IKLAN

Selasa, 25 Februari 2014

Tidur Dalam Kandang, Kerana Tak Mampu Sewa Rumah

Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah

WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.

Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.

Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.

Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.

“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.

Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.:(


Sumber: www.sinarharian.com.my

Ps: Sungguh menyedihkan..Kita sesama mohon Kepada Allah Taala, semoga penyakit masyarakat ini tidak hadir dibumi Malayasia ini..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik