Isnin, 8 Ogos 2011

Petua Ibu Menyusukan Bayi Di Bulan Ramadan

Menyusukan baby ketika berpuasa di bulan Ramadan merupakan cabaran dan ujian besar kepada golongan ibu ni. Justeru, Islam memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan mengharuskan mereka berbuka. Walaupun ada kelonggaran ini, kebiasaannya kebanyakan ibu memilih untuk terus berpuasa. Maklum la..betapa sukarnya nak kena ganti nanti di saat orang lain tak berpuasa. Sedikit petua ni mungkin memberi keyakinan untuk ibu-ibu berpuasa dan menyusukan baby. Petua ni saya jumpa dalam majalah mami&baby edisi Ogos 2010, tulisan oleh Kaunselor Laktasi, Zatul-Hijanah Ramzi. Senang je nak amalkan.. tak memerlukan kos yang tinggi pun. Jom try..

1) Masa nak makan nasi ketika sahur tu.. gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Gumpalan pertama, bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Ulang seperti langkah pertama, ambil gumpalan kedua plak dan bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Begitu juga untuk yang seterusnya. (Masa sebelum makan gumpalan nasi ni..niatkanlah dihati mohon kepada Allah beri kita kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak). Bila dah habis 3 gumpalan nasi tu..bleh la makan macam biasa.

2) Lepas makan sahur, makan buah kurma sebanyak 7 biji. Setiap sebiji yang nak dimakan..dibacakan selawat ke atas nabi sebanyak 1 kali. Baca selawat 1 kali, makan sebiji. Pastu, baca selawat 1 kali lagi makan sebiji lagi. Buat perkara yang sama sampai habis ketujuh-tujuh biji kurma tersebut. So, 7 biji kurma yang dimakan..7 kali la baca selawat. (Sebelum makan kurma tu..niatkanlah dihati mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak).

Selain daripada petua di atas, penulis turut menyarankan ibu-ibu supaya menitikberatkan perkara ni:

1) Jangan tinggal sahur! Sabda Rasulullah s.a.w, Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu mengandungi keberkatan. (Hadith riwayat Al-Imam Bukhary dan Muslim)
2) Cuba minum air yang secukupnya samada pada waktu berbuka mahupun ketika bersahur.
3) Mohonlah kepada Allah agar susu tetap cukup untuk bayi dan kita tetap berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ni, menyusu dan berpuasa..

Diingatkan juga :

- Puasa sebenarnya tidak akan mengganggu penghasilan susu ibu jika ibu masih meneruskan rutin penyusuan dan pemerahan susu ibu.

- Antara punca kurang susu boleh dikaitkan berlakunya dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda2 dehidrasi adalah seperi tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening2 dan rasa haus yang teruk. Namun begitu, dehidrasi ini tidak akan berlaku dan sangat jarang berlaku jika ibu menitikberatkan amalan bersahur dan mengambil makanan yang seimbang sewaktu berbuka mahupun bersahur.

- Konsep penyusuan susu ibu adalah supply & demand (Penawaran & permintaan). Lagi banyak permintaan..lagi banyakla penawaran (susu ibu terhasil). Inilah satu-satunya cara fisiologi yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Oleh itu, penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan sebanyak 8 hingga 12 kali penyusuan dalam sehari walaupun ibu melakukan ibadah puasa. Bagi kebanyakan kes kurangnya penghasilan susu ialah kerana kurangnya rangsangan pada payudara ibu semasa dalam tempoh berpuasa, ibu kurang yakin yang susu badannya ada ataupun ibu percaya susu badannya hanya terhasil sedikit sahaja semasa beliau berpuasa. 

sumber : mamiraysha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan