Isnin, 21 November 2011

Budak Tadika Melayu Islam Dilatih Jadi Pengganas?


Budak Tadika Melayu Dilatih Jadi P'gnas?


SINGAPURA – Seorang pemimpin muda Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura meletak jawatan apabila kenyataan rasis yang dibuatnya di Facebook menimbulkan kemarahan ramai.
Jason Neo pada Februari lalu memuat naik gambar beberapa pelajar tadika Melayu dalam sebuah bas dan meletakan caption yang berbunyi; “Bas penuh dengan pelatih pengganas muda?”.
Kenyataan pada Facebook itu diketengahkan kepada awam oleh seorang lagi pengguna Facebook berumur 27 tahun, Noor Firdaus minggu lalu yang kurang senang dengan kenyataan berbentuk perkauman itu.
Kenyataan Jason itu menerima 350 komen dalam 30 jam dengan ramai yang kurang senang dan marah dengan tulisan yang menerangkan kandungan gambar itu.
Shatrughan Yadav sebagai contoh berkata, komen Neo itu keterlaluan dan “dia perlu merasa kekuatan undang-undang”.
Seorang lagi, Mohd Alfie berkata; “Pihak berkuasa perlu memastikan individu ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat umum dan secara khusus kepada semua ibu bapa kanak-kanak berkenaan atas apa yang dia telah katakan,”.
Neo telah memohon atas perbuatannya itu dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan