Jumaat, 18 Februari 2011

Wajah-Wajah Bilionair Malaysia


KUALA LUMPUR - RajaGula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion,demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.
Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.
Sumber: Kosmo 

Siapa yang paling kaya 

Memiliki harta yang melimpah-ruah belum tentu menjadikan seseorang itu bahagia .
Lantas, siapakah yang  sejatinya paling kaya di dunia ini ?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Jika kamu berada dalam keadaan yang sihat, keamanan terjaga, dan mempunyai makanan ketika itu, kamu sudah memiliki  seluruh dunia".
( Hadis  riwayat Ibnu Majah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan