Aiseh. Takkan kerana pelekat kereta yang ada gambar Tuan Guru Nik Aziz, kereta milik pelajar disaman? Tak patutlah kalau gitu. Tapi andai disaman kerana kesalahan lalulintas atau jalanraya, maka ok ... saya boleh terima. Biar logiklah sedikit. Stiker je pun.
Saya dapatkan gambar dan cerita ini daripada Yahoo News. Menurut sumber asal dari The Malaysian Insider; gambar kereta yang dikunci dan surat saman yang diterima pelajar tersebut tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu. Lalu mengundang lebih 23 ribu Likes.... perghhh viral tu.
Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.
Ramai yang luah pendapat yang adanya buat saya nak tergelak kerana kelucuan. Tapi dalam kelucuan itu, ada sinis dan ada kebenarannya.
Apa kata anda? Patut ke tak patut? Disaman sebab letak pelekat kereta yang ada gambar pemimpin yang disegani pemilik kenderaan? Pembangkang ... kena saman. Kalau letak stiker yang kaler biru tu .... kena saman gak ... ok.
Kredit;http://www.hasrulhassan.com/
Disaman Kerana Pelekat Kereta Gambar Nik Aziz?
Saya tak pasti adakah benar apa yang didakwa oleh orang yang kena saman. Dia seorang pelajar UiTM, didenda kerana kesalahan lalulintas dan kerana lekat stiker ada wajah Nik Aziz. Cuba lihat gambar yang saya sertakan ni. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak.Saya dapatkan gambar dan cerita ini daripada Yahoo News. Menurut sumber asal dari The Malaysian Insider; gambar kereta yang dikunci dan surat saman yang diterima pelajar tersebut tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu. Lalu mengundang lebih 23 ribu Likes.... perghhh viral tu.