Ahad, 13 Oktober 2013

Petua Menghilangkan Lendir Hingus Pada Bayi



Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doktor?

Puan boleh melakukan perkara di bawah :


• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika anak puan mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

NOTA KESIHATAN DARI http://drzubaidi.com/blog
Dan Berbagai Petua lagi.
  • Untuk anak-anak saya pula,papa dia yang rajin buat...tapi tak sedut..hembus dekat hidung anak, dgn cara tutup sebelah lubang hidung anak lepas tu hembus...

    Ada petua nak hilangkan selesema ni boleh amalkan petua orang-orang tua ini. Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi. cuba la ye.

    Cara tradisional pulak.. ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je..insyaallah memang cepat lega..anak saya yg sulung memang buat macam tu bila dia selsema atau hidung tersumbat..sudah 3 tahun anak tak pernah langsung saya ambik ubat selsema...alhamdulillah.kalau masih bayi pun dia tak kembung walaupun hanya kerap dihidu aje.....selamat mencube:)

    Salam.tak tahulah kalau petua ni membantu atau tidak untuk awak hilangkan lendir anak selsema..kalau saya,cara yang mak ajar suruh sedut hingus anak tu guna mulut kita bagi semua lendir keluar..kalau sahabat rasa geli..boleh beli alat untuk sedut tu..jadi saya pun ada beli juga alat sedut tu yang dikenali Parent&Child Nasal Aspirator...tidak mahal pun alat sedut hingus tu cuma belasan ringgit jer..saya guna memang berkesan lah..selamat mencuba.
    http://www.drypers.com.my/ms/Komuniti/Forum/Ruangan/Topik/?topicId=86217
     
     
    Segala petua untuk amalan biasa sahaja,ada kadangkala jadi, ada kalanya tidak kita cuma ikhtiar sahaja. Jika sakit bayi,anak atau anda sendiri berlarutan sila jumpa doktor, pakar anda secepat mungkin,sebab sekarang ini berbagai jenis selsema yang pelik-pelik kunjung tiba pada kita. Contohnya Selsema burung, selsema Khinzir dll selsema lagi.
     
 Bayi Baru Lahir: Tips Atasi Hidung Tersumbat
Saat hidung bayi yang baru lahir (0 - 3 bulan), Bunda biasanya panik dan bingung. Benarkah, bayi baru lahir tidak boleh diberikan balsem pelega nafas. Adakah cara selamat untuk membantukan bernafas lancar kembali?
 
Lendir mengering. Hidung tersumbat adalah gejala awal influenza atau selesema. Hidung bayi biasanya banyak mengandungi lendir di saat-saat seperti ini. Tapi kerana udara yang keluar masuk melalui hidung, hingus pun menjadi kering di dalam hidung. Ini menutup dan menyumbang saluran nafas di hidung bayi. Saat itulah bayi sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan?! Bantu bayi mengeluarkan hingus dari hidung bayi agar ia dapat bernafas lega. Anda akan tahu cara hadapi hidung tersumbat setelah membaca tips berikut. Tetapi jika hidung tersumbat disertai demam, batuk terus-menerus, atau jika hingus berwarna kuning kehijauan, bawa bayi ke doktor anak. Untuk pemerhatian dan cadangan lebih lanjut.
 
Berikut tips untuk mengatasi hidung bayi yang tersumbat:
 
  1. Menyedut hingus:
  a. Gunakan pembersih ingus (nasal aspirator) khusus untuk bayi. Bentuknya sama pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih. Dijual di farmasi, dengan jenama khusus untuk bayi, seperti Pigeon, Chicco, Dreambaby dan lain-lain.
  b. Bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol) atau kapas yang diolesi alkohol 70%.
  c. Tenangkan bayi sebelum penyedotan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat.
  d. Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut harus dalam keadaan ditekan, lalu lepas perlahan saat sudah di dalam hidung. Lakukan dengan lembut, agar hidung bayi tidak kegusaran.
 
2. Menitiskan NaCl atau larutan garam murni:
  a. Anda boleh mendapatkan larutan ubat titis NaCl fisiologi 0.9% (20 ml) di farmasi, contohnya salah satu jenamanya adalah breathy. Fungsinya, untuk melembabkan selaput dalam saluran pernafasan bayi, melancarkan sumbatan hidung, dan mencairkan hingus agar mudah dikeluarkan. Cara memberikannya adalah dengan memasukkan sedikit bahagian hujung pipet lalu titiskan lembut.
  b. Anda juga boleh membuat sendiri larutan NaCl dengan cara melarutkan 1/4 sudu teh garam ke dalam 1/2 gelas air hangat. Gunakan pipet untuk meneteskannya. Pipet boleh anda dapatkan di farmasi. Apabila anda membeli yang sekali pakai, bersihkan menggunakan air hangat.
  c. Setelah hingus cair, bantu bayi mengeluarkannya menggunakan pembersih hingus. Ikuti langkah-langkah seperti diatas 1( 1. Menyedut hingus).
 
3. Tekan lembut hidung dan sekitarnya, lalu bersihkan:
  a. Anda boleh membantu bayi melegakan pernafasan dengan mengurut lembut hidung dan sekitarnya dengan bahan lembut sambil membersihkan hingus. Urutan lembut menenangkan pernafasan bayi, ini membantu lendir keluar dengan mudah.
  b. Bersihkan hidung dari bekas lendir yang mengering menggunakan cotton bud basah. Hidung yang bersih membantu bayi bernafas dengan lancar. Hati-hati apabila membersihkan, jangan masukkan cotton bud terlalu dalam.
 
4. Balsem pelega pernafasan, wap minyak kayu putih di mangkuk:
  a. Anda boleh mengoleskan balsem pelega pernafasan khusus untuk bayi, di bahagian dada, leher dan punggung, sambil mengurut lembut. Contoh, salah satu jenama balsem bayi adalah Transpulmin. Selain memberi rasa hangat, wap balsem juga akan melonggarkan hidung tersumbat.
  b. Cara lain adalah dengan membuat semacam "nebulizer" sederhana dengan cara menitiskan minyak kayu putih ke dalam mangkuk berisi air panas di salah satu sudut bilik, terutama di kawasan bilik yang merupakan wilayah pertukaran udara. Selain berfungsi membersihkan udara yang sarat virus flu, wap hangat kayu putih juga membantu bayi bernafas dengan lega. 
 
Sumber: http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/bayi/tips/bayi.baru.lahir.tips.atasi.hidung.tersumbat/001/005/82/1/1
 

35 ulasan:

  1. terima kasih..tips yang bagus untuk diamalkan....

    www.mamavitamin.com

    BalasPadam
  2. yang sedut guna mulut tu x berani nak buat..takut tersedut kuat sangat..in fact macam x bersih je kan..thanks atas info sharing!

    BalasPadam
  3. good info..betul tu faezah .bab sedut guna mulut saya pun tak berani..takut tertelan jer..hihi

    http://znzabadistore.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Terima kasih berkongsi info nie. Memang bayi selsema n batuk buat ibu rasa risau.
    Bab sedut dengan mulut dh cuba tapi mcm xkuar jer. Hehehe... bleh cuba cara lain plak nt.

    Jemput ke blog saya ��
    http://mamaleensihat.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya btul...saya sedut pun tkda pun jer hingus kluar

      Padam
  5. lagi baik gunakn penyedut hingus drpd menyedut guna mulut..

    BalasPadam
  6. Mntk tlg blogger buang..komen NGAM-CHIT..rosak akhlak..

    BalasPadam
  7. Mntk tlg blogger buang..komen NGAM-CHIT..rosak akhlak..

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang menarik.. boleh cuba nanti pada anak saya..

    www. suplemenmakdara.com

    BalasPadam
  9. Info yg sungguh bermanfaat. Terima kasih kerana berkongsi

    Www.zahirahhafizan.com

    BalasPadam
  10. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.

    BalasPadam
  11. Wah, banyak sangat tips yang dikongsikan. Terima kasih :)

    BalasPadam