Isnin, 8 Ogos 2011

Akhirnya Wajah Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar Jua- "Dia Kawan Saya!!"

Salam.
Atas kesedaran dan etika yang saya cuba pegang selama ini (sebagai blogger), apabila sesuatu berita itu ada kesangsian, setelah kita menjadi penyebarnya, maka eloklah cepat-cepat kita perbetulkan jika ada tiba-tiba muncul fakta yang tak berapa nak menyakinkan. Bukan apa, takut nanti bila tersilap mengkhabarkan, ia seperti menfitnah sia-sia aje dapat dosa kering bulan puasa ni... dan faham-faham sahajalah ... dosa fitnah ni macam mana...lebih berat dari dosa berzina atau membunuh orang.

Dan kerana itulah, anda patut baca akan pengakuan seorang blogger ini:


Jadi, siapakah sebenarnya yang tersilap? Adakah Gaysec telah tersilap orang? Atau blogger ini yang tersilap mengenal rakan? Apapun, hendaknya nanti jangan sampai tersilap andaian, tersilap fakta, nanti buruk akibatnya ... dan saya cuba untuk menghalang dari berlaku akibat yang buruk itu.

Difahamkan satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara ini.

Entri ini merupakan kontra kepada entri berikut: Akhirnya Wajah Hajjah Sitt Al-Wazura Terbongkar Jua.

P/s: Terima Kasih bebanyak buat  Hasrul Hassan.

2 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menyebarkannya, semoga apa yang benar dirungkaikan, dan mari sama-sama berdoa agar kita tak tergolong dari orang yang menyebarkan fitnah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Sama-sama.saya pun agak sangsi dengan cerita tu, kalau betul oklah...kalau tidak,maka sia-sialah ... dosa pun dapatkan..terima kasih bro.

    BalasPadam