Isnin, 14 November 2011

Bagaimana Nak Tapis Video YouTube Buat Anak Anda


Hari ini internet merupakan medium penting buat semua lapisan masyarakat, Ramai ibu bapa di rumah selalu buka video youtube untuk anak-anak mereka, anak saya juga tidak terkecuali,bagi kanak-kanak berumur 3 atau 4 tahun sebagi contoh mungkin mengemari video upin ipin atau klip video kartun yang lain, bagi anak-anak kita di sekolah rendah kartun aksi menjadi pilihan seperti Naruto, Bleach ,street fighter dan sebagainya yang sudah pasti mengandungi unsur keganasan yang agak keterlaluan, masih ingat lagi saya, sewaktu belajar di Penang dulu pernah menonton klip video game yang ganas,kalu tak salah Soldier Of Fortune,lebih kurang macam tu la,tak pun sedutan Residen Evil 5 yang terang-terang memang ganas, jadi ibu bapa kena prihatin sikit ok. Malahan jangan terkejut jika terdapat unsur provokasi, keganasan serta kebencian walaupun tajuknya mungkin upin ipin,pernah sekali terjumpa klip video yang mengunakan latar belakang suara yang berlainan, tetapi masih video yang asal, apa yang berlaku? upin dan ipin mencarut serta memaki hamun kak Rosnya, malahan turut biadap dengan neneknya menggunakan suara pihak yang upload video tu,kan dah jadi lain.


Untuk tapis video di internet begini caranya:


1. Pergi ke laman Youtube macam biasa.


2. Boleh skrol kat bawah sehingga terjumpa sebelah bawah terdapat maklumat seperti berikut
'safety mode off '





3. Klik perkataan off tu sehingga keluar windows seperti nie.

4. Tukar butang off kepada on dan klik save, kalau anda nak biarkan sentiasa di dalam mode safety boleh klik lock safety mode .


Abaikan tutorial nie kalau anda dah tahu...semoga bermakna.

lovehijau




Tiada ulasan:

Catat Ulasan