Jemaah Haji Tetap Tawaf Walaupun Kaabah Dilanda Banjir
Tak ramai orang tahu yang pernah dilanda banjir. Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam pernah dilanda banjir pada 1941 setelah hujan lebat melanda Kota Makkah, Arab Saudi.
Laman web wikiislam.net melaporkan air setinggi 152 sentimeter meneggelami kompleks Masjidil Haram, termasuk Kaabah. Musibah itu berpunca daripada sistem perparitan yang kurang efisien, ditambah pula dengan kedudukan Makkah yang berada di tengah lembah dikelilingi bukit-bukit batu.
Tidak diketahui berapa jumlah jemaah haji waktu itu. Mungkin tidak banyak kerana pada 1920-an jumlah penziarah terus menurun. Pada 1922, jumlahnya hanya mencecah 56 ribu orang.
Meskipun banjir, sejumlah jemaah haji tetap melakukan tawaf, seperti ditunjukkan dalam rakaman video di bawah ni.
source/ xlupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan