Rabu, 25 Mei 2011

Mari Belajar Sifat Haiwan Paling Rakus Di Dunia.

10. Ulat Beluncas;


Ulat ini mungkin yang terkecil di antara 10 haiwan lainnya. Ulat ini dikenali sebagai "eating machine". Sepanjang menjadi ulat, ulat ini akan memakan daun-daun dengan amat rakus. Membesar 1000 kali hanya dalam masa 2 bulan. Persiapan sebelum berubah menjadi kupu-kupu yang indah.
9. Paus Biru;


Dengan berat 200 ton dan panjang 100 kaki, paus biru bukan hanya haiwan terbesar di planet bumi, mungkin haiwan terbesar yang pernah ada. Makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya 1 inci). Paus biru memerlukan 40 juta krill sehari... nampak tak kerakusannya...
8. Burung Kolibri;

Haiwan ini memerlukan makanan setiap 10 minit sekali. Dengan sayap yang berkepak sebanyak 200 kali tiap minit dan jantung yang berdetup 1200 kali tiap minitnya, Kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon. Rakusnya... setiap 10 minit nak makan jer...
7. Kodok Mulut Lebar Argentina;

Juga dikenali sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini sangat tidak gentar maupun takut semasa menyambar makanannya. Haiwan ini makan apa saja seperti tikus, kadal kecil dan ular. Malah kerana rakusnya, perutnya boleh robek kerana kekenyangan.
6. Ular Piton;

Haiwan tidak berkaki ini boleh menelan makanan yang lebih besar daripada kepalanya sendiri. Ular ini memiliki sistem pencernaan yang perlahan, maka piton memerlukan masa yang lama untuk makan lagi, kira-kira dalam beberapa hari malah mencapai bulan.
5. Kelawar Vampire;

Haiwan "imut" ini besarnya hanya seperti lengan orang dewasa, tapi gigi tajamnya boleh merobek pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 sudu teh sekali gigit. Haiwan ini sebelum menyedut darah, dia akan "mengencingi" mangsanya terlebih dahulu.
4. Tasmanian Devil;

Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan sebanyak 40% berat tubuhnya hanya dalam tempoh 30 minit. Mungkin biasa sahaja, tapi sebenarnya jika dibandingkan dengan manusia, sama saja dengan manusia yang melahap 216 hamburger dalam tempoh yang sama. Betul2 rakus punya binatang nih... grrrrr....
3. Burung Pemakan Bangkai;

Burung ini merupakan karnivor nombor satu. Makanannya adalah daging, hanya daging dan cuma daging walaupun daging itu terhidang "setengah matang" ataupun sudah membusuk. Burung ini akan melahap bangkai binatang sebanyak mungkin, secepat mungkin, sehingga beratnya menjadi 20% lebih berat selepas makan. Burung nih... bukan kira halal haram beb...
2. Babi;

Haiwan ini sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Satu fakta tentang babi ini ialah suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najisnya.Walaupun begitu ramai yang suka memakannya..pelik tapi benar.Sedap gamoknya kata ko.

1. Hiu Macan;


Haiwan buas ini akan memakan apapun yang ada di depannya, dari kasut, piring hingga serpihan kelengkapan perang pernah ditemui dalam perutnya. Kadang kala juga haiwan ini menggigit sesuatu yang mustahil dikunyah. Kerakusan hiu macan ini sebenarnya telah dimulai sebelum lahir ke dunia bawah laut. Di dalam perut ibu haiwan ini, haiwan ini saling lahap melahap antara satu sama lain.
Sumber : Tulahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan