IKLAN

Jumaat, 28 September 2012

Jom! Kita Melawat Mekah dan Madinah Secara Maya

As-salam.Adakah sahabat semua ingin ke Mekah dan Madinah...? Tentu Jawapannya 'Ya'. Bagi Umat Islam diseluruh dunia pasti ingin kesana,sama ada ingin menunaikan Haji ataupun Umrah, sebelum pergi kesana mahulah juga kita serba sedikit melihat gambaran awal apa yang ada disana ye tak?! Saya sudah melihatnya begitu mengujakan dan terkesima bila melihatnya macam berada ditempat sebenar...bukan itu sahaja yang ada, pendek kata macam-macam ada... Teruskan membaca  :)

Masjid Al Nabawi Masjid Paling Cantik


3D Virtual Tour - Masjid Nabi

Lawatan maya Masjid Nabi adalah program pemasangan percuma yang akan membuat anda berasa seolah-olah anda berada di sana. Hanya seret tetikus ke arah yang anda mahu kelihatan. Gunakan roda tatal untuk mengezum butiran. Tekan F9 untuk mendapatkan senarai laman 3D anda turun (tinggal dalam direktori yang sama). Untuk memasang tapak tersenarai sebagai F5 akhbar screensaver. Nasihat kami adalah untuk memasang semua laman web, termasuk Masjid Nabi, sebagai screensaver. Apabila screensaver bermula, sebuah laman rawak dipilih dan ditunjukkan sekitar secara automatik (ini memberikan gambaran yang melihat dokumentari dalam kualiti HD). Untuk melihat penggunaan kunci tekan F1 lain. ECS Tekan untuk keluar.
---
Al-Masjid al-Nabawi, sering dipanggil Masjid Nabi, adalah sebuah masjid yang besar yang terletak di bandar al-Madinah, Arab Saudi. Sebagai tempat berehat terakhir Nabi Islam Muhammad, ia dianggap kawasan kedua paling suci dalam Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci di dunia selepas al-Haram di Mekah. (Al-Aqsa di Jerusalem datang di tempat ketiga.) Ia adalah laman ziarah utama dan ramai orang yang menunaikan Haji pergi ke al-Madinah sebelum atau selepas Haji untuk melawat masjid.

Selamat Melancong..




Khasiat Asam Gelugor


ASAM GELUGOR ni banyak khasiatnya. Ais rebusannya dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selain itu, ia juga dapat menurunkan berat badan.Ia terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.



Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk

 merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan 

darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Sebagai tambahan Asam Gelugor yang sudah diproses ia akan menjadi Asam 
 Keping. 

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya
adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga 
bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi  dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air   suam.

wajahayu.blogspot.


Comelnya Kucing Juling Ini






Kenalkan Spangles! Kucing juling yang telah menarik perhatian internet berkat kostum lanun laut lucu. Kucing ini mengambil hati para penggemar setelah pemiliknya, Mary Buchanan memposting fotonya dalam kostum di Facebook.Sekarang 5.000 pengikut log on setiap hari untuk gambar terbaru dari haiwan peliharaan tiga tahun, yang lahir dengan satu mata juling. Sejauh ini, ia juga telah terlihat dalam pakaian kodok, harimau dan bahkan unicorn.

Maria (25) seorang mahasiswa dari Spartanburg, South Carolina, membawanya dari seorang tetangga ketika ia berusia lima bulan.Dia berkata: "Spangles lahir pada 4 Julai, jadi dengan Star-Spangled Banner itulah bagaimana saya mendapat namanya.

"Dia lahir dengan satu mata juling, tapi dia tidak pernah punya masalah berjalan atau apa.

"Dia tidak pernah melanggar sesuatu, atau goyah. Dia boleh melihat dengan baik. Dia telah diperiksa oleh doktor haiwan, dan operasi tidak diperlukan untuk memperbaiki penglihatannya. " (THESUN.CO.UK)

borakkosong.com



Penghidap Hyperthymesia Mempunyai Memori Luar Biasa


LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka. Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu.

Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu.

Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.

Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu.

“Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun,” katanya.

 Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa.

 Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan.

Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah 

satu-satunya di Britain. – DM /bloginfo4uall


Khamis, 27 September 2012

Bawang dan Kepelbagaiannya

Macam-macam boleh buat menggunakan bawang...bukan setakat dalam masakan jer..
dalam kreativiti pun boleh..lihat!!




akakdisebalikpintu


DIY:Tempat Gantung Kasut


Tengok gambor..mudah dan save budget..sila patahkan hanger2 yang ada..ehheheh..or may be leh ganti ngan alternatif lain yang seumpanya..

Selamat mencuba!

Sumber: memorifd

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
 

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.


Kampung Muafakat 'Kampung Bunian'

Kampung Bunian
  Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Kampung Muafakat.
 
KLUANG - Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.

Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.


Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai.


Sebaliknya kawasan yang dikatakan perkampungan ini hanya dipenuhi tanaman kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran.


Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud.


“Kawasan ini diterokai secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab.


“Papan tanda Kampung Muafakat ini hanya diwujudkan bagi melindungi kegiatan pencerobohan haram di sini,” katanya kepada Sinar Harian.


Abdul Malik berkata, kampung itu dipercayai diwujudkan oleh seorang ketua peneroka haram di dalam kawasan tanah Hutan Simpan Kluang.


254.9 hektar kawasan 'kampung' diteroka secara haram


Menurutnya, Kampung Muafakat tidak pernah diketahui kewujudannya, malah ia tidak pernah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang.


“Jika tiada aduan diterima daripada penduduk di kawasan Felda Bukit Tongkat, memang kami tidak menyedari akan perkara ini.


“Hasil lawatan dan pemeriksaan di kawasan yang telah dicerobohi itu kami mendapati, peneroka haram ini telah mula menanam kelapa sawit, sayur-sayuran serta turut mendirikan bangunan sarang burung walit,”  katanya.


Abdul Malik berkata, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati seluas 254.9 hektar kawasan tersebut telah diteroka secara haram.


“Memang tiada sebarang penempatan di sini. Penduduk tempatan juga tidak ada melainkan pendatang asing yang dipercayai bekerja sebagai kuli di kawasan kebun sayur tersebut.


“Selepas pihak kami membuat tinjauan, semakan terus dilakukan oleh Pejabat Tanah Kluang dan hasilnya kami mendapati status tanah kampung tersebut tidak pernah mendapat kelulusan malah tiada permohonan dilakukan sehingga sekarang.


“Jabatan Perhutanan daerah Kluang pula mengesahkan tanah yang diceroboh itu telah dibebaskan pada 1976 namun ia masih belum diwartakan sehingga sekarang dan ia masih berada di dalam penjagaan dan bidang kuasa mereka.


“Ia sekali gus membuktikan Kampung Muafakat tidak pernah wujud,” katanya.


Usaha jejaki 'ketua kampung', pemaju


Dalam pada itu, menurut Abdul Malik, pihaknya kini sedang berusaha menjejak 'ketua' dan 'pemaju' kampung tersebut yang nama mereka tertera di atas papan tanda berkenaan.


Selain itu, tegasnya, Kampung Muafakat kini berstatus tanah yang diceroboh kerana semua kerja tanaman yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana jabatan sama ada Pejabat Tanah ataupun Pejabat Perhutanan Daerah Kluang.


“Berikutan daripada apa yang berlaku, pihak kami akan mengadakan tindakan bersepadu dengan pihak polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Imigresen dalam masa yang terdekat ini.


“Ia harus dijalankan bagi menyekat aktiviti pencerobohan haram ini yang dianggarkan aktif lebih sepuluh tahun,” katanya.


Menurutnya, siasatan lanjut juga akan diadakan untuk mengetahui dalang sebenar yang memberi kebenaran kepada individu terbabit untuk menceroboh tanah hutan simpan itu sehingga menjadi ladang sayur dan kelapa sawit.


Pagar gajah juga rosak


Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yasa Awi Ba berkata, 'kampung' yang dikenali sebagai Kampung Muafakat itu sudah lama wujud, malah hampir sepuluh tahun.


“Pada waktu itu, mereka yang menceroboh kawasan tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan di kawasan ladang Bukit Tongkat. Jadi tiada aduan dibuat.


“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab telah melakukan kerosakan ke atas pagar gajah serta parit gajah yang menjadi sempadan antara kawasan ladang dan tanah hutan simpan Kluang yang diceroboh itu. Disebabkan itu ramai pemilik ladang mula bengang dan buat aduan kepada pihak berwajib,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Md Yasa berkata, apabila pagar gajah sudah dirosakkan, maka pemilik ladang mengalami kerugian kerana gajah liar memasuki kawasan ladang dan memusnahkan tanaman.


Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, laporan mengenai wujudnya Kampung Muafakat sudah lama diketahui malah terdapat juga individu dilihat keluar masuk ke dalam ladang berkenaan.


Beliau berkata, pada masa ini kawasan tersebut sudah menjadi ladang sayur-sayuran dan kelihatan seolah-olah sudah menjadi hak milik mereka.


“Pihak Felda setakat ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas mereka namun, disebabkan mereka telah merosakkan pagar gajah, pihak kami perlu lakukan sesuatu.


“Bagaimanapun, saya harap masalah tersebut dapat diatasi segera. Jika tidak peneroka Felda akan mengalami kerugian dengan menanggung kos membaiki pagar serta parit gajah,” katanya.

Sinar harian

Rabu, 26 September 2012

Cristiano Ronaldo Hadiah kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin Di Kecam Israel



Philanthropy

Television footage of the 2004 Indian Ocean earthquake and tsunami showed an eight-year-old boy wearing a No. 7 Portuguese football jersey who was stranded for 19 days after his family was killed. Following this, Ronaldo visited Aceh, Indonesia, to raise funds for rehabilitation and reconstruction.[204][205]
In 2009, Ronaldo donated £100,000 to the hospital that saved his mother's life in Madeira following her battle with cancer, so that they could build a cancer centre in his native island Madeira.[206]
In support of the victims of the 2010 Madeira flood, Ronaldo pledged to play in a charity match in Madeira between the Primeira Liga club FC Porto and players from Madeiran based clubsMarítimo and Nacional.[207]
In November 2011, Ronaldo donated a pair of his football boots to be auctioned by Real Madrid's 'Clasico' network. They were sold for £2050 with the proceeds going to fund schools in Gaza,Palestine.[208]
(Pada bulan November 2011, Ronaldo menyumbangkan sepasang but bola sepak beliau untuk dilelong oleh rangkaian 'Clasico' Real Madrid. Mereka telah menjual dengan harga £ 2050 hasilnya pergi untuk membiayai sekolah-sekolah di Gaza, Palestin. [208])
In May 2012, Ronaldo and his agent, Jorge Mendes, decided to fund a pioneering treatment for a nine-year-old boy when it seemed that there was no hope left for the child, who has been battling cancer since before his second birthday.[209] 

Selasa, 25 September 2012

Kita didampingi Jin Kafir dan Malaikat


Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah berkata dalam "Al-Inqadz":

Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Kafir Dari Kalangan Jin Yang Selalu Bersamanya

Termasuk perkara yang wajib diketahui oleh kaum muslimin baik lelakinya ataupun wanitanya, bahawa Allah menguji mereka dengan adanya pengaruh pendamping dari kalangan jin. Maka tidak ada seorang muslimpun kecuali dia memiliki pendamping yang kafir dari kalangan jin. Imam Muslim meriwayatkan no. 2814 dari hadits Abdullah bin Mas'ud berkata: Rasulullah bersabda,

ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يا رسول الله, قال: وإياى إلا أن الله أعاننى عليه فأسلم فلا يأمرنى إلا بخير

"Tidaklah seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari kalangan jin." Mereka berkata: "Engkau juga wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: "Dan juga aku, hanya saja Allah telah menolongku atasnya dan pendampingku itu masuk islam sehingga tidaklah memerintahkan kepadaku kecuali dengan kebaikan. "

Yang dimaksudkan pendamping di sini adalah yang terus-menerus bersamanya. Pendamping dari kalangan jin ini terus-menerus menyertai seorang muslim untuk menyesatkan dan menyimpangkannya. Dia menggunakan segala cara yang dia mampu dengannya untuk menyesatkan dan mengeluarkan kita dari islam. 

Bahkan pendamping dari jin ini membantu rakan-rakannya dari syaitan untuk menguasai kita. Betapa banyak dia telah memberi jalan pada syaitan, betapa banyak bantuannya kepada syaitan untuk mewujudkan keinginan mereka berupa penimpaan kepada kita perkara kejelekan dan ujian. 

