnya para pegawai malu menyaksikan acara yang menjadi perhatian masyarakat di Britain. 
"Apakah tidak malu? Wakil rakyat seenak-enaknya ambil wang rakyat apa lagi pemimpin negara yang tidak peduli...sangat memalukan, semoga Allah bukakan mata dan telinga para pemimpin negara ini," ujar Linda yang bekerja di Kedutaan Besar Brunei Darussalam di London dan merakam program tersebut dan akan membawanya ke Jakarta. 
"Menangis aku menontonnya ..... bukan menangisi Si tukang sampah  dari Britain itu, tetapi rakyat kita yang kerja mengais-ngais sampah," ujar Yanti Hitalessy.

Laporan dari BBC itu pun menjadi bahan perbincangan di laman facebook yang antara lain disebut oleh Lies Parish meskipun sama bekerja sebagai tukang sampah atau binmen namun pekerjaan dan kehidupan mereka sungguh jauh berbeza.

Bahkan London binmen pun sampai menangis menyaksikan bagaimana tukang sampah di Jakarta itu, ujar Lies Parish yang lebih dari 14 tahun menetap di Britain.

Hamiyah Panama, ibu Amelie yang pernah menetap di United Kingdom dan kini tinggal di Brussels yang juga menyaksikan tayangan tersebut mengakui bahawa acara benar-benar kontras kehidupan di sana...

Begitu juga Tjatri Dwimunali yang tinggal di Bristol menulis, tukang sampah di Britain yang ikut bekerja sebagai tukang sampah di Jakarta pun merasa prihatin akan nasib tukang sampah di Jakarta, dan bahkan sering menangis melihat keadaan tukang sampah di  Jakarta itu.

Editor: Ramdhan Muhaimin

Disunting dari: Antara/wisbenbae



Isnin, 30 Januari 2012

11 Sistem Planet Baru Ditemui


Teleskop Kepler dilancarkan ke angkasa lepas untuk mengesan planet menyerupai Bumi. - AGENSI



CAPE CANAVERAL 27 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui 11 sistem planet baru, termasuk satu daripadanya memiliki lima planet yang mengelilingi orbit lebih hampir kepada bintangnya berbanding planet Utarid yang mengelilingi matahari.

Saintis Jack Lissauer semalam berkata, penemuan itu meningkatkan senarai planet dalam sistem solar sebanyak 729, termasuk 60 dinamakan sempena peralatan yang mereka gunakan, teleskop angkasa pengesan planet, Kepler.
Teleskop tersebut dilancarkan pada Mac 2009, mampu mengesan kehadiran cahaya kecil, namun dalam jumlah kerdipan tetap daripada sebarang bintang yang melaluinya.

Saintis kemudian boleh menentukan jika perubahan itu disebabkan planet yang melaluinya, berkait dengan apa yang dirakam Kepler.
Kumpulan saintis Kepler turut mempunyai 2,300 lagi 'calon' planet menanti untuk disahkan.

Namun, tiada satu pun sistem planet yang baru ditemui sama seperti sistem solar sedia ada, walaupun penemuan Kepler-33, bintang yang lebih besar dan tua daripada matahari, mempunyai banyak persamaan.
Bintang tersebut mempunyai lima planet berbanding lapan yang dimiliki oleh sistem solar kita, namun kesemuanya mengelilingi bintang mereka lebih dekat berbanding Utarid.

Planet tersebut mempunyai ukuran diameter antara 1.5 hingga lima kali saiz bumi. Namun pasukan tersebut belum mengesahkan jika terdapat sebarang kewujudan planet solid seperti Bumi, Marikh, Utarid atau ia dipenuhi gas seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Pasukan Kepler sebelum ini menemui satu bintang dengan enam planet yang telah disahkan serta sistem kedua yang mempunyai lima planet. - REUTERS/utusan


