Jumaat, 11 November 2011

Petua Meringankan Asma dengan Madu dan Halia


Honey Ginger 1 Obat Alami Asma: Tips Meringankan Asma dengan Madu dan HaliaAda pelbagai punca atau penyebab asma. Namun perkhabaran baiknya, asma juga boleh dirawat dengan pelbagai cara yang berbeza.
Tentu saja, penyelesaian terbaik idealnya adalah penyelesaian semulajadi. Dua bahan semulajadi untuk meringankan asma secara berkesan adalah madu dan halia.
Madu untuk Asma
Madu sangat baik untuk asma. Madu membantu mencairkan dan membuang lendir dari sistem pernafasan.
Lendir yang terkumpul di saluran pernafasan akan menghalang aliran udara sehingga boleh mencetuskan atau membuat serangan asma semakin memburuk.
Ini adalah beberapa ramuan madu yang baik untuk meringankan asma:
* Satu sudu teh madu dengan air diminum setiap hari.
* Satu sudu teh air hangat ditambah satu perempat sudu teh serbuk kunyit diminum dua kali sehari.
* Satu sudu teh madu dengan setengah sudu teh serbuk kayu manis diminum sekali sehari (baik pagi atau malam).
* Satu sudu makan madu, satu sudu teh bawang putih tumbuk (jus bawang putih), dan setengah sudu teh asafetida. Campur semua bahan ini bersama-sama dan diminum dua kali sehari.
Halia untuk Asma
Halia juga sangat baik untuk asma. Halia boleh menghentikan inflamasi atau keradangan.
Asma berlaku kerana adanya peradangan pada saluran pernafasan.
Ketika dicampur dengan bahan tertentu, halia juga boleh bertindak sebagai ekspektoran.
Ekspektoraan akan membantu menyingkirkan lendir dari sistem pernafasan.
Ini adalah beberapa ramuan halia untuk asma:
* Satu sudu teh halia dengan satu cawan ramuan fenugreek diminum sekali sehari.
* Jus halia segar  dicampur dengan madu diminum sehari sekali.
* Sediakan setengah sudu teh halia segar, satu sudu teh biji jinten, sejemput pala, dan segelas air. Campurkan semua bahan tersebut dan didihkan. Minum ramuan semasa ia masih hangat.
Keberkesanan Madu dan Halia
Keberkesanan madu dan halia sebagai ubat asma semulajadi telah terbukti. Namun yang perlu diingat, asma disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza.
Itu sebab, perlu dilakukan ujian ramuan jenis mana yang paling tepat dan berkesan meringankan asma sesuai keadaan khusus seseorang.
Secara keseluruhan, madu dan halia adalah dua bahan semulajadi berkesan yang boleh ditambah ke ramuan apapun.
Madu membantu membersihkan sistem pernafasan dari lendir sementara halia membantu menghentikan radang dan lendir dari saluran pernafasan./oktips


2 ulasan:

  1. salam, nak tny, teh asafetida tu dekat mana nak dpt ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam satu zarraz..
      saya beautician daripada zarraz paramedical.. jika anda mengalamai sebarang masalah tentang kulit atau ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan kecantikan, sila hubungi hotline kami . Kami sedia memberi konsultasi secara PERCUMA :)

      Zarraz Paramedical Authorized Stokist
      017-2218486 ( Puan Yanie )
      017-3824632 ( Diyana )

      Sila layari laman kami untuk ketahui lebih info tentang Zarraz Paramedical . Terima kasih..

      http://myzarrazparamedical.blogspot.com/

      Padam