Sekali pandang, memang tak kan perasan akan cobaan puak puak yang cuba menyuntik jarum jarum halus ketabrakan resam dan larangan agama Islam nan suci natijah kebiasaan umat ini sejak akhir akhir ini untuk melanggar norma norma Ad Deenullah kita.
Cuba    kalian perhatikan cacah cacah tatu dilengan dan dikaki imej manusia    'rockers' ini sujud mengadap Ilahi siap bersongkok lagi! 
 Memang    jika kita mahu, boleh saja kita bersangka baik dan menganggap paparan    e-kad ucapan Aidilfitri ini sebagai menggambarkan seorang yang   dahulunya  sesat jauh dari garis panduan Agama Islam kita nan teramat   suci kini  sudah bertaubat dan mahu kembali membetulkan diri, menyerah   diri  terhadap Ilahi? 
 Namun    disebalik persangkaan baik itu yang memang sangat sangat dituntut    didalam agama kita, kita harus berwaspada akan kecenderungan segelintir    dari masyarakat kita untuk meniru membuta tuli gaya hidup sesat dari    Barat diatas nama 'vogue' dan 'trendy'.  
 Rasulullah    Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda memperingatkan kita, umat    Baginda Rahmatulil Alamin agar berwaspada akan kecenderungan umat    Akhirul Zaman ini dari terpedaya dengan cara dan kelaku Kaffir. 
  Perbuatan ini digelar 'bertasyabbuh' yang membawa maksud 'menyerupai diri'.    Bagi anda yang teliti tentang hal ehwal bersangkutan dengan suruhan   dan  larangan agama kita ini, sudah tentu faham akan bahaya menerima apa    sahaja kelaziman kuffar yang sedikit sebanyak akan menghakiskan   pegangan  kukuh kita pada sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan   juga  larangan berkaitan yang berpasak kepada adat dan resam masyarakat   kita  yang berasaskan panduan agama. 
  Maka,    seharusnya usahlah kita membiarkan diri kita, anak isteri kita,   saudara  mara kita terikut ikut dengan mana mana kebiasaan orang orang   kaffir. 
 Dewasa    ini Tok Mamu melihat kecenderungan umat Islam kita terutama dari    kalangan kaum Melayu dan India Muslim untuk pergi mengupah para pelukis    inai mencorakkan tangan tangan serta kaki mereka dengan corak corak    berunsur bentuk bentuk dan motif motif yang selalunya terdapat didalam    kefahaman penganut penganut kefahaman Hindu. 
 Ini    termasuk didalam bab yang boleh membawa kepada perbuatan yang  dilarang   Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. Sudah ada kes kes  dimana  umat  Islam dari kalangan bangsa Melayu dan India Muslim terikut  ikut  memakai  pakaian orang orang kaffir sampaikan kepada tanda 'pottu'   di  tengah tengah dahi penganut Hindu turut dipakai dengan alasan  ingin   menghidupkan suasana 'muhibbah' dan kini berubah rupa menjadi    '1Malaysia'. 
  
Semua ini boleh menghampirkan seseorang itu kepada kecelaruan didalam beragama dan dikhuatiri boleh mengelirukan mereka yang lemah didalam pengetahuan asas didalam Ad Deenul Islam keliru akan yang mana boleh dan yang mana pula tidak menurut Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.
  Semua ini boleh menghampirkan seseorang itu kepada kecelaruan didalam beragama dan dikhuatiri boleh mengelirukan mereka yang lemah didalam pengetahuan asas didalam Ad Deenul Islam keliru akan yang mana boleh dan yang mana pula tidak menurut Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.
Didalam Surah Al Baqarah ayat ke 120, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman:

Transliteration
Walan    tarda AAanka alyahoodu walaannasara hatta tattabiAAamillatahum qul   inna  huda Allahi huwa alhudawala-ini ittabaAAta ahwaahum baAAda   allathee  jaakamina alAAilmi ma laka mina Allahi min waliyyin walanaseerMalay
Orang-orang    Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka  kepadamu   (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang  telah   terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya  petunjuk Allah   (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi  sesungguhnya jika   engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah  datangnya (wahyu yang   memberi) pengetahuan kepadamu (tentang  kebenaran), maka tiadalah engkau   akan peroleh dari Allah (sesuatupun)  yang dapat mengawal dan memberi   pertolongan kepada mu"..Sebenarnya    terlalu banyak larangan untuk kita menyerupai perbuatan atau  kelaziman   kuffar namun angkara kejahilan ummat Akhirul Zaman ini  ditambah dengan   kealpaan para pemerintah untuk mengekang atau  membanteras pelanggaran   pelanggaran hukum hakam agama Islam kita, maka  kebanyakan umat Islam   negara kita ini semberono sahaja mengikuti gaya  dan cara kaffir samada   secara sedar mahupun tidak. 
  
Sikap menganggap bahawa perbuatan perbuatan ini bukanlah dosa dosa besar membawa kepada natijah 'alah bisa tegal biasa'. Jika sering meniru niru perbuatan orang orang kaffir lama kelamaan si Muslim yang jahil akan menganggap perkara tersebut 'takde hal punya!'.
  Sikap menganggap bahawa perbuatan perbuatan ini bukanlah dosa dosa besar membawa kepada natijah 'alah bisa tegal biasa'. Jika sering meniru niru perbuatan orang orang kaffir lama kelamaan si Muslim yang jahil akan menganggap perkara tersebut 'takde hal punya!'.
Maka    mulalah ia mengambil mudah sahaja terhadap segala larangan larangan    Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan berlakulah perbuatan melanggar    norma norma kehidupan seseorang Muslim seperti mencacah tatu, bertindik    hidung dan telinga serta lain lain perbuatan yang diharamkan didalam    ajaran ajaran Islam kita. 
  Jangan sampai berakhir macam kat bawah ni pula! 
E-kad    diatas ini cuma merupakan satu simbol atau contoh akan perumpamaan    maksiat menyusup masuk secara halus didalam peradaban semasa kita.    Mencegah itu lebih baik dari membiarkan ia parah! Berwaspadalah tuan    puan dari terikut ikut dengan arus 'hentam sajalah' bilamana ia    melibatkan jatidiri kita sebagai umat Muhammad Sayyidul Mursalin! 
  Nabi    pernah berpesan supaya kita berhati hati terhadap maksiat dan    kekhurafatan seumpama semut hitam yang merayap di malam nan gelita. 
Apakah masyarakat kita akan mahu mematuhi pesanan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam?




Tiada ulasan:
Catat Ulasan