Saat hidung bayi yang baru lahir (0 - 3 bulan), Bunda biasanya panik dan bingung. Benarkah, bayi baru lahir tidak boleh diberikan balsem pelega nafas. Adakah cara selamat untuk membantukan bernafas lancar kembali?
Lendir mengering. Hidung tersumbat adalah gejala awal influenza atau selesema. Hidung bayi biasanya banyak mengandungi lendir di saat-saat seperti ini. Tapi kerana udara yang keluar masuk melalui hidung, hingus pun menjadi kering di dalam hidung. Ini menutup dan menyumbang saluran nafas di hidung bayi. Saat itulah bayi sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan?! Bantu bayi mengeluarkan hingus dari hidung bayi agar ia dapat bernafas lega. Anda akan tahu cara hadapi hidung tersumbat setelah membaca tips berikut. Tetapi jika hidung tersumbat disertai demam, batuk terus-menerus, atau jika hingus berwarna kuning kehijauan, bawa bayi ke doktor anak. Untuk pemerhatian dan cadangan lebih lanjut.
Berikut tips untuk mengatasi hidung bayi yang tersumbat:
1. Menyedut hingus:
a. Gunakan pembersih ingus (nasal aspirator) khusus untuk bayi. Bentuknya sama pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih. Dijual di farmasi, dengan jenama khusus untuk bayi, seperti Pigeon, Chicco, Dreambaby dan lain-lain.
b. Bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol) atau kapas yang diolesi alkohol 70%.
c. Tenangkan bayi sebelum penyedotan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat.
d. Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam.
Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut
harus dalam keadaan ditekan, lalu lepas perlahan saat sudah di dalam
hidung. Lakukan dengan lembut, agar hidung bayi tidak kegusaran.
2. Menitiskan NaCl atau larutan garam murni:
a.
Anda boleh mendapatkan larutan ubat titis NaCl fisiologi 0.9% (20 ml)
di farmasi, contohnya salah satu jenamanya adalah breathy.
Fungsinya, untuk melembabkan selaput dalam saluran pernafasan bayi,
melancarkan sumbatan hidung, dan mencairkan hingus agar mudah
dikeluarkan. Cara memberikannya adalah dengan memasukkan sedikit bahagian hujung pipet lalu titiskan lembut.
b. Anda juga boleh membuat sendiri larutan NaCl dengan cara melarutkan 1/4 sudu teh garam ke dalam 1/2 gelas air hangat. Gunakan pipet untuk meneteskannya. Pipet boleh anda dapatkan di farmasi. Apabila anda membeli yang sekali pakai, bersihkan menggunakan air hangat.
c. Setelah hingus cair, bantu bayi mengeluarkannya menggunakan pembersih hingus. Ikuti langkah-langkah seperti diatas 1( 1. Menyedut hingus).
3. Tekan lembut hidung dan sekitarnya, lalu bersihkan:
a. Anda boleh membantu bayi melegakan pernafasan dengan mengurut lembut hidung dan sekitarnya dengan bahan lembut sambil membersihkan hingus. Urutan lembut menenangkan pernafasan bayi, ini membantu lendir keluar dengan mudah.
b. Bersihkan hidung dari bekas lendir yang mengering menggunakan cotton bud basah. Hidung yang bersih membantu bayi bernafas dengan lancar. Hati-hati apabila membersihkan, jangan masukkan cotton bud terlalu dalam.
4. Balsem pelega pernafasan, wap minyak kayu putih di mangkuk:
a. Anda boleh mengoleskan balsem pelega pernafasan khusus untuk bayi, di bahagian dada, leher dan punggung, sambil mengurut lembut. Contoh, salah satu jenama balsem bayi adalah Transpulmin. Selain memberi rasa hangat, wap balsem juga akan melonggarkan hidung tersumbat.
b.
Cara lain adalah dengan membuat semacam "nebulizer" sederhana dengan
cara menitiskan minyak kayu putih ke dalam mangkuk berisi air panas di
salah satu sudut bilik, terutama di kawasan bilik yang merupakan wilayah
pertukaran udara. Selain berfungsi membersihkan udara yang sarat virus flu, wap hangat kayu putih juga membantu bayi bernafas dengan lega.
Sumber: http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/bayi/tips/bayi.baru.lahir.tips.atasi.hidung.tersumbat/001/005/82/1/1