Selasa, 17 Mei 2011

Berbanggalah Kamu Wahai Guruku

Assalammualaikum, Cikgu.. Salam diucap bertanya khabar dan doa untuk semua para pendidik diseluruh alam semesta.Salam itu guruku lah yang mengajarku sejak dari kecilku, salam itu yang banyak  manfaatnya, selain itu katanya..  supaya kita tidak digelar bangsa yang kurang ajar dan tak berUgama.



Mereka mengatakan GU itu satu yang GELAP
Manakala RU itu membawa kepada CAHAYA
GURU= Membawa dari tempat yang GELAP.(kejahilan,jumud@mental Blok)
kepada tempat yang TERANG Dan BerCahaya (ilmu & Hikmah)
Akupun Harap kalian semuapun begitu jualah

Cikgu, Ustaz,Ustazah, Tokguru, Sifu dan Teacher
Walau apapun gelaran pada mu
Kalian semuanya tetap guruku

Tak kira apa yang kamu ajar pada ku
dari pelajaran Agama ,metamatik,menyanyi berlagu mahupun memandu
Kalian Semuanya tetap guruku

Ahmad, Siti, Raju, Kumari, Ah Long mahupun Mary dan Higamaru
Tak kiralah siapa namamu 
Kalian semuanya tetap guruku

Walau kita berlainan Agama , Bangsa, Adat resam, Budaya mahupun pegangan Politik
Dan kadangkala kita kerap tak sebulu
Namun Kalian semuanya tetap guruku

Ada orang yang  mengatakan kenapa biarkan orang luar @ kafir menjadi gurumu ?!
Ilmu itu maklumat, dicerna dan ditimbang diminda, petunjuk dan jawapan suci terletak diqalbu
Aku tetap yakin dengan jawapanku
sebab ku pegang kata-kata Imam As Syafie ku
 As Syafie pun mengaku ada antara gurunya seorang Yahudi kau tau?

Muhammad Nabi ku itu pun berguru
dari Malaikat Jibrail pembawa wahyu itu
Tanpanya tidaklah kita semua kenal dan tahu tuhan yang Maha Satu
Yang ilmu NYA  tak kita  terhitung itu,  tidakkah kita mengambil tahu ?

Semua Makhluk didunia  mempunyai guru dan menjadi guru
Sedar atau tidak  sedar sama ada kamu ke sekolah atau tidak... kamu tetap ada guru
Adakalanya  Manusia  yang lemah, Haiwan dan Alam ini juga adalah  guru mu
Itu pun kalau kamu tidak Sombong dan rasa ingin ambil tahu!

Bangun Semua ...Te ri ma  Ka sih CIK GU !

P/s: Buat Isteri ku yang juga seorang guru ,Abang Doakan semoga Allah menyembuhkan  Sakitmu itu dan Aku tetap selalu menjadi rakan karibmu dan tetap disampingmu,InsyaAllah. Aku gurumu dan kau jua guruku..Zikir ingat Allah Selalu hanya itu pesanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan