Sabtu, 20 Ogos 2011

Laman Web Hina Rasulullah Digodam

Kartunis Laknat Kurt Westergaard

DAMMAM: Seorang mahasiswi yang belajar di Amerika Syarikat mengaku bertanggung jawab memusnahkan 23 laman sesawang Denmark yang menghina Nabi Muhammad, menurut laporan Al-Madinah, semalam.

Nouf Rashid berkata, dia menggodam laman sesawang Denmark yang merujuk kepada kartun Nabi Muhammad dan kandungan yang pada pandangannya, meragukan.

Katanya, dia turut memusnahkan beberapa sesawang porno dan menggodam sistem komputer lelaki yang cuba memeras gadis dengan mengugut akan menyiarkan gambar peribadi mereka.
Dia belajar menggodam kerana mahu mencuba sesuatu yang baru di dalam bidang Teknologi Maklumat.

Nouf berkata, dia memasuki dunia penggodaman untuk menyelamatkan seorang gadis dari seorang lelaki yang mahu mengahwini gadis itu dan telah memperolehi foto peribadinya.Kawan kepada gadis itu telah meminta tolong daripada Nouf yang berada di Amerika Syarikat untuk mencari siapa penggodam itu.

“Saya telah menghubungi kawan-kawan penggodam dan belajar daripada mereka cara-cara untuk menggodam internet,” katanya. “Sejak itu saya membantu ramai gadis yang telah diperas ugut melalui gambar peribadi mereka. Dengan izin Allah, saya berjaya pecah masuk ke sistem mereka dan memadam gambar-gambar itu.” katanya.

Kata Nouf, dia berjaya menggodam beberapa laman sesawang Denmark yang memburukkan Rasulullah dan terus menutupnya. 
[HM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan