 KL: Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng  (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
KL: Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng  (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.Paderi  berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak   toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Wen  Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia,  di  sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan  homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan  pengamalnya  boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi itu  berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika  Syarikat,  Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit  pementasan  Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat  (AS).
Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
"Kami  merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari  Kemerdekaan  Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya,"  kata Wen Feng.  - Reuters 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan