Isnin, 14 November 2011

Subhanallah!! Seorang Yahudi Radikal Bertaubat Ingin Khilafah Islamiyyah Ditegak


PALESTIN, (voa-islam.com) - Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai pusat. "Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran "ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011.


Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dengan menegakkan Dinullah di muka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.

Tempat tinggal Mahdi sekarang betul-betul di bandar Hebron Tebing Barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu.Lelaki yang berasal dari Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ektrim. Ia berhijrah ke Israel pada awal 90an.
...." Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran "....
Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaan itu Mahdi memutuskan untuk berpindah ke penempatan Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis.

Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandanganya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah.Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapatkan sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun ia berdarah Yahudi.
.... Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya ....
Ia mendedahkan kepada koresponden AFP saat mengunjunginya di rumah "Aku dulu penduduk pelampau dan bermusuhan dengan mereka, tapi mereka melayan aku seperti seorang kakak bagi saya dan menawarkan bantuan" kenang Muhammad Al-Mahdi. Fakta yang merujuk kepada kehidupan Mahdi, di Kiryat arba, seolah-olah tidak mungkin, setelah ia masuk Islam dan berkahwin dengan Sabina muslimah. Yang mempunyai 4 anak setelah hidup bersamanya.

"Penduduk Parta menyerang saya beberapa kali, dan melemparkan batu di rumah saya, dan menulis slogan-slogan di dinding mengundang saya untuk meninggalkan tempat itu" ujar lelaki berusia 37 tahun itu.
Dia menambah "Kemanapun kita pergi kita mengalami gangguan, kerana isteri saya memakai tudung, dan berulang kali dipersoalkan oleh pasukan keselamatan, tapi yang aku peduli adalah bahawa anak-anakku hari ini adalah Muslim, dan mengikuti agama yang telah aku pilih". Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya.

Beliau menegaskan: "Saya menyedari bahawa agama Yahudi ada banyak yang kontradiksi, dan bahawa Islam adalah agama kebijaksanaan dan kebenaran, saya telah mendapat petunjuk kerana saya mencari kebenaran, itulah satu-satunya penyebab keislamanku" jelas Al-Mahdi seraya mengakui kebaikan temanya Zalloum, pemilik Karaj, yang telah menjadi sebab ia mendapatkan hidayah.

Zalloum mengakui bahawa sejak awal mengenali Mikhail yang muncul dalam [persepsinya adalahMikhail orang yang baik tidak seperti penduduk kebanyakan di Kiryat Arba. Ia sering berdialog masalah agama dan falsafah dengan Mikhail sampai suatu saat ia berkata pada Mikhail: "Kalau tidak aku menjadi Yahudi melalui kamu, kamu yang masuk Islam melalui aku, selepas enam bulan perbincangan, akhirnya ia mendapatkan hidayah masuk Islam" ungkap Zalloum.

Zalloum menambah: "Memang benar bahawa Michael menjadi Muhammad al-Mahdi, tetapi ia tidak boleh melepaskan semua Budaya Yahudi, Fushm Bintang Daud di salah satu tangannya akan mengingatkan bahawa dia adalah seorang Yahudi, walaupun ia meneruskan hari pada prestasi dari solat wajib tepat pada masanya dan membaca Al-Quran ". (usamah / tawhid)


2 ulasan: