IKLAN

Isnin, 29 Disember 2014

Kenyataan Media dari Timbalan Perdana Menteri: Isu penangguhan tarikh mula sesi persekolahan.



Kementerian Pendidikan memaklumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS (Pusat Pemindahan Sementara) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.

"Ia juga kerana keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikut ada kenyataan media tersebut..



KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan

29 Disember 2014



Sabtu, 27 Disember 2014

Petua Melebatkan Janggut Dan Jambang


Janggut Dan Jambang


CARA MUDAH: PUTIH TELUR
Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk cita rasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insya Allah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
CARA KEDUA: TELUR UDANG
Cuba cari telur udang. Telurnya selalunya boleh ditemui di bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar. Sebelum tidur malam, telur udang disapu pada tempat-tempat yang diinginkan sama ada misai, jambang dan janggut. Sebelum itu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian yang akan dilumurkan. Cukur dan disapu telur tersebut. Insya Allah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.
CARA KETIGA: MINYAK BON ATAU TANCHO
Minyak bon atau tancho boleh digunakan untuk melebatkan janggut dan jambang.
Sumber:homefamilysite.com

`Maaf, Tak Terima Muslim` Papan Restoran Ini Hanya Bertahan 9 jam..

Restoran Maaf, Tak Menerima Muslim Panen Kecaman 
`Maaf, Tak Menerima Muslim` Papan kenyataan di restoran ini yang mendapat kecaman masyarakat Australia.   

'MAAFTak Terima Muslim'.  Datuk Bandar Longreach di Queensland, Australia berkatatulisan di papan sebuah restoran yang mengatakan 'maaf,tidak terima Muslimitu sangat dikesalkan.

Akibat peristiwa inipemilik restoran mendapat kecaman melalui telefon.Papan yang dipasang di luar restoran Eagles Nest Bar and Grill di Longreach
menimbulkan kontroversiselepas fotonya diupload di laman Facebook restoran itu.

"Sedikit terkejut melihat tulisan 'tidak terima muslim.. maksudnya apa ?"
komen Helen Day di laman Facebook restoran itu.

Papan itu dipasang dengan tulisan"2000 tahun yang lalu Isa membuat
heboh semasa mengubah air menjadi anggur .. tradisi berterusan .. Kami 
menukar wang menjadi beer (maaf tidak terima muslim)."

Posting di Facebook itu mencetuskan pelbagai reaksisebahagian 
menyokong 
dan sebahagian mengecam. Pemilik restoran John Hawkes mengatakan tanda 
tersebut hanya bertahan 9 jam.

"Sehari selepasrestoran dan rumah saya menerima lebih daripada 200 panggil-an telefon," katanya.

"Walaupun sebahagian menyokong kebebasan dalam bercakap dan sentimen
patriotikkami juga menerima panggilan yang bernada menghina dan mengan-camAtas ketidak selesaan inisaya minta maaf pada keluarga saya."

Hawkes tidak menyangka tulisan di papan premisnya itu menimbulkan ke-kecohan di media sosialTapi dia menganggap akibat dari semua itu hanyalah 
reaksibukan aksi.

Datuk Bandar Longreach Joe Owens mengatakan dia yakin papan itu tidak 
mendapat sokongan daripada majoriti rakyat. Owens menambah peristiwa ini 
boleh memberi kesan buruk bagi imej bandar LongreachNamun ia menegas-kan bahawa Longreach terbuka bagi semua agama.

"Aku sudah memberitahu pemilik restoran dan menunjukkan kesalahan yang 
dibuatnyaLongreach adalah bandar yang terbuka bagi semua bangsa dan 
agama."

Ia kesal kejadian tak menyenangkan ini dilakukan oleh salah satu warganya.

(IH/ Sumberabc.net.au)/ www.ibnuhasyim.com


( VIDEO & GAMBAR ) Ibu Lahirkan Anak Dalam Trak, Banjir Kelantan Meruncing


Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.Rakaman video ini adalah antara situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir pada ketika ini iaitu melahirkan anak di rumah.

Pada hemat kami, mungkin si ibu tidak dapat dibawa ke hospital kerana jalan sudah ditenggelami air.

Namun, mujurlah ada jururawat yang membantu proses kelahiran itu.

Pada masa yang sama, kedengaran juga bunyi hujan atau arus air yang deras dalam rakaman itu.

Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan melahirkan bayi dalam keadaan yang cukup menakutkan itu.

Apapun, diharapkan agar si ibu dan bayinya berada dalam keadaan yang selamat pada saat ini.

Ketika aku sekeluarga terpaksa berpindah, rumah kami dibanjiri air diparas merbahaya (Kampung Penambang, Jln Pantai Cahaya Bulan, Kelantan), kami menaiki trak JPAM bersama seorang wanita yg melahirkan anaknya di dalam trak.

Alhamdulillah Allah swt telah permudahkn semua. Terima kasih yg tak terhingga kpd anggota JPAM yg telah byk membantu. 
-dari catatan kaki video di youtube.

 

Pesakit kritikal di hospital Kelantan dipindah ke HUSM


Pesakit kritikal di hospital yang terjejas banjir di Kelantan akan segera dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk mendapat rawatan lebih baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sehingga kini seramai 35 pesakit dari Hospital Kuala Krai dipindah ke HUSM.

"Tujuh lagi pesakit iaitu tiga dari Hospital Kuala Krai dan masing-masing dua dari hospital Tumpat dan Pasir Mas dijangkan dipindahkan hari ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan Kementerian Kesihatan bagi menghadapi banjir, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pesakit tersebut akan dipindahkan dengan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia, namun jika kedua-dua pasukan keselamatan itu tidak dapat membantu, kementerian akan menyewa sendiri helikopter.

Katanya antara hospital lain yang tidak dapat berfungsi secara optimum ialah Hospital Gua Musang dan Hospital Tanah Merah.

Dr Subramaniam berkata mesyuarat itu turut membincangkan pembekalan elektrik melalui generator, bekalan air bersih termasuk minuman, bekalan makanan serta bantuan tenaga kesihatan dari negeri lain.

"Melalui kerjasama dengan Puncak Niaga, usaha sedang dijalankan untuk projek penapisan air di hospital terlibat. Dari segi makanan, kita juga akan membantu dan pada pagi ini kementerian menghantar 300kg makanan ke Hospital Kuala Krai.

"Mengenai bantuan tenaga perubatan, hari ini seramai 72 jururawat dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11 dihantar ke HUSM untuk membantu berikutan jumlah pesakit yang bertambah," katanya.

Beliau turut menjangkakan 200 lagi kakitangan hospital dari negeri-negeri lain akan dihantar membantu hospital di Kelantan dalam masa terdekat.

Katanya pasukan pergerakan kesihatan kementerian juga melawat semua pusat pemindahan bagi memberikan nasihat kesihatan serta rawatan.

Mengenai bekalan ubatan, Dr Subramaniam berkata Pharmaniaga mempunyai perancangan sendiri bagi memastikan bekalan ubatan mencukupi.

"Pharmaniaga membuat perancangan sendiri dan mempunyai helikopter bagi memastikan bahan dan perkakas perubatan kecemasan disalurkan ke semua hospital," katanya. 
Bernama




Banjir di Kelantan meruncing

Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di Johor, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di Perlis, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SSelangor, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula.

Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di PERLIS, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SELANGOR, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula. 
– Bernama


Sumber:  greenboc.blogspot.com

Khamis, 28 Ogos 2014

Warga Palestin Menukarkan Gambar Letupan Bom Kepada Sesuatu Yang Kreatif

Konflik di Gaza mengorbankan banyak nyawa orang awam yang tidak berdosa apabila Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah semenanjung itu. Beberapa warga Palestin menemui cara untuk melalui keperitan hidup dan mengatasi emosi mereka dengan menukarkan gambar letupan bom kepada suatu karya yang kreatif.  



Karya mereka menggambarkan semangat juang dan penentangan rakyat Palestin dan Gaza terhadap kekejaman Israel.  

 

 

 

 

 

 

 

 
tao tau ajer


Bendera Malaysia Berkibar Megah Bersama Bendera HAMAS Di Gaza


Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera HAMAS di tengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan HAMAS. Kegembiraan jelas terpancar!
Rakyat Palestin beramai- ramai menyambut kemenangan mereka dalam peperangan kali ini.
Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel.



Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman."Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.




"Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan.

"Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.
"Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi tadi.

Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza.

Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."

Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.
Takbir, ALLAHU AKBAR !!!

Sumber:taotauajer.blogspot.com

Aku harap takda  lagi tanah yang di ambil ,bagi menambah KAWASAN mereka..

Isnin, 28 Julai 2014

Ucapan Selamat Aidil Fitri Liverpool di ‘Retweet’ 10 Ribu Tweeps


ucapan-selamat-idul-fitri-liverpool-_140728141929-151
Kelab  yang berasal dari Britain, Liverpool menyampaikan ucapan selamat Aidil Fitri 1435 Hijriah kepada pendukungnya di seluruh dunia. Ucapan ini disampaikan The Reds melalui akaun Twitter rasminya, @LFC pada Isnin (28/7) dini hari WIB.
Aidil Fitri 1435H disambut di Indonesia, Malaysia dan nusantara jatuh pada hari Isnin (28/7/14). Namun ada beberapa negara yang akan merayakan hari kemenangan pada Selasa 29 Julai. Britain sendiri menetapkan 1 Syawal di negaranya pada Selasa (29/7/14).
“Kami berharap semua Muslim menikmati Aidil Fitri,” kicau @LFC.  Ucapan selamat Aidil Fitri dari Liverpool itu langsung mendapat tanggapan dari para fans mereka. Hingga 14.30 WIB, ucapan selamat lebaran dari Liverpool ini sudah di retweet sekitar 10 ribu lebih pengguna twitter.
Beberapa fans juga sangat berharap the Reds dapat memberikan hadiah Aidil Fitri kepada mereka berupa pembelian pemain bintang lainnya.*[CR02/A.Syalaby Ichsan/ROL]
Editor: Aik
Disunting dari undergroundtauhid.com
P/S: Dikesempatan ini aku juga ingin mengucapkan, Selamat Menyambut Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada yang sudi bertandang kemari membaca, manalah tahu aku ada terkata, tertulis, tertuduh dan hati kalian terguris luka dengan apa yang aku karang dan petik, sesungguhnya aku manusia biasa tak lepas dari berbuat silap dan dosa, sama ada disengaja ataupun tiada..Raya ni kena jaga juga..Jaga mulut, jaga makan, jaga perut, Jaga poket..elakkan pembaziran usah jadi kawan Syaitan selepas kita memusuhinya sebulan yang lalu...Wallahu A'lam dan Wassalam. 


Ahad, 15 Jun 2014

Air Mata Rakyat Brazil Demi Penganjuran FIFA World Cup 2014

Bukan hanya ada cerita sukan bila ia membabitkan FIFA WORLD CUP. Keseronokkan melayan bola sepak tak salah. Tetapi jangan sampai menganiaya orang atas nama pembangunan sukan kononnya. Demi kayakan kapitalis2 yang banyak melakukan pelaburan demi penganjuran WORLD CUP ada di antara rakyat2 BRAZIL yang terseksa. Dan ramai orang kurang peka dengan isu neh sebab jarang dilaporkan di berita.


Di Brazil. Ada yang berdemo dari tahun lepas menuntut kerajaan selesaikan isu yang paling teruk melanda Brazil iaitu ;

1. Masalah perumahan

2. Masalah kemiskinan

3. Masalah prasarana asas seperti air, elektrik, jalanraya, pendidikan dan tahap keselamatan.

Jom tengok gambar-gambar bawah ni jap ;








Apa yang berlaku?

1. Gambar2 yang korang tengok kat atas merujuk kepada kumpulan pemprotes homeless aka gelandangan di Brazil.

2. Mereka dirikan khemah berhampiran dengan stadium bagi menuntut kerajaan sediakan rumah mampu milik untuk rakyat dan mereka2 yang miskin.

3. Sudah sebulan lebih berkhemah kat situ bagi menjayakan protes tersebut. Sebelum2 neh dah macam2 protes ada kat Brazil tue. Tak payah cakap la. Rakyat marah. Bina stadium jutaan ringgit ada duit. Bina rumah rakyat tak boleh.

4. Namun, kalaupun takde protes, dorang tetap duduk kat khemah juga sebab dorang semua neh gelandangan. Ada di antara mereka yang terpaksa keluar dari tapak penempatan asal yang digunakan untuk membina stadium dan lain2 perkara berkaitan kemudahan WORLD CUP 2014. Kena halau la senang cakap macam kes di KG. Chubadak tue.

5. Dulu ada satu gambar viral, kira ramai share ribu2 juga la, gambar yang menunjukkan seorang pemuda baling botol ataupun kayu, tak ingat aku, kat polis yang halau rakyat dari penempatan mereka demi membina stadium bola. Itu kes kat Brazil yang merujuk hal di atas la.

6. Janji kerajaan sekarang, dorang akan selesaikan isu perumahan yang timbul. Mereka berjanji akan penuhi permintaan kumpulan2 protes yang dikenali dengan nama MTST HOMELESS WORKERS MOVEMENT. Pergerakan membela gelandangan2 di Brazil. Ramai nya gelandangan2 di Brazil. Bukan semua nya tak bekerja okay. Jangan salah faham. Cuma faktor harga rumah dan kadar sewa yang mahal menyebabkan mereka merempat di jalanan.

7. Dan, biasalah. World Cup sudah mari ma. Punyalah bertahun2 sebelum neh ada banyak masa untuk selesaikan masalah rakyat, apasal pula nak dekat WORLD CUP dan2 janji macam2? Biol juga kerajaan depa neh.

Kesimpulannya, manusia belum lagi pandai menghasilkan kegembiraan tanpa melukakan hati mana2 manusia. Manusia belum bijak lagi mencari keuntungan tanpa menganiaya mana2 pihak. Aku tak rasa kerajaan BRAZIL akan penuhi tuntutan rakyat dorang. Kalau dorang siyes nak selesaikan patut dari dulu lagi. Kenapa sekarang.

Sedih juga aku tengok budak2 neh semua duduk dalam khemah bagai. Di Bahrain begitu. Di Syria begitu. Di Iraq pun begitu. Apa sudah jadi dengan pemimpin2 dunia? Rakus sangat gilakan harta dan pangkat sampai lupa penuhi tanggungjawab terhadap rakyat? Haiyaaa.. sedih tetap sedih. Tapi bila tengok WORLD CUP kesedihan itu akan dilupakan secara beransur2. Itulah manusia. Yang terkesan akan terus sedih. Yang tak terkesan akan kembali alpa. Manusia. Jangan buat2 taknak mengaku. Terima la hakikat siapa diri kita sebenarnya.

Point akhir aku. Time korang bersorak2 tepuk tangan (dengan aku2 sekali lepas neh) angkara WORLD CUP, jangan lupa ada orang menangis kat luar sana. Juga angkara WORLD CUP. 

Kbai.
Diedit dari : www.amenoworld

e justicia para todos ..(dan keadilan untuk semua..)- Aku harap Max Cavalera boleh cerita lebih lanjut tentang masalah negaranya sendiri..takdalah menguam atas pentas saja..sorry Max..:)




RANCANGAN 'PANGGILAN HANGIT' HOT FM HARAM DI SISI AGAMA - DR MAZA



Panggilan palsu atau 'prank call' yang dibuat di siaran-siaran radio adalah di larang dalam Islam, atau haram, dakwa bekas mufti
Dr. AMohd Asri Zainal Abidin hari ini.

Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan
palsu tersebut.

"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung
sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya.

"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad).

"Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi.

Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. 


Rancangantersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG.

sumber 



Kita gembira bila orang lain dimalukan


Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...








Penghargaan buat=kartunster.blogspot.com DAN buasirotak.blogspot.com



Khamis, 8 Mei 2014

6 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang


6 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang | Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?
(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.
(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.
(4) Gandum- Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.
(5) Epal- Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.
(6) Kekacang- Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.
Sumber: beritapower.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik