Isnin, 21 November 2011

Gadis Tanpa Jari Boleh Menyulam di Guizhou



Di sebuah desa kecil etnik Tujia, Negeri Guizhou, China, tinggal seorang wanita muda yang boleh menulis, memasak atau menyulam tanpa jari tangan. Peng Jianya, 24 tahun, kehilangan kedua-dua belah jari tangannya kerana terkena  api  ketika ia masih kecil,lantaran kemiskinan keluarganya tidak mampu membayar kos pembedahan untuknya. Dengan ketekunan luar biasa dan dorongan dari gurunya, ia belajar menggunakan pena dan menulis seperti kanak-kanak lain. 


"Ketika masih kecil, saya tak boleh memegang penyepit. Sukar mempelajarinya dan sangat lama untuk mempelajarinya, tapi saya dapat mengatasinya. Saya sedar semua orang harus berusaha keras untuk setiap usahanya. " 


Setelah berkahwin pada usia 18 tahun, Peng ingin membantu keluarganya mencari nafkah. Ia ingin belajar meyulam tusuk-silang, dan walaupun pada mulanya sangat sukar, ia semakin mahir seiring dengan masa dan latihan. Saat ini, Peng boleh menyulam kurang dari lima saat, dan khabarnya,ia boleh menyelesainya lebih cepat dari seniman yang memiliki jari. 


"Saya kumpulkan beberapa orang untuk menyulam pemandangan indah dikampung kami untuk cendera mata bagi pelancong. Dan juga kami boleh memperolehi wang lebih darinya". Kini banyak pelancong yang berkunjung ke kampungnya untuk melihat kemahiran Peng yang luar biasa itu. /www.duniaunik.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan