Tidak tukar nama ISIS Malaysia - Shahidan
ISIS Malaysia tiada kena mengena dengan ISIS Malaysia 69- Sekadar ingin berkongsi.
2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.
3. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.
4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan nama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia kerana ia tiada kena mengena dengan 'Islamic State of Iraq and Syria' (ISIS) yang menjadi kecaman dunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ISIS Malaysia dikenali semua pihak di dalam dan luar negara atas peranan penting institusi itu terhadap penganjuran pelbagai aktiviti sejak ditubuhkan pada 8 April 1983.
"Kerajaan sedar bahawa akronim ISIS sedang digunakan secara meluas oleh pihak-pihak tertentu untuk merujuk Islamic State of Iraq and Syria. Seperti yang diketahui nama singkatan ISIS diguna secara meluas oleh media barat.
Namun, negara-negara Arab menggunakan DAESH, iaitu akronim daripada huruf singkatan 'Islamic State in Iraq and Syria' dan di dalam bahasa Arab ia juga berbunyi seakan-akan membawa maksud 'Crushing Something Underfoot' (menghancurkan sesuatu yang mengganggu)," katanya menjawab soalan Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Norah bertanya mengenai pendirian kerajaan sama ada bercadang untuk menukar nama ISIS Malaysia kepada nama lain berikutan singkatan ISIS ketika ini sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh kumpulan militan IS.
Shahidan berkata ISIS Malaysia berusaha menubuhkan ASEAN-ISIS yang mana adalah gabungan sepuluh institusi strategik dan kajian antarabangsa negara ASEAN sejak 1988 yang diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk swasta dan kerajaan.
Dalam pada itu, katanya, semua pihak seharusnya bersepakat dalam memerangi aktiviti keganasan itu serta menjauhi golongan muda daripada terpengaruh dengan fahaman itu.
Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang akan dibentangkan khusus kepada usaha memerangi kumpulan militan IS, Shahidan berkata semua pihak termasuk pembangkang harus menyokong rang undang-undang itu bagi usaha sedemikian. - BERNAMA
ISIS Malaysia tiada kena mengena dengan ISIS Malaysia 69- Sekadar ingin berkongsi.
Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.
ii. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.