Perihal Gadis 17 Tahun, Berat 19 Kg & Ibunya

Perihal Gadis 17 Tahun, Berat 19 Kg & Ibunya
Walaupun telah berusia 17 tahun, seorang gadis malang, Riri Nuraini hanya seberat 19 kilogram jauh lebih ringan berbanding gadis-gadis lain seusia dengannya.
Lebih malang lagi, Riri terpaksa menghabiskan usianya itu dengan terlantar di atas sebuah katil ekoran menderita penyakit lumpuh.
Namun, segala penderitaan itu terubat apabila gadis yang berasal dari Bandung itu begitu bertuah mendapat sepenuh kasih sayang dari ibu yang tidak pernah jemu menjaga dan memberi perhatian kepadanya.
Melalui senyum tawa dari gambar-gambar Riri yang dimuat naik oleh beberapa media dari negara jiran, nyata gadis itu cukup bahagia meskipun kehidupan fizikalnya tidaklah seindah mereka yang lain.
Begitulah nilai harga kasih sayang seorang ibu yang mampu menghadiahkan seribu kemanisan kepada anaknya.
Bagaimana pula dengan kasih sayang kita kepada ibu masing-masing?
Ibu kita selama ini sanggup bersabung nyawa melahirkan dan begitu tulus melayan kerenah anak-anaknya tanpa meminta sedikit pun balasan.
Persoalannya, mengapa masih ada lagi di antara kita yang sanggup melukakan hati dan menghampakan permintaan ibu yang tidak seberapa?
Kita sanggup berhabis wang ringgit membeli bunga, hadiah dan bawa kekasih hati makan di restoran mewah, namun pernahkah kita menhadiahkan sekuntum bunga mawar untuk ibu sendiri?
Ibu mana yang tidak gembira sekiranya dihadiahkan sekuntum bunga mawar dari anaknya?
Bukan harga sekuntum bunga yang mengembirakannya, namun hanya ibu sahaja yang mampu memberi tafsiran betapa mereka gembira dan terharu dengan nilai kasih sayang dari anaknya…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN(mynewshub.my)

Kataku: Kasih ibu tiada tandingan...akan tetapi kasih sayang Allah s.w.t itu tidak terbilang banyaknya..WallahuA'lam.

Ulaman Penyembuh Kanser.

Terdapat 3 jenis ulaman dari golongan herba iaitu Pegaga, Selom dan Ulam Rajayang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan vitamin antioksidan serta kesan ulam tersebut terhadap perencatan sel barah.

Daun Pegaga.
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi,kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.


Daun Selom.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.


Daun Ulam Raja.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja. Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Dari kajian UPM, ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja. Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).

Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi. Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.

Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.

Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah invitro atau kaedah kultur tisu. Pegaga telah terbukti mampu untukmerencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara. Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara. Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja. Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.



Gangguan Jiwa Kaum Wanita Kerana Guna-Guna

Ketika terjadi pertemuan dengan Sheikh Hamd Bin Abdul Rahman al Ya'isyi seorang ahli terapi ruqyah di pejabat sidang akhbar al-Jazerah.(Tepatnya pada hari Jumaat 7 Zulkaedah 1423H) kepada beliau diajukan pertanyaan: "Dari fakta salah satu hospital jiwa kami mengetahui bahawa penyakit kejiwaan banyak menimpa para gadis. Apakah penyebabnya?"

Syeikh Hamd menjelaskan bahawa dalam kehidupan keluarga anak-anak gadis sering kali lalai bahkan di antara mereka ada yang terlepas kawalan baik ketika berada 
di dalam rumah atau di luar rumah.

Perkara seperti ini kadangkala menjadi penyebab kerosakan tatatertib sosial keranakepercayaan yang diberikan oleh keluarga kepada anak perempuannya terlalu berlebihan dan sering kali tidak pada tempatnya

Ketika ini tidak sedikit para wanita yang menjadi pelayar internet. Mereka rela menghabiskan waktu berjam-jam untuk melakukan kerosakkan di alam maya itu.Bahkan dari sana mereka menjalin hubungan intim atau mendapat teman dengan orang-orang baru yang tidak diketahui asal-usulnya,serta tidak terjamin latar belakang mereka sehingga mereka terjerumus ke dalam kemaksiatan alam siber yang penuh khayalan dan mengundang dosa. Peluang seperti ini mengundang datangnya pengaruh jin(Penulis blog ini pernah merawat satu kes gangguan seorang pelajar wanita yang sangat suka ke cyber cafe)

Kebiasaan dalam menampakkan keindahan yang mereka miliki secara berlebihan dapat mengundang pandangan bernafsu dan al'ain. Lebih-lebih lagi mereka yang dianugerahkan kecantikan dan keelokan tubuh.Sehingga saat mereka datang di hadapan masyarakat umum mereka hadir dengan penampilan yang menarik perhatian ramai.Apalagi jika pakain mereka betul-betul seksi dan setengah telanjang. Semua ini adalah faktor yang mengundang syaitan

Dalam pelbagai acara dan majlis pernikahan ramai wanita suka menari bahkan ada yang menampilkan tarian mengghairahkan dan menarik perhatian penonton. Hobi bersolek dan terlalu lama di depan cermin sehingga timbul perasaan kagum tentang diri sendiri(kecantikan) akan memudahkan jalan bagi jin untuk merasuk gadis itu.(memang ramai yang sakit gangguan syaitan cantik-cantik rupanya)

Kebiasaannya berjalan-jalan di pusat membeli-belah tanpa ada tujuan yang jelas juga dapat mengundang jin. Sebab pasar merupakan tempat yang subur bagi perkembangan jin dan syaitan untuk menyakiti manusia,menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan ,disihir,diragut dsbgnya.

(Nota:dari buku Hikmah terapi al quran dengan sedikit tambahan 
Ramainya wanita yang tidak sensitif tentang aurat ,tidak solat dll menunjukkan betapa lemahnya didikan dari ibubapa, suami dan diri mereka sendiri)



Kuasa Allah, Bayi ini Dilahirkan Tanpa Darah



Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.

Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.

Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.

Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.

Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Sumber dari mynewshub.my


Breanna Arkinstall Lahir Tanpa Perut

Breanna Arkinstall Lahir Tanpa Perut
AUSTRALIA – Tiga hospital di Australia mengambil masa selama tiga hari untuk mengetahui bayi kecil, Breanna Arkinstall telah dilahirkan tanpa perut.
Menurut laporan Daily Chilli, selepas Breanna dilahirkan di Hospital Milton di pantai selatan New South Wales, keadaan badan Breanna berubah sedikit demi sedikit menjadi biru.
Ibu Breanna, Jasmine, 28, mendakwa pihak hospital tidak dapat mengenal pasti apa yang terjadi kepada bayinya selepas dilahirkan meski pun sudah melakukan pemeriksaan lanjut.
“Mereka tidak tahu apa yang berlaku dengan Breanna dan pada petang keesokan harinya, pihak hospital terpaksa memindahkan Breanna ke hospital lain, Hospital Nowra,” kata Jasmine.
Selepas lebih dari 24 jam, pihak hospital sekali lagi memindahkan Breanna ke Hospital Kanak-kanak di Westmead setelah tidak dapat mengenal pasti punca sakit bayi itu.
“Para doktor telah melakukan X-ray  di dada Breanna dan mereka mendapati bayi saya tidak mempunyai perut dan dia tidak boleh diberi makan,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI (mynewshub.my)

Ahad, 29 Januari 2012

Pelik : Manusia separuh BADAN

Peng Shuilin mempunyai tubuh separuh daripada keseluruhan badannya kerana dipotong selepasmengalami kemalangan berlanggar dengan sebuah trakTetapi dia tidak pernah berputus asa.Pemulihannya daripada kemalangan itu telah membuat  pakar bedah menjadi kagum selepas hampir dua tahun menjalani satu siri pembedahan


Naib presiden hospital di mana lelaki Cina berusia 37 tahun itu telah telah dirawat berkata"Dia adalah seorang yang sangat menakjubkan dan merupakansatu-satunya manusia di dunia mampu untuk hidup kerana mempunyai begitu banyak tubuhnya yang dipotong." Dia berada dalam keadaan baik sekarang dan beliau telah membuka perniagaan pasar raya murah sendiri yang dipanggil  Manusia Separuh - Kedai Separuh HargaItu yang luar biasaIaseolah-olah tiada apa yang boleh membuat beliau berputus asa ...




nuaryudox

Pensyarah Korea Bimbang Tulisan Jawi Semakin Dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik