Tidak kenal, maka tidak cinta.
Begitu juga kitab al-Quran, sesiapa yang tidak mengenalinya, tidak akan mencintainya. 
Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi
al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui (surah an-Naml: ayat 6)
Penurunan al-Quran sejak lebih  1400 tahun lalu adalah peristiwa penting dan sangat agung pada bulan  Ramadan. Penurunannya telah membawa berperanan mengubah kehidupan umat  manusia seluruhnya dan sangat relevan sepanjang masa.
Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?
Nuzul (nazala- kata dasar dalam  bahasa arab) yang diambil daripada perkataan bahasa Arab maksudnya  sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah ,  mukjizat yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad  s.a.w.
Jadi istilah Nuzul al-Quran  boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah  sebagai petunjuk kepada umat manusia seluruh alam.
Bila Al-quran diturunkan / waktu nuzul Quran ?
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Allah menjelaskan dalam surah  al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai  “Lailatul Qadr”, asas daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah  al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik  daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam  tersebut untuk mengatur segala urusan.
Surah al-Qadr ini pula  diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah,  iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke  Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun  iman yang lain.
Namun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan.
Namun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan.
Cara bagaimana al-Quran diturunkan ?
Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia NAMUN diturunkan tidak sekali gus  malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, kerana oleh Allah  menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang  Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali  turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan  hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara  ansur-ansuran) .”


Peranan dan fungsi kitab Al-Quran
-Sebagai Petunjuk dan cahaya kepada semua manusia - panduan sepanjang zaman.
-Rujukan supaya tidak sesat kerana ia relevan sepanjang hayat.
-Mampu memberi ketenangna dan pemahaman tentang semua ciptaan dan kejadian.
-Rujukan supaya tidak sesat kerana ia relevan sepanjang hayat.
-Mampu memberi ketenangna dan pemahaman tentang semua ciptaan dan kejadian.
-Sumber  ilmu pengetahuan- mengandungi pelbagai ilmu kimia, astronomi , agama,  biologi , geografi , sejarah dan bahasa .selain ilmu kehidupan amnya.
Sebagai contoh :
Sebagai contoh :
Surah al-Mukmin ayat 14:“kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging,dan segumpaldaging itu kami jadikan tulang belulang,lalu tulang – belulang itu kami bungkus denagn daging.kemudian kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk)lain. Maka maha suci allah pencipta yang paling baik”.
-Malahan  mampu menyatukan kita semua  dan membina tamadun serta mengulangi  kecemerlangan islam dahulu jika benar menghayatidan memahami serta  mempelajari 1001 rahsia isi kandungannya.
-Selain itu tujuan ia diturunkan  untuk menyelamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan  kebenaran kerana di akhir zaman akan wujud fitnah-fitnah yang  berleluasa.
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”
Sumber : Arnamee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan