Jumaat, 17 Ogos 2012

Macamana Solat Berdiri Jika Hanya ada Satu Kaki (video)


Kalau kita biasa solat berjemaah di masjid atau surau sejak 10 atau 15 tahun dulu sehingga sekarang, tentu kita akan perasan satu perbezaan ketara jemaah yang datang bersama-sama bersolat.

Masa dulu aku jarang sangat tengok ada kerusi atau ada orang yang solat atas kerusi. Aku juga jarang tengok orang solat duduk sebab kecederaan kaki dan lain-lain seumpamanya.

Tapi sekarang hampir setiap masjid terutamanya di bandar ada kerusi simpanan khas untuk mereka yang ada masalah untuk solat berdiri atau untuk mereka yang boleh berdiri tapi tak boleh sujud. Dalam berjemaah melihat orang solat duduk atau duduk atas kerusi menjadi perkara biasa sekarang.

Aku ingat masa kecik-kecik dulu jawapan dari seorang tua yang ditanya oleh tok guru kampung kenapa tak pergi solat ke masjid, dia kata susah dan menyusahkan sebab dia tak boleh sujud, kalau sujud juga alamat tak boleh berdiri tegak lagi.

Bukan saja tak pergi solat berjemaah malah dia tak solat lansung atas alasan itu. Tok Guru tu kata, tak ada masalah tetasp boleh solat asalkan tahu caranya.

Ada juga orang tua yang meninggalkan solat atas alasan suka terkencing. Dia kena pakai diapers sepanjang hari untuk pastikan pakaiannya tak bau air kencing. Ini juga aku pernah dengar masa kecik dulu dari seorang tua apabila dia mengadu tak boleh bersolat.

Apa yang aku yakin dengan melihatkan perbezaan antara dulu dengan sekarang adalah umat Islam terutamanya di negara kita makin berilmu dan paling penting sekali mahu melaksanakan kewajipan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Satu lagi kemungkinan adalah umat Islam di negara kita sekarang labih berfikir mudah dan suka mempermudahkan cara. Tidak seperti pemahaman dulu yang terlalu ketat dan amat rigid dalam beribadah sehingga menyusahkan.

Lagipun kini ada ramai para ulama yang terbuka dan sering mengkritik pemahaman yang menyusahkan umat Islam membuatkan orang ramai punyai banyak pilihan untuk mengamalkan ajaran Islam. Walau apa pun janganlah kita terlalu mempermudahkan sehingga timbul amalan yang bukan-bukan seperti solat hanya dengan niat.

Aku punya seorang rakan yang aku kagum dengan teori bagi mudah solat. Kawan aku ni bila dia dalam bas atau kereta atau mana-mana saja dan dia alami kesukaran nak keluar solat, dia hanya akan menepuk dinding kereta atau kenderaan yang dinaikinya lalu bertayamum dan seterusnya menunaikan solat fardu. Arah kiblat kekadang tidak diperdulikannya.

Aku tak bersetuju secara peribadi dengan amalan terlalu mudahnya itu, namun aku KIV sikap aku terhadap pemahamannya. Tak berani nak komen samada boleh atau tak boleh. Bagi aku yang masih terikat dengan cara lama yang agak lurus dan susah berkompromi ni tak akan buat cara mudah sebegitu.

Mungkin saudara dalam video yang aku lampirkan di bawah punyai pahaman yang sama dan berusaha melakukan solat dengan cara terbaik sedaya mungkin. Jika diikutkan, untuk dia bersolat duduk sudah tentu tak ada larangan memandangkan kecacatannya yang punya kaki hanya sebelah, namun dia masih bersolat berdiri.

Tak ada sedikitpun rasa kesukaran yang aku lihat padanya. Dia nampak kuat dan bersahaja macam orang biasa berkaki dua. Tentu orangnya kuat dan bertenaga dan sudah tentu latihan demi latihan dilakukannya sebelum mampu mencapai tahap seperti itu./ wartashubhi

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan