Jumaat, 11 November 2011

Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan Buah Acai Berry


acai berry 4 Tips Acai Berry: Kenali Manfaat dan Kesan Samping Acai BerryAda banyak manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan mengambil Acai berry.
Artikel ini akan membincangkan mengenai manfaat dan kelebihan Acai berry yang dilanjutkan dengan pembahasan mengenai kekurangan atau kesan negatif yang boleh ditimbulkannya.
Acai berry dikenali mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Dalam tubuh, antioksidan membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan masalah kesihatan lain seperti mencetuskan kanser.
Saat meneutralkan radikal bebas, antioksida juga akan digunakan sehingga lama-kelamaan jumlahnya jadi berkurang. Ini bererti tubuh perlu terus menerus mendapatkan bekalan antioksidan.
Agar antioksidan yang hilang terganti dengan cepat, maka kitakan terfikir untuk memilih makanan yang mempunyai kandungan antioksidan tinggi.
Menurut beberapa kajian bebas, Acai berry terbukti memiliki kandungan tertinggi antioksidan berbanding jenis makanan dan suplemen lain.
Penelitian lanjutan diperlukan untuk mencari manfaat lain dari makanan ini. Tapi hasil kajian awal telah menunjukkan bahawa Acai berry boleh memberikan banyak keuntungan untuk kesihatan.
Selain melawan radikal bebas, antioksida juga akan membuat tubuh terasa lebih fit dan bertenaga.
Acai berry juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Diet serat tinggi akan sesuai digunakan oleh sesiapa saja yang hendak menurunkan berat badan.
Diet sihat kaya serat yang digabungkan dengan sukan teratur akan membuat program penurunan berat badan berjalan lebih lancar.
Setelah senarai manfaat diatas, lantas adakah kesan sampingan Acai berry?
Setakat ini hanya satu kesan 'negatif' Acai berry yang telah ditemui iaitu orang yang mengambilnya akan cenderung kehilangan nafsu makan.
Walaupun ini dianggap sebagai 'negatif', penurunan nafsu makan justeru akan menjadi berita baik bagi orang yang hendak mengurangkan berat badan.
Memang, bagi orang yang berniat menambah berat badan, mengambil Acai berry boleh jadi tidak terlalu tepat. Jangan bimbang, pengambilan saja dalam jumlah yang kecil sehingga anda masih boleh mendapatkan segala manfaatnya.
Acai berry dilaporkan juga boleh mencetuskan reaksi alergi. Tapi seperti semua jenis makanan atau suplemen lain, risiko alergi selalu boleh timbul.
Ketika baru pertama kali mencubanya, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sedikit untuk melihat ada tidaknya reaksi alergi.
Selain dari dua kesan 'negatif' atas, Acai berry merupakan sumber makanan ideal untuk meningkatkan taraf kesihatan anda./Oketips


4 ulasan: