Khamis, 2 Januari 2014

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam

Sumber foto :google

Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.

Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit.

Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem pernafasan.

Zat methalonids akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga 35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini juga didapati sangat sedikit.

Oleh itu, para penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.

Dari penyelidikan, jika mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan dapat tercapai dengan baik .

Pada suatu masa lalu, para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam Al-Quran. Dia mencari kata " tin " disebutkan sebanyak satu kali dan kata " zaitun " secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara tersirat. Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun menyatakan memeluk Islam.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan