
Claire de Oliveira (AFP)
RIO DE JANEIRO, 23 Ogos:  “As-salam-aleikum!” Ucap Omar kepada para jemaah semasa memasuki masjid  pertama di Rio iaitu Mesquita da Luz selepas beliau berbuka puasa.
Itulah  antara bahasa Arab yang Omar tahu dan beliau terus meneruskan  perbualannya dalam bahasa Portugis bersama rakan-rakan Islam yang lain,  yang sepertinya baru memeluk agama tersebut di dalam negara terbesar  penganut Kristian Katholik.
Di  tanah yang lebih terkenal dengan bikini-mini dan karnival mewah yang  memaparkan wanita yang berpakaian jarang, satu kumpulan kecil dan sedang  bertambah besar orang Brazil dari pelbagai kaum telah memeluk agama  Islam.
Untuk berdekad, hanya keluarga berketurunan dari Libya, Palestine dan Syria yang mengamalkan Islam di Brazil.
Omar,  sehingga empat tahun yang lepas merupakan seorang paderi di satu gereja  tempatan, menceritakan mengapa beliau memeluk Islam.
“Dalam  Islam, saya menjumpai semua benda yang tengah saya cari.  Saya jumpa  Tuhan sebagaimana yang Dia mahu, tanpa sebarang pengubahsuaian,” kata  Omar, 34 kepada AFP.
Berpakaian  jubah djellaba tradisional lama, beliau enggan memberikan nama sebenar,  tetapi hanya memberikan nama Muslim beliau: Omar Israfil Dawud bin  Ibrahim.
"Pada  masa ini, anda akan belajar bahawa Islam adalah salah satu agama  monoteistik. Tidak ada prejudis terhadap agama ini," kata Omar, yang  berada di sisi isterinya Alessandra Faria, yang menggunakan nama  “Fatima” selepas memeluk Islam dan membuat keputusan untuk mula memakai  tudung.
“Pada  permulaannya, ibu saya amat takut untuk berada di luar dengan saya.  Saya pakai tudung untuk menunjukkan saya Muslim dan sedar bahawa saya  adalah sebahagian daripada golongan minoriti,” kata Fatima.
Hijab  Fatima mungkin menarik perhatian kerana ia sangat ganjil di Rio, yang  rata-ratanya lebih lumrah melihat wanita-wanita berjalan hanya dalam  bikini-mini di tepi laut, namun beliau percaya kepercayaannya akan ada  tempat di Rio.
“Brazil ialah satu tempat pelbagai budaya. Campuran ini menyebabkan orang Brazil sedang beradaptasi dan toleransi.”
Seperti  umat Islam di sini, Omar and Fatima adalah orang baru dalam Islam.  Mereka bercadang untuk melawat negara Arab Saudi tahun depan dengan satu  grant (biasiswa) dari kerajaan Saudi untuk belajar bahasa Arab.
Pengubahsuaian  dan penambahbaikan masjid yang mereka kunjungi di bahagian pedalaman  Tijuca, utara daripada Rio telah bermula sejak empat tahun yang lalu  dengan derma daripada para jemaah. Masjid itu dijangka dapat menampung  400 orang semasa waktu sembahyang, satu kenaikan taraf yang ketara.
“Bilangan  umat Islam semakin bertambah, dan ramai orang Brazil telah bertukar ke  Islam. Kita mencari ahli baru secara online,” kata Sami Isbelle,  jurucakap kepada Beneficent Muslim Society (SBMRJ).
“Di  Rio, terdapat 500 keluarga Muslim, 85 peratus daripadanya adalah orang  Brazil yang bertukar agama tanpa ada sebarang pertalian dengan Arab,”  kat Isbelle.
Berlainan  pula di Sao Paulo dan bahagian selatan Brazil, di mana kebanyakan umat  Islam adalah dilahirkan sebagai Islam dan berketurunan Arab.
Banci  Brazil tidak mengambil kira bilangan umat Islam, tapi hanya  mengeluarkan data mengenai Katolik, evangelicals Kristian, orang-orang  Yahudi, Spiritualists dan pengikut agama Afro-Brazil.
“Muslim  dikategorikan dalam senarai ‘agama lain-lain’ bersama Buddha, sebagai  contoh,” kata pakar Islam Paulo Pinto dari Fuminense Federal University,  yang menganggarkan Brazil ialah kediaman untuk sejuta umat Islam.
Indikasi  terbaik terhadap perkembangan Islam di negara ini ialah dalam  peningkatan tempat beribadat, menurut Pinto. Sekarang ini terdapat 127  masjid, empat kali lebih banyak berbanding tahun 2000.
Selepas  serangan September 11 di Amerika Syarikat, “ada perkembangan minat  terhadap Islam dan ramai yang ingin memeluknya,” tambah Pinto. “Islam  kini dilihat sebagai satu bentuk rintangan yang baru.”
Namun,  ia adalah “telenovela” atau satu drama (soap opera) yang dilancarkan  tiga minggu selepas serangan 2001, “The Clone” yang menyemarakkan minat  orang Brazil terhadap Islam.
Bertempat  di Morocco, drama popular itu telah menunjukkan “imej positif di  bahagian tersebut di dunia, dengan satu wira Muslim yang baik hati,”  kata Pinto.
"Terdapat  kecenderungan untuk berfikir bahawa budaya Brazil, sebagai liberal dan  sensual seperti yang sedia ada, adalah bertentangan dengan kaedah-kaedah  Islam. 
"Tetapi  yang sebenarnya, terdapat banyak kaedah-kaedah konservatif yang  sebahagiannya daripada kawalan moral dan seksual. Lihatlah berapa banyak  evangelicals Kristian yang berjaya di Brazil! "
Sumber: harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan