Isnin, 11 November 2013

Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”

Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga, “I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.

Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun 1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama.


Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahawa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.” -adaptasi dari islampos 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan