Isnin, 23 Januari 2012

Bolehkah Kita Doakan Kebaikan untuk Orang Kafir


Berdoa Kebaikan Dunia untuk Orang Kafir@ Bukan Muslim

Imam An Nawawi menyatakan dalam Al Adzkar (hal. 511), bahawa tidak boleh berdoa untuk orang kafir, agar diampuni dosanya dan untuk hal-hal seumpamanya, yang memang tidak layak bagi orang kafir. Ibnu Alan As Syafie juga menjelaskan hal-hal yang juga masuk dalam larangan adalah doa untuk orang kafir, termasuk agar mendapat rahmat, masuk syurga, atau memperoleh keredhaan dari Allah, sebagaimana beliau sebut dalam Al Futuhat Ar Rabaniyah (6 / 262)

Namun ada doa yang dibenarkan untuk orang kafir.Imam An Nawawi menyatakan dalam Al Adzkar (hal. 511), "Akan tetapi dibolehkan berdoa untuknya (orang kafir), agar memperoleh hidayah, kesihatan badan, dan afiyat, atau sejenisnya."


Ibnu Alan menjelaskan dalam Al-Futuhat Ar Rabaniyah (6 / 263), bahawa yang juga termasuk boleh untuk didoakan untuk orang kafir adalah agar jumlah mereka semakin banyak agar umat Islam memperoleh jizyah daripada mereka, hingga membantu umat Islam. Juga agar harta mereka menjadi banyak, agar menjadi ghanimah bagi umat Islam.

Pendapat sama difatwakan oleh Dar Al Ifta 'Al Mishriyah,lembaga fatwa rasmi Mesir, bahawa berdoa untuk kebaikan duniawi untuk orang kafir dibenarkan, sebagaimana dijelaskan dalam jawapan yang diberikan kepada hidayatullah.com.

Tidak hanya itu, Dar Al Ifta juga menyatakan, "Demikian pula dibolehkan mengamini doa orang kafir yang mengandungi doa kemalangan terhadap orang kafir atau doa kemenangan untuk kaum Muslim." *


WallahuA'lam.

Sumber diterjemah dari-Hidayatullah.com


2 ulasan:

  1. thanks der info bro...kdg2 kita ni lalai dan lope dlm perkara begini....

    BalasPadam
  2. Sama2,manusia mmg kerap lalai dan alpa dan kerap juga mengikut sentimen...

    BalasPadam