Sabtu, 13 Ogos 2011

Jawapan Kita Sebagai Umat Islam..Jika Non Muslim Bertanya



Jika Non Muslim Bertanya kepada Orang Islam


Non Muslim   (NM)   : "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 
Muslim Sejati (MS) : "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" 

NM : "Baitullah tu apa?"...
MS : "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


NM : "Allah ada dalam tu?"
MS : "Tak.."


NM : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
MS : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


NM : "Kamu sembah apa?"
MS : "Saya sembah Allah swt"


NM : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
MS : "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 
NM : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah 
la.."


 Yang Islam Pula Bertanya


MS: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
NM: "Pernah.. selalu.."


MS: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
NM: "Tengok perlawanan bola la.."


MS: "Di mana?"
NM: "Dalam tv la.."


MS: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
NM: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


MS: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
NM: "So..?"

MS: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
NM: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


MS: "Peliknya.."
NM: "Sebab apa pulak pelik?"


MS: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
NM: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


MS: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
NM: "Ya.. tak pelik.."


MS: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
NM: "Erk.. kau betul.."


Jangan skip baca skrip ni..., kalau yang dah pernah baca bagus la....,

Gua dapat dari sumber email opis gua kelmarin..mungkin dah lama ada..tapi gua baru 1st time baca..Jadi dari save dalam email baik gua tepek di blog..yer dak..??

Kalau nak berdebat dengan non Muslim ni selain guna ayat Al-quran kita kena kaitkan dengan ayat yang bagi mereka faham,bukan kita melalak dan memaki hamun tapi tindakan takda.

Kalau geng AMS yang salah seorang ahlinya ialah si makcik apa jadah nama tu..kalau berdebat memang dorang jer yang nak menang..kalau kita kurang ilmu mahu terdiam..
Beza orang islam dan orang kafir ialah sembahyang 5 waktu..,jadi jangan tak solat ek. 


Kredit : Azfar9897

Tiada ulasan:

Catat Ulasan