Jumaat, 29 November 2013

Berapa Cantikkah Engkau?

Cantik, sebutan kehormatan bagi wanita dan pujian yang membuktikan bahawa kewujudan mereka diiktiraf. Cantik adalah nilai lebih yang membuat seorang wanita lebih berharga. Cantik bukanlah semata hadiah dari Allah, kecantikan itu boleh kita wujudkan, boleh kita munculkan. Namun semua itu pasti tidak mudah. Butuh usaha keras, kekuatan niat dan kesungguhan hati.

Wanita itu cantik jika berilmu. dia tidak hanya menonjolkan emosi dalam berdebat, melainkan kedalaman ilmu yang memikat. 


Dia tidak hanya pandai dalam teori namun boleh mempraktikannya secara terperinci. Dia menerangi sekitarnya dengan ilmu yang dimiliki, namun tidak pernah kedekut untuk berkongsi. 


Dengan ilmu itu, mereka tunduk kepada Allah. Kerana pengetahuan itulah, mereka memilih menjadi hamba yang bertakwa.
Tidak hanya sekadar ikut, namun selalu mengkaji ilmu Allah dengan lebih runut. 


Tindakannya berdasarkan ilmu, bukan pendapatnya peribadi, apalagi hanya sekadar emosi diri. 

Ilmu itu membuat hatinya tunduk, nafsunya lebur, dan perilakunya teratur.

Wanita itu cantik jika mempunyai rasa malu. Malu mempertontonkan dirinya dengan sebegitu murah, dan malu jika tidak boleh menjadi hamba yang patuh dan amanah kepada tuhannya. Mereka yang malu akan senantiasa menjaga diri dari dosa. Lihatlah betapa kemudian mereka sangat berharga. Sesiapa yang akan mendekat kepadanya, akan merasa malu dan merasa harus menyiapkan sebuah kehati-hatian. Rasa malu itu yang akhirnya mengangkat darjatnya sendiri, dengan lebih tinggi tentunya.

Wanita itu cantik jika mereka cerdas. Cerdas untuk tidak berbuat bodoh dalam merendahkan kehormatan mereka sendiri. 

Cerdas untuk menata kata, dan menempatkan diri dalam pelbagai situasi. Semua makhluk pastilah tahu, bahawa wanita adalah tentang perasaannya, namun wanita cantik nan cerdas itu sangat memahami bila harus menggunakan logikanya. 

Maka akan dijauhinya keluhan, tuntutan dan keresahan yang akan membuat segala urusan terasa semakin sukar. 

Lihatlah betapa kecerdasannya dalam menata akhlak. Tidak ada hasut dan fitnah dilidahnya. tidak ada buruk sangka dihatinya. Dia pandai memerdekakan batinnya dengan kebaikan. dia pandai menutupi kekurangan dengan kelebihan.

Dia bersosial namun tetap dalam batas. Dia bergaul namun tidak lebur, dia menuntun sesamanya untuk selalu menuju kebaikan. Kehadirannya adalah berkah bagi manusia di sekitarnya.
Lihatlah cara cerdas mereka dalam mengendalikan diri. Walaupun akalnya sering kali dikendalikan oleh emosi, namun kuatnya iman menuntunnya untuk menjadi lebih indah.

  Dia tidak minder untuk tampil berbeza. Beza dengan wanita kafir yang bertindak diluar batas dan tidak tahu bila mereka harus berhenti. Allah SWT sudah cukup menjadi penggera bagi mereka. Dan maha melihatNya, sudah boleh untuknya merasa selalu diawasi. 

Wanita cantik itu ... Mereka tahu mereka bukanlah bidadari yang sempurna, namun kekurangannya dia tutup dengan menonjolkan kelebihan, dan beristigfar terhadap kekurangan.

Mereka pun tahu betapa susahnya untuk menjadi cantik, namun itu tak menghalang mereka untuk selalu memperbaiki diri.
 
Maka ketahuilah saudariku, kecantikan adalah definisi dari wanita solehah. Walaupun mereka kurang dalam fisiknya, namun akan lebih dari segi iman dan akhlaknya. Tidak ada di dunia ini yang lebih cantik selain dari wanita yang solehah. 

Carilah, buktikan namun tidak akan kita temui selain kecantikan itu ada dalam diri mereka yang sholihah. Persis seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW,

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).
 
Kecantikan tak hanya sebatas fizikal, dan bagusnya kulit ari kita. Namun kecantikan itu adalah seberapa dekat kita dengan Allah SWT, dan seberapa selesa manusia berada dekat dengan kita. Maka benarlah jika sebaik-baik wanita, adalah mereka yang solehah.Lalu apakah kita termasuk didalamnya? marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri ... (Syahidah / voa-islam.com)

Jadi, perlukah lagi kau masuk pertandingan ratu cantik itu sayang...?!


 

Sudahkah Anda Bersyukur Hari Ini ???

...Sudahkah Sahabatku fillah bersyukur hari ini....



...Sudahkah Sahabatku fillah bersyukur hari ini....

♥~* Orang yg buta..... 
memendam keinginan untuk menyaksikan dunia,

♥~* Orang yg tuli..... 
memendam keinginan untuk mendengar suara.

♥~* Orang yg lumpuh..... 
memendam cita-cita untuk dapat berjalan walaupun hanya beberapa langkah.

♥~* Orang yg bisu..... 
memendam cita-cita untuk berkata walaupun beberapa perkataan.

:: Sedangkan anda lebih daripada mereka...., 
bisa melihat, bisa mendengar, berjalan & bisa berbicara....^^

" Maka nikmat Tuhan Kamu yg manakah yg kamu dustakan "..?

~* Alhamdulillah.....

**Maka, pandai-pandailah anda bersyukur kepadaNYA....**

Salam santun ukhuwah penuh cinta..

♥~* Orang yang buta.....
memendam keinginan untuk menyaksikan dunia,


♥~* Orang yang tuli.....
memendam keinginan untuk mendengar suara.

♥~* Orang yg lumpuh.....
memendam cita-cita untuk dapat berjalan walaupun hanya beberapa langkah.

♥~* Orang yang bisu.....
memendam cita-cita untuk berkata walaupun beberapa perkataan.

:: Sedangkan anda lebih daripada mereka....,
boleh melihat, boleh mendengar, berjalan & boleh juga berbicara....^^

" Maka nikmat Tuhan Kamu yg manakah yg kamu dustakan "..?

~* Alhamdulillah.....

**Maka, pandai-pandailah anda bersyukur kepadaNYA....**

Salam santun ukhuwah penuh cinta..

Allah Ta'ala berfirman, "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim: 7)

Lalu bagaimana cara bersyukur yang benar agar janji Allah Ta'ala tersebut benar-benar terwujud? 





kredit:mujizatsholat.blogspot.com

Khamis, 28 November 2013

Mekanik Pesawat Boeing Hancur Disedut Dalam Enjin..



Memang Ngeri!!! Untuk cabaran seorang mekanik pesawat atau kapal terbang.Kejadian ngeri ini berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas.Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen..

Menurut info, proses menyenggarakan enjin sebelah kanan sedang dijalankan.Dalam masa yang seorang mekanik telah disedut dalam enjin tersebut.Selepas siasat,menunjukkan mangsa yang disedut dalam enjin 
tersebut ialah seorang mekanik yang bekerja sebagai pembekal syarikat penerbangan tersebut










papankekunci77

Ahad, 17 November 2013

Nombor Telefon Para Ustaz dan ilmuan Untuk Rujukkan Kita Semua


Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
gambar dari: www.budiey.com

Berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk sebarang rujukan jika perlu :
P/A Ustaz Azhar Idrus 019-988 6160
P/A Ustaz Dr.Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim 013-2328084
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 0199441881
Ustaz Hanafi Abdul Malik 013668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim 019336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed 0193538554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 0192602700
Ustaz Mohamad Abdullah 0193641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 0192202355
Ustaz DrDanial Zainal 019456 6580
Ustaz Rohidzir Rais 019545 2750
Ustaz Roslan Mohammad 012383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah 0133735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri 0124819378
Ustaz Halim Din 0122701066
Ustaz Fauzi Mustafa 0192661484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri 0126822797
Ustaz Sabri Omar 0177060489
Ustaz Shukri Ali 0139222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin 0139207121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP 0149693959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 0132570400
Ustaz Zamri Zainuldin 0192707303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh 0193292757
Ustaz Zul Ramli 0132260018
Ustaz Syed Abd Kadir 0177770282
Ustaz Syed Nor Hisyam 0193310719
Ustaz Wan Akashah 0193576445
Ustaz Hasnil 0133974600
Ustaz Haslin 0126926446
Ustaz Jazlan 0197007667
Ustaz Adlan Abd Aziz 0197105167
Ustaz Badlishah 0139330660
Ustaz Dr Lokman Ibrahim 0139355277
Ustaz Dusuki Ahmad 013321 3775

Simpan nombor telefon ini untuk rujukan pihak tuan-puan bagi jemputan ceramah/program.
Boleh kongsi kepada mana-mana AJK Masjid/Surau/JKKK tempat masing-masing..Moga bermanafaat.


Sumber:  Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

Isnin, 11 November 2013

Hukum Mengumpulkan Duit Kertas Baru & Lama Sebagai Koleksi

Soalan :

Assalamualaikum ustaz..

saya ada persoalan..
saya merupakan peminat dan pengumpul banknote (duit kertas) dan coin lama dan baru sebagai koleksi..

kemuskilan saya adalah apakah hukum menjual dan membeli duit-duit ini?

yang baru dan yang lama..
yang baru dan masih digunakan..
dijual kerana ianya adalah keluaran no siri terhad..
harap dapat sedikit penjelasan dari ustaz..

terima kasih
Jawapannya :

Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut.

Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut.

Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :
  1. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.
  2. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.

Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :
  1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
  2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.
  3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
  4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Kesimpulannya

Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.


Ustaz Nor Amin
 

Ustaz Fitri Abdullah- Kisah Benar Bekas Penganut Hindu

 

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ini kita dengar kuliah Ustaz Fitri Abdullah kisah benar beliau memeluk agama Islam.
Semoga manfaat kepada semua. kerna hidayah milik Allah,Wallahualam.

 


 Kredit: http://pemudattbc.blogspot.com

Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”

Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga, “I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.

Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun 1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama.


Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahawa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.” -adaptasi dari islampos 

Gambar Terkini Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Didedah

 
Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.
 
 

 
Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans.
 
 http://bloginfo4uall.blogspot.com