Bahkan dia berkomplot dengan syaitan dari kalangan manusia mulai dari tukang sihir dan selain mereka untuk menambah gencar pemusnahan agama kaum muslimin dan dunia mereka.

Tidakkah engkau khuatir atas dirimu wahai hamba Allah dari musuh ini, tidakkah engkau bersiap untuk memeranginya dengan senjata syari'at sebelum dia menyerang dengan pelbagai serangan dan mendatangkan kepadamu segala kehancuran?

Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Dari Malaikat Yang Mengilhamkan Pada Kebaikan

Merupakan rahmat Allah kepada kaaum muslimin adalah Allah menjadikan bagi mereka pendamping dari malaikat yang menyeru ada kalbu mereka berbagai kebaikan dan sebab-sebab kebaikan.

Diriwayatkan oleh Muslim no. 2814 dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda,

ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن

"Tidaklah seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari kalangan jin."

Dan dari hadits Abdullah bin Mas'ud juga, beliau bersabda,

إن للملك لمة وللشيطان لمة, فلمة الملك إيعاد بالخير وتصديق بالحق

"Sesungguhnya malaikat mempunyai bisikan dan syaitan juga mempunyai bisikan, maka bisikan malaikat menjanjikan kebaikan dan membenarkan al-haq."

Diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam At-Tafsir (1/109) dan Ibnu Jarir dalam "At-Tafsir" (3/88) dan sanadnya sahih mauquf pada Ibnu Mas'ud dan riwayat tersebut mempunyai hukum marfu '. Dan telah diriwayatkan dengan sanad yang marfu 'oleh At-Tirmidzy dalam "Jami'" nya no. 2988, Abu Ya'la no. 4999 dan Ibnu Hibban akan tetapi riwayat tersebut lemah, kerana orang menjadikannya marfu 'adalah' Ata 'bin As-Sa'ib dan dia rawi yang tercampur hafalannya, dan rawi yang meriwayatkan darinya adalah Abul Ahwash, dan Abul Ahwash meriwayatkan dari' Atha 'selepas terjadinya tercampur hafalannya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam "Majmu 'Al-Fatawa" (4/34) yang berkaitan dengan bisikan yang telah disebutkan: "Maka prinsip ilmu yang benar dan keinginan yang soleh adalah bisikan malaikat".

Maka semangatlah wahai kaum muslimin untuk tidak menerima semua perkara yang terdetik dalam kalbumu kecuali perkara yang berupa kebaikan, maka jika datang was-was kejelekan jauhilah!!

detikislam

Vanidah Imran Tegaskan Tiada Talak Yang ‘Jatuh’

Kecoh seharian dengan berita mengenai dialog diantara Vanidah Imran dan Rashidi Ishak didalam filem “Untuk Tiga Hari”. Timbul pelbagai spekulasi mengatakan bahawa terdapat dialog lafaz cerai didalam filem “Untuk Tiga Hari” yang diucapkan oleh Rashidi kepada Vanidah.

Dialog yang diungkapkan oleh Rashidi sebagai Zafrin kepada Vanidah sebagai Ujie dalam filem tersebut berbunyi,
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai.”
Dialog ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan,
Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga. – dipetik dari Utusan Online.
Persoalannya, jatuhkah lafaz cerai didalam dialog ini? Menurut laporan mStar Online, Vanidah menjelaskan tidak ada talak yang ‘jatuh’ didalam filem ini meskipun dia dan suaminya berlakon bersama.
“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri.” – Vanidah Imran.
Vanidah turut memberitahu bahawa sebagai pelakon dan juga bergelar pasangan selebriti, dia sedar tentang hukum-hakam Islam.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku.”
Vanidah  berpendapat bahawa ulasan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hanyalah ulasannya sebagai pihak ketiga tanpa menonton filem tersebut.
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”
Untuk yang tidak tahu apakah maksud kahwin mut’ah ataupun nikah mut’ah, anda boleh rujuk di wikipedia, Nikah Mut’ah.
Anda boleh dengar dialog yang menjadi bualan ini dalam trailer filem “Untuk Tiga Hari”. Jom!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik