Sabtu, 20 Ogos 2011

Kisah Gabenor Menjadi Kuli Tanpa Dikenali Oleh Rakyatnya Sendiri

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/salman-al-farisi.jpg

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang memiliki keutamaan dalam hal hidup kesederhanaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Beliau berasal dari negeri Parsi. 

Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jabatan sebagai Gabenor daerah kelahirannya. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. 

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. 

Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.


Tanpa banyak tanya sahabat Nabi yang mulia ini terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. 

Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” 

Terkejut lelaki itu mendengarnya, ternyata orang yang dikasarinya itu adalah Gubenurnya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. 

Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. 

Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darajat dan kedudukan./Tulahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan