Ahad, 6 Mei 2012

Ateis Scotland Temui Islam di Usia 65 Tahun


Nama saya Maryam Noor, dan itu nama Islam saya, sedangkan nama asal saya adalah Margaret Templeton.Saya lahir di Scotland dalam sebuah rumah yang ateis. Di rumah kami, kami tidak dibenarkan bercakap tentang Tuhan, dan bahkan jika kita belajar tentang hal itu di sekolah, kami tidak
dibenarkan untuk membicarakannya di rumah atau kami akan dihukum.

Selama yang saya ingat, saya telah mencari kebenaran tentang mengapa saya di sini di dunia ini, apa fungsi saya di sini, apa yang saya harus lakukan.
Sebaik sahaja saya berumur cukup dewasa, saya mula mencari beberapa maklumat tentang "orang yang menyebut Tuhan" dan sepanjang hidup saya, saya telah mencari Kebenaran, bukan agama tertentu. Kebenaran, sesuatu yang masuk akal bagi saya, sesuatu yang membuka hati saya dan yang membuat hidup saya menjadi berharga. Saya telah melawat hampir setiap gereja di wilayah kerajaan, baik di sini mahupun di daerah saya, tetapi tidak pernah terfikir oleh saya untuk mengkaji tentang Islam.
Saya kemudian menjadi tertarik mengkaji Islam, tetapi perang terjadi di Iraq, dan saya membaca hal-hal mengerikan yang dikatakan di media tentang Muslim, tapi saya juga dididik tentang agama-agama lain sehingga mengetahui bahawa hal-hal itu kebanyakan tidak benar, dan membuat saya pergi mencari seorang guru yang boleh mengajar saya sesuatu tentang cara hidup Islam, sehingga saya akan mampu untuk menolak hal-hal keliru serta dusta yang orang katakan tentang Islam.
Salah satu hal yang saya lakukan adalah bahawa saya bercakap dengan semua orang. Saya biasa tersenyum untuk setiap orang dengan mengatakan "Halo", "Apa khabar", dan "Bagaimana anda hari ini" .. seperti Isa yang menyebarkan kebahagiaan kepada setiap orang yang ia jumpai. Saat itu saya telah menjadi seorang Katolik Rom tapi saya sangat tidak bahagia dan saya meninggalkan Gereja dan saya tidak tahu ke mana harus pergi.
Pada masa yang sama, saya mencari seorang guru yang boleh mengajar saya tentang Islam, saya berdoa terus-menerus sepanjang hari agar Tuhan menolongnya saya, saya mengucapakan "bantu saya ... Bantu saya ... Bantu saya .." berulang-ulang sepanjang hari selama hampir dua tahun, kerana saya tidak tahu harus berbuat apa atau ke mana saya harus pergi.
Teman dari kawan-kawan saya kemudian membawa seorang alim - seorang ulama. Namanya Nur El-Din, dan dia adalah seorang warga kelahiran Arab yang ada di negeri ini.Dia mengundang saya untuk datang ke rumahnya. Dia menyarankan saya untuk membeli beberapa buku Islam, dan saya boleh menelefon dia jika saya mempunyai soalan.Dan inilah awal hubungan kami. Ada tujuh jilid buku yang saya beli, yang ternyata merupakan tafsir Al-Quran.
Jadi saya mula untuk belajar. Saya membuka buku pertama.Saya tidak memulakan dari belakang, saya mula dari depan, dan saya akan membaca surat Al-Baqarah. Dan sebelum Al-Baqarah, ada surat Al-Fatihah, dan sewaktu saya membaca surat Al-Fatihah, rasanya saya seperti disambar petir, air mata mengalir dari mata saya, air mata seperti air Terjun Niagara. Jantung saya berdetak sangat cepat, ... saya berpeluh, saya gementar, ... Saya takut ini adalah kerjaan syaitan, yang cuba menghentikan saya kerana saya boleh mencari jalan kebenaran, kerana buku ini mungkin akan menuntut saya menuju jalan Kebenaran, sesuatu yang saya cari selama ini.
Saya akhirnya menelefon sang alim itu, dia mengatakan 'sila datang ke sini saya ingin melihat anda'. Jadi saya pergi ke rumahnya di tengah-tengah musim dingin, dan saya tiba di sana dalam keadaan hampir membeku, tetapi penderitaan itu tidak bererti apa-apa bagi kebenaran yang akan saya dapati. Dan saya menjelaskan pengalaman saya kepada sang alim. Saya mengatakan ini adalah syaitan, apa yang harus saya lakukan? Salah satu hal yang terjadi selama ini air mata saya mengalir, saya seperti boleh melihat hati saya di sini, berwarna merah, sangat besar, lebih cerah, tidak berbentuk sama sekali. Saya agak takut, dan saya berkata apa yang anda fikir saya harus lakukan?
Dan ia berkata kepada saya "Margaret" ujarnya, "anda akan menjadi seorang Muslim".
Dan saya berkata "Tapi saya tidak membaca buku-buku ini untuk menjadi seorang Muslim".
"Saya membacanya agar mampu membantah kebohongan yang media memberitahu tentang orang-orang Muslim."
"Saya tidak mahu menjadi seorang Muslim".
Dan dia berkata "Yah Margaret, anda akan menjadi seorang Muslim, kerana saya harus memberitahu anda, telah ada campur tangan Tuhan dalam hidup anda."
Saya waktu itu berusia 65 tahun. Saya sekarang 66 tahun.Saya telah menjadi muslim selama satu tahun.
Saya terus belajar dengan alim, daripada November hingga Februari, dan saya tidak boleh menunggu lebih lama lagi untuk mengucapkan kalimat syahadat, dan saya bertanya kepada Alim apakah menurutnya terlalu awal bagi saya untuk datang, kerana saya benar-benar tidak mahu menjadi seorang Muslim, tapi saya yakin saya akan belajar dan Tuhan akan mengampuni saya bahawa saya tidak menghargai kurnia yang besar sehingga Ia mengurniakan saya.
Dia kemudian mengatakan "Ulangi ucapan saya" dan dia mengucapkan kalimah syahadah yang kemudian saya ulangi setelah dia.
Lalu saya berkata "Apa yang saya katakan barusan?" Dan dia mengatakan dalam bahasa Inggeris apa yang saya katakan, dan saya berkata "Bererti saya telah menjadi seorang Muslim?" dan dia berkata "Ya dan namamu Maryam Noor".
Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya adalah seorang Muslim yang baik kerana hal itu sangat sulit. Saya kehilangan semua kawan-kawan Katolik saya, semua teman yang saya bercakap dengannya. Putri saya berfikir bahawa saya telah gila!.
Hal kedua yang membuat hidup saya sangat sulit adalah bahawa saya hidup di dunia sekular dan tidak di dunia Muslim dan saya ingin dengan sepenuh hati untuk hidup di dunia Muslim dan mempunyai komuniti Muslim. Saya satu-satunya Muslim di daerah tempat saya tinggal. Tetapi Allah sudah sangat baik kepada saya kerana di tengah-tengah semua kesulitan ini, saya senang, saya sedang belajar.
Saya membaca segala sesuatu dalam bahasa Inggeris kerana usia saya yang sudah tua, saya agak susah menghafal. sehingga saya menggunakan buku. Dan saya meminta kepada Allah "Dengan nama Allah, yang maha pengasih dan maha penyayang, saya saat ini benar-benar seperti seorang bayi, saya adalah seorang bayi berusia 65 tahun dan saya mengalami agak kesulitan sedikit dan saya meminta Allah harus membantu saya dan ini adalah salah satu cara Dia membantu saya. (fq / oi)


Diterjemah dari: www.eramuslim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan