IKLAN

Sabtu, 26 April 2014

Kisah Benar: Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya, Apakah Amalan Allahyarhamah..?!


Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya
Kisah kubur bercahaya di Perak. Subhanallah!!! Kubur seorang ibu tunggal Haslinatul Adlin Binti Abdullah Halimi bercahaya. Satu kisah yang menjadi “viral” di facebook dimana beberapa keping gambar yang dikongsi kelihatan kubur arwah Haslinatul Adlin bercahaya. Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Allahyarhamah Haslinatul Adlin dari Ipoh, Perak yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 20.4.2014 jam 8.52 pagi. 

Kejadian dikatakan telah berlaku di Tanah Perkuburan Batu 8, Changkat Jering, Taiping. Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak.

Allahyarhamah merupakan seorang ibu tunggal dua orang anak dan meninggal dunia akibat sakit kanser payudara. Kanser payudara yang dihidapinya berada pada tahap yang teruk sehinggakan merebak ke sum-sum tulang serta hatinya.
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak Aina Sofiya,10tahun dan Amsyar Zarif,7 tahun yang masih kecil. 

Kisah Benar Kubur Bercahaya
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti secara perlahan-lahan./Gambar: DAily TRaffic REport
 "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya."
Demikian kata Salahuddin Sulaiman,91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.-Metro

‘Ibu pesan, belajar rajin-rajin’

Ipoh: “Saya tak sangka ibu akan pergi seawal ini kerana kami masih memerlukan kasih sayangnya. Namun mungkin ibu lebih tenang di sana dan pesanan untuk saya belajar rajin-rajin tidak akan saya lupa.
“Ibu selalu beri saya semangat belajar dan harapannya untuk melihat kejayaan saya pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dua tahun lagi tidak kesampaian,” kata Aina Sofiya,10, anak sulung kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya seperti dilaporkan akhbar ini semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8, Cangkat Jering, Ahad lalu selepas solat Asar dan meninggalkan dua anak iaitu Aina serta Amisyar Zarif,7.
Aina yang petah berkata-kata itu dilihat menitiskan air mata apabila diajukan soalan mengenai ibunya itu dan bertekad membalas pengorbanan ibunya selama ini dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh bapa saudaranya bahawa kubur ibunya itu bercahaya di dalam kamera kerana ketika proses pengebumian cahaya berkenaan tidak kelihatan.

“Ibu seorang yang baik dan sentiasa sayang saya dan adik. Walaupun ibu sudah tiada namun kenangan menjaga kami akan sentiasa saya ingat.
“Kali terakhir ibu bersama saya ialah ketika saya menerima anugerah cemerlang pada majlis penyampaian hadiah sekolah dan kenangan itu menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Seri Dermawan di sini, semalam.

Sementara itu, ibu arwah Aminah Salahuddin, 58, berkata, dia akan mengambil alih tugas menjaga kedua cucunya itu memandangkan mereka sudah dijaganya sejak kecil lagi.
“Semua itu masih dalam pertimbangan sama ada kedua mereka akan dijaga bekas suami arwah atau saya namun buat masa ini saya akan menjaga kedua anak arwah kerana itu amanat terakhir arwah kepada saya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik