|  | 
| Sawah padi yang menarik di jepun! | 
Assalamulaikum, Kali ini Saya nak kongsi  gambar-gambar menarik dari jepun. Kali ini Sawah padi warna-warni di  jepun. Untuk pengetahuan, jepun juga mengeluar padi dan nasi adalah  sumber makanan utama di jepun. Ritual yang dipanggil "kigansai" adalah  sebagai berdoa untuk tuaian yang memuaskan. Perayaan ini diadakan di  Istana Maharaja. Jom kita tengok!
Seni dalam penanaman padi yang unik ini semakin nampak cantik bila  hampir tibanya musim menuai.Ini semuanya bukan perbuatan Alien ya!Kalau  dilihat daripada gambar-gambar awal tadi,petani-petani sendiri yang  menanam padi mereka tanpa peralatan moden tetapi bergantung sepenuhnya  dengan alatan tradisional.
Para  petani ini tidak langsung menggunakan dakwat ataupun warna.Sebaliknya  jenis padi yang mempunyai warna yang berbeza di susun dengan tepat dan  begitu teliti di atas petak sawah.Seni dalam penanaman padi ini semakin  menyerlah bila hampir tiba musim menuai.
|  | 
| Napoleon Bonaparte yang sedang menunggang kuda. | 
|  | 
| Pahlawan kuno Jepun, Sengoku yang menunggang  kuda; terhasil daripada ratusan ribu pokok padi. Warna-warna yang  terhasil merupakan jenis padi yang berlainan.Gambar ini diambil di  Inakadate , Jepun. | 
|  | 
| Pahlawan dongeng Naoe Kanetsugu dengan isterinya, Osen. | 
|  | 
| Pandangan dari jarak dekat | 
Sebenarnya penanaman padi secara mural merupakan salah satu cara  penduduk Jepun dalam menggalakkan penanaman semula. Dan ternyata usaha  ini berjaya! Ramai dari penduduk kampung  bermain lumpur semasa  penanaman padi.Usaha penanaman padi secara mural telah mula awal,  bermula tahun 1993. Pada tahun 2008, penggunaan komputer mula digunakan.  Korang dah habis baca dan tengok? Sila share artikel menarik ini dengan  rakan-rakan./Aliffcullin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan