Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat Hari Ibu, Untuk Ibu-Ibu Seluruh Dunia



 

Pantun Untuk Ibuku Yang TerCinta


 Aiman dan Aisyah pergi ke pekan

Pergi ke pekan membeli Dulang

Selamat Hari Ibu ku ucapkan

Buat Omak ku yang berada Di Pasir Gudang


Hari panas tekak pun dahaga 

Pekena Cendol manis rasanya

Terima kasih yang tak terhingga

Kerana menjaga kami bertiga hingga dewasa


Bersembang-sembang di atas Titi

Cahaya Bulan nampak bersinar

Ingatan kami buat mak selalu di hati

Dari kami Abdullah,Suhaila dan Muhd Noor 


Membenarkan Firman NYA dalam Kitab yang Suci.. setiap anak yang 
lahir ke dunia ada rezekinya..

Dapat lahir ke dunia ini satu rezeki , Dapat Meneguk Susu Ibu juga di antara rezeki,   bukan satu yang kita dapat tapi dua! Mak...eden mintak halal susu awal mu yang berKolostrum tinggi itu, yang dikau berikan dengan penuh kasih sayang mu,dengan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada mu wahai ibu maka kami dapat melihat dunia yang Indah ini..mengumpul bekal menuju alam yang Abadi.. Terima Kasih Ibu, Mak, Ummi, Mama,Mum..


Lagi Pantun untuk Ibu-Ibu seluruh Dunia
 

Rumah kecil bertiang seribu,
Beras perang sudah bertanak;
Embun cinta seorang ibu,
Menyegar kasih sayang anak.

Tun Fatimah tersebut riwayat,
Legenda hebat tak terhingga;
Kasih ibu sepanjang hayat,
Kasih sayang hingga ke syurga.

Kuliah agama hari Rabu,
Bincang pula bab syurga;
Tidak ternilai kasih ibu,
Nilai intan bukan harga.

Ulam-ulaman nasi kerabu,
Segar enak beli di pasar;
Kasih sayang terhadap ibu,
Derhaka itu dosa besar.

Hujan menimpa atas batu,
Hujan pula di tengah hari;
Seorang ibu hanyalah satu,
Tiada pengganti jika dicari. 


Barang siapa tiada Ibu dan juga Ayah,sedekahkanlah kepada mereka  Al- Fatihah. Dengan harapan zuriat kita juga buat begitu untuk kita ...Amin..Wassalam